Monday, May 23, 2011

HAMBA ALLAH


Semalam, dengan tiba2 hati ku ingin melihat keadaan yang sebenar di tragedi tanah runtuh itu....Aku mengajak suami ku pergi dan tanpa bantahan menurut kemahuan ku. Tidak sukar mencari lokasi nya...pandu dari highway Ampang Hulu Langat dan turun kebawah bukit dan belok kekiri dan teruskan perjalanan. Apabila menurun highway di hujung highway tu kami nampak sebuah masjid Hulu Langat batu 14 di mana ramai nya orang berhimpun di sana dan kami mendapati bahawa jenazah2 mangsa akan di solatkan di situ....Memang ramai dan keadaan agak sesak juga di situ.

Kami teruskan perjalan dan nampak simpang ke kiri di mana ada papan tanda "Tanah Runtuh" dan kami belok ke kiri dan teruskan perjalanan di situ...Apa yang aku rasa keadaan di situ sungguh tenang dan damai dan sangat cantik pemandangannya...Tak ku sangka ada tempat yang indah tak jauh dari kota yang pesat iaitu Kuala Lumpur. Aku sangat teruja tengok pemandangan di situ, ada sebuah resort di situ dengan lankskap yang indah dan sejuk mata memandang. Aku sempat mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan ku dan keluarga. Sesungguhnya di sebalik mala petaka yang berlaku ada keindahan alam ciptaan tuhan di sekeliling nya.

Kami meletakan kereta dalam 2 km dari lokasi tanah runtuh itu, kerana kami kuathir ada kesesakan di lokasi itu. Jadi kami berjalan kaki perlahan sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan...bisik hati ku memang cantik tempat ni.... hingga lah kami sampai di rumah anak yatim itu...jangkaan kami memang tepat, kereta begitu sesak di situ begitu juga dengan orang ramai...terlalu ramai dengan pelawat seperti kami dan juga para pertugas, tidak terkecuali VIP2 dari semua pihak iaitu dari pihak kerajaan dan juga pembangkang ada di situ...terdapat banyak bungkusan2 makananan untuk di agihkan pada para pertugas di situ...memang lah orang2 Malaysia begitu prihatin...aku rasa sumbangan pun banyak di terima...

Aku hanya dapat melihat tanah runtuh itu dari jauh kerana terlalu ramai orang, secara peribadi aku takut juga akan lagi runtuh....tetapi sebahagian dari rumah itu tidak runtuh dan kelihatan elok tapi keadaan amat merbahaya juga.

Apa yang aku tahu rumah anak yatim itu telah di bina 11 tahun yang lalu dan tidak ada masalah sebelum ini....dan aku lihat struktur nya nampak kuat juga...Aku terfikir macamana pandai pun manusia tidak dapat tandingi kuasa tuhan. Kalau Allah kata kun fa ya kun...maka jadi lah seperti di kehendaki...Aku terus rasa insaf dan bayangkan 16 orang mangsa dari tanah runtuh meninggal dunia....Aku rasa begitu kerdil siapa lah kita ini di sisi Allah. Aku rasa sayu tengok keadaan di situ dan terbayang wajah2 yang comel meninggalkan kita semua. Alfatihah untuk mereka semoga roh2 mereka di cucuri rahmat.

Dengan kejadian itu aku terus berfikir ada kah aku ini telah menjalankan tugas ku sebagai HAMBA ALLAH dengan baik....Ya jawatan kita di dunia ini hanya lah HAMBA ALLAH.. dan tugas nya amat mudah iaitu patuh perintah Allah dan jauhi larangan nya...tetapi sangat sukar kita lakukan...Ku terus merasa diriku ini terlalu kerdil dan tidak mempunyai apa2 pun...

Kita ambil iktibar dengan kejadian tanah runtuh ini, bahawa kita memang tidak ada kuasa untuk melawan takdir Allah....dan mari kita muhasabah diri ada kah kita telah menjadi pekerja yang baik di dunia ini...ganjarannya hanya di akhirat kita perolehi dan kekal selama2 nya. Sedangkan di dunia ini hanya sementara...kaya di dunia tidak sama dengan di akhirat...tak usah lah di banggakan apa yg kita perolehi di sini....kerana itu semua pinjaman bukan hak kita yang mutlak.

Semoga kita semua di dalam golongan HAMBA ALLAH yang di redhai...patuh segala perintah nya dan jauhi larangan nya amin.....

Wednesday, May 11, 2011

Hormati lah Azan...

Semalam dalam tak berapa sihat aku terpaksa menghadiri "meeting" yang telah dijadualkan untuk aku..dan selepas mesyuarat aku mengajak rakan untuk makan tengahari di KLCC..maklum lah tekak tak beberapa bagus ingin mencari makanan yg menambat seleraku....

Sambil berjalan aku berkata pada dia..... I want to take something light...not too heavy dan dia menjawab "me too" dengan kata sepakat kami memilih satu restuaran yang hanya menghidangkan roti dan sandwich sahaja...dan kami memilih makananan kami sandwich roast chicken...dalamnya penuh dengan ayam, salad, buah zaitun, dan timun mmmm yummy...memang sedap...betul memenuhi selera ku...alhamdullilah...

Sambil menikmati hidangan kami, kami berbual2 dari kisah mesyuarat kami,keadaan semasa dan hingga ke perbincangan ugama Islam...Rakan ku ini seorang berbangsa Tionghua dan mungkin berugama Budhist atau Kristian aku kurang pasti...

Ada satu soalan yang di tujukan pada ku ...I want to ask something from you...I live in an area of which 80% is Malay and Islam and in my area have 3 "suraus" I am just wondering during the call for prayers...what muslim people should do...? dan dia sambung lagi...I believe you people must respect the "azan" right ....but I see my neighbours during the azan they continue their activities such as talking, laughing and so on....I dont think this is right...?

Amat terpukul dengan soalan itu...lalu ku terangkan padanya kita sepatutnya menghormati azan dengan berdiam seketika dan sunat menjawab azan itu...lepas tu dia berkata... "ya I think you are right....These people really spoil your religion..."lagi satu pukulan ku dapat, lantas ku teringat rakan dari fb yang selalu menghentam perangai orang Melayu yang mendakwa mereka Islam tapi perangai macam hantu...memang ada kebenaran kata2 rakan fb ku dan juga rakan ku ini...aku ambil nya sebagai ubat...yang boleh menyembuhkan penyakit...

Masyaallah...bayangkan lah orang yang bukan Islam mengetahui kita sepatutnya menghormati azan tapi kita orang Islam tidak pandai menghormati azan...masih terus dengan gelak ketawa, perbualan dan lain2....malu nya aku sebagai seorang Islam....walaupun perkara ini nampak ringan tetapi impak nya pada orang bukan Islam amat berat...ianya seolah2 kita tidak menghormati dan mematuhi perintah Allah bersiap2 untuk kita melakukan solat...yang kita mendakwa diri kita sebagai orang Islam.

Pengertian Azan dari segi bahasa ada lah memberitahu dan dari segi syarak adalah perkataaan yang tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuk nya waktu solat.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud : "Apabila masuk waktu solat, hendak lah seseorang dari kamu melaungkan azan bagi kamu"

Dan Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud "apabila mendengar kamu akan azan, maka berkata lah kamu seperti yang di azankan." riwayat oleh Al Bukhari dan Muslim...

Nnnah terang2 kita telah di ajar keutamaan azan dan sunat menjawab nya...tetapi kita sebagai orang Islam mengabaikan nya...masih terus lagi dengan perbuatan kita...alangkah malunya bila orang yang bukan Islam mengetahui nya....

Wahai rakan2 ku sekurang2 nya apabila kita mendengar azan hormati lah nya dengan berdiam diri dan sunat menjawab nya...jangan lah kita terus bergelak ketawa atau sebagainya...kerana itu perintah Allah mengerjakan solat...nampak sangat hati kita gelap tidak merasai2 apa2 ketika azan....aku terasa amat malu bila rakan ku bertanyakan kerana dia yang bukan Islam pun tahu akan menghormati azan....jangan lah jadi bahan ketawa orang yang bukan berugama Islam...Fahami lah apa yang di tuntut dan tunaikan nya...tanda kita cinta pada Allah...dan berterima kasih pada Nya apa yang kita nikmati di dunia ini...

Di sini aku amat menghargai kedua ketuaku apa bila kami tengah rancak bermesyuarat (management meeting) ..tiba2 mendengar laungan azan terus dia meminta kami berhenti dan menghormati azan...dan pergi ke masjid untuk bersolat...kerana masjid berdekatan dengan pejabat kami...dan selesai menunaikan kewajipan kami sambung semula mesyuarat dan aku harap ini akan berterusan sampai bila2 insya Allah...