Friday, April 29, 2011

Golongan orang2 yang rugi....

Dalam kehidupan harian kita sentiasa mahu yang terbaik dan keuntungan pada diri kita. Itu lah selalu yang ada pada diri kita, tidak mahu kerugian yang melanda pada diri kita. Tetapi selalu diri kita sendiri lah yang mengundang kerugian tanpa kita sedari atau sedar kerana mengejar kebahagian dunia, tanpa batasan nya. Cuba kita renungkan di bawah ini adakah kita ini dari golongan manusia yang rugi...

Sentiasa mencari harta untuk kekayaan dan tidak pernah rasa puas dengan kekayaan yang di miliki hingga mengorbankan kesihatan, kebahagian hati, tidur nyenyak dan ketenangan hati...


Mencari cari kesalahan dan mengumpat orang lain tetapi pada waktu yang sama melupakan kesalahan dan dosa yang di perbuatnya. Kita kena sentiasa ingat bahawa kita ini pun bukan sempurna apa lah kelebihan kita mengumpat orang lain...

Tenggelam dalam menikmati hawa nafsu dan memenuhi segala keinginan apa sahaja tanpa kawalan. Seperti kata P. Ramlee dari salah satu filem nya "Dunia ini ana yang punya..."


Menghabiskan waktu dengan orang orang yang mengisi masanya dengan hal2 yang tidak berguna dan menghabiskan waktu berjam-jam untuk sesuatu yang sia-sia...seperti selalu melepak di kedai kopi bercerita yang tidak mendatangkan faedah hingga melalaikan waktu solat....cuba kita lihat di kedai kopi atau shopping kompleks di waktu magrib...dan bandingkan di masjid di mana ramai penghuni Islam?


Pengotor, tidak menjaga kebersihan dan penampilan yang menjijikan...Ugama Islam memang menitik beratkan kebersihan...Jaga kebersihan di rumah dan di mana2 agar kita tidak di jangkiti penyakit, kelihatan menarik dan sejuk mata memandang...

Sentiasa memakan atau meminum makanan atau minuman yang haram, seperti arak dan dadah...cuba kita lihat orang2 yang mabuk selepas minum minuman keras...perangai amat menjijikan serta jadi rendah mertabat nya...apatah tidak nya orang2 yang berpangkat tinggi dan yang berkuasa di kantor atau pejabat bila minum hilang semua kewibaan mereka dan berperangai yang tidak suiman... begitu juga orang yang mengambil dadah alangkah rugi mereka ini.

Manusia yang sentiasa mengingat musibah yang lalu, bencana yang telah terjadi dan kesalahan masa lampau....bukan tidak boleh mengingati segala kesalahan lampau atau musibah tetapi jangan lah memudaratkan diri hingga lupa akan tanggungjawab nya. Kita boleh meningati segala musibah, atau kesalahan kita sebagai iktibar sahaja dan jadi kan pedoman hidup kita di akan datang bukan dengan meratapi sahaja.

Ada di antara kita sentiasa mengejar dunia hingga lupa akan akhirat dan beramal untuk bekalan nya, serta leka terhadap kedatangan nya yang pasti... kita tidak patuh dengan perintah tuhan dan jauhi laranganNya....

Mari kita renungi dan muhasabah diri kita....nauzubillah...semoga kita tidak termasuk dari golongan orang2 yang rugi....amin... Ya Allah ampun lah kami dan masuk lah kami dari golongan insan2 yang beruntung sentiasa mengingati mu, mencintai mu agar Kau jua sentiasa mengingati, mencintai, dan mengasihi kami...amin......

Monday, April 11, 2011

Kebahagian Rumah Tangga

Bulan ini genap 33 tahun aku berkawin dengan suami ku..perkawinan bukan atas dasar cinta tetapi atas keikhlasan dia melamar ku..Ketika itu aku tak pasti samaada keputusan aku menerima nya sebagai suami ku betul atau tidak. Bayangkan lah aku cuma mengenalinya selama tiga minggu sahaja dan dia terus melamarku...maka terbina lah mahgligai yang di impikan setiap insan di dunia ini.

Itu 33 tahun yang lepas, sekarang aku yakin keputusan aku menerima dia sebagai suami tepat insya Allah. Tiada lelaki lain betul2 memahami dan menyayangi aku seperti dia.

Dalam kehidupan berumah tangga ini, perempuan memang memainkan peranan untuk kebahagian rumah tangga pun begitu suami pun memainkan peranan juga ianya seperti irama dan lagu tak boleh di pisahkan. Sebagai isteri mesti lah tahu akan tanggungjawab untuk menjadi isteri yang solehah. Aku pernah menulis tentang tanggung jawab sebagai isteri tidak lama dahulu. Jadi aku tak mahu sentuh peranan isteri mengikut hukum. Aku mahu sentuh serba sedikit peranan seorang isteri menurut kemahuan suami secara am nya....Berikut aku kongsikan bersama apa yang sebenar nya suami mahu dari seorang isteri, mungkin tidak sepenuh nya tapi ini ada lah diantaranya :-

Penampilan - suami sangat suka melihat isteri nya kelihatan cantik, bersih, dan menarik. Cantik di sini bukan lah cantik hingga boleh memikat hati lelaki lain tetapi cantik dalam ertikata sentiasa kelihatan menawan di depan suami...tidak perlu pakai pakaian mahal2, tidak perlu berpakaian lip lap lip lap...cukup sekadar baju yang biasa wanita lain pakai menutup aurat, muka sentiasa tidak berminyak dan bersih dan badan sentiasa wangi dan lagi satu gigi sentiasa bersih kalau wanita yang dah kehilangan gigi gantikan yang lain serta jaga lah kebersihan nya.

Orang selalu berkata kalau nak tengok rumah orang itu bersih tengok lah tandasnya dan kalau nak tengok orang itu pembersih atau tidak tengok pada gigi nya...senangkan petua ni?

Bijaksana, memang suami suka dan gembira kalau isteri nya bijak..bijak tidak lah perlu hingga mendapat taraf PHD...cukup sekadar tahu nak bertindak sesuatu masalah tanpa membebankan suami...ini sangat penting..kadang2 isteri bila perkara kecil pun kena panggil suami dari pejabat untuk menyelesaikannya...cuba atasi nya tanpa menggangu mereka...Pandai mendidik anak agar anak menjadi orang yang soleh atau solehah. Bagi isteri2 yang bekerja pandai2 lah membahagikan masa untuk kerjaya dan keluarga.

Tidak boros - suami sangat bersyukur jika isteri mereka tidak boros dan pandai berjimat cermat ini memudahkan tugas suami jika dalam kesempitan ada tempat si suami meminta pertolongan..bagi aku, aku akan rasa malu jika suami ku tiap2 bulan suka meminjam dari kawan2 nya kerana kesempitan wang. Nampak sangat tiada pakatan suami isteri.

Sihat dan cergas - Suami memang mengharap isteri mereka sentiasa sihat dan cergas. Bayangkan jika isteri selalu sakit, bagaimana suami hendak fokus dengan kerjaya mereka. Asyik kena bawa isteri ke hospital sahaja. Jadi untuk jaga kesihatan, isteri harus lah mendisiplinkan diri untuk jaga pemakanan, selalu bersenam dan sentiasa tenangkan fikiran. Aku berpegang satu prinsip untuk tenangkan fikiran ini, apa2 yang berlaku mesti ada hikmah dan serah pada Allah...insya Allah tenang lah fikiran kita.

Penyayang dan penyabar - tiada siapa pun suka isteri yang pembengis dan kurang sabar. Bayangkan jika isteri pembengis tentu anak2 jadi mangsa dan juga suami.

Itu lah di antara ciri2 isteri yang di kehendaki oleh para suami2 tentu rakan2 berkata ini tak adil si isteri sahaja yang kena ikut kemahuan suami.... yang sebenar nya para isteri pun berharap agar suami mereka seperti yang dinyatakan di atas. Kedua2nya memainkan peranan untuk kebahagian rumahtangga. Kunci pertama kebahagian rumah tangga isteri ialah melayan kehendak suami begitu juga dengan suami melayan kehendak isteri. Bak aku katakan tadi ianya seperti irama dan lagu tak boleh di pisahkan.

Kesimpulannya kedua2nya memainkan peranan penting demi untuk menjaga keharmonian rumah tangga...insya Allah kalau semua faham dan tau peranan masing2 tegap lah istana yang kita bina malah akan kelihatan gah dan cantik...

Ku berharap istana yang ku bina sekian lama ini bertahan sampai akhir hayat ku dan begitu juga dengan rakan2, kaum keluarga ku. Semoga kita hidup aman damai hingga ke akhir hayat dan bukan itu sahaja semoga kehidupan yang kita kecapi sekarang ini di redhai Allah...amin.