Saturday, July 7, 2012

Alhamdulillah aku dapat bangun semula selepas mengalami kekecewaan...Aku yakin ada hikmah di sebalik nya...Biar lah mereka hendak pergi aku tak halang walaupun aku memang rasa teramat sedih apa yang mereka lakukan...Dunia ni berpusing sekarang aku di bawah insyaallah akan akan keatas semula ....jadi pergi lah....Aku bukan rasa marah pun hanya perbuatan mereka yang tidak adil terhadap diri ku itu sahaja...tapi alhamdulillah dan doakan mereka dapat apa yang mereka hendaki...

Aku akan teruskan hidup ini dan berjuang seperti biasa insyaallah dulu aku pun tidak mempunyai apa2 hingga maju kehadapan dan aku yakin dengan pertolongan Allah aku akan kehadapan bersama2 team yang ada sekarang dan juga team baru insyaallah....

Doakan kejayaan Syarikat kami ini agar terus berjaya dan maju kehadapan walaupun apa rintangan mendatang kami akan dapat hadapi dengan tabah...kerana ini ada lah satu perjuangan untuk membuktikan orang Islam dan Melayu boleh berjaya mentadbirkan syarikat secara Islamik...utamakan perentah Allah dulu dan bekerja seiringan.

Wednesday, July 4, 2012

Pasrah

Aku rasa agak kecewa bila mendengar berita ini...bayangkan ramai meninggalkan aku.  Aku muhasabah diri ku dimana silap ku...aku rasa aku sudah buat yang terbaik untuk mereka...Tak apa lah kalau itu kemahuan mereka pergi lah aku pasrah dan mungkin ada hikmah di sebaliknya...Ya Allah ampun lah dosa ku jika hati kecil ku memarahi mereka tetapi alhamdulillah tidak sedikit pun aku menaruh dendam pada mereka biar lah itu sahaja yang dapat ku katakan....Allah maha mengetahui di sebalik kejadian ini..mungkin Allah menduga ku...

Ayuh hidup ini harus di teruskan...rakan2 ku yang lain mengharap sokongan ku...aku mengingati diri bangkit bangkit jangan rebah...mereka tidak boleh melihat ku lemah...mungkin kita akan lagi maju kehadapan insyaallah....

Pada mereka yang menganiaya aku biarkan (mungkin mereka tidak merasa, tapi aku rasa sebagai satu tamparan hebat pada diriku) dan aku tidak harus rebah...insyaallah Allah sentiasa bersama ku...

Teruskan teruskan teruskan jangan patah semangat ramai lagi mengharap sokongan dari ku...insyaallah sama2 lah kita maju kehadapan....