Wednesday, September 17, 2014

Assalamualaikum

Sudah bersawang blog aku ni, lama tak buka dan menulis… Yang sebenar banyak juga aktiviti2 tapi tidak ku tuliskan di sini.  Rasa terkilan juga terutama semasa percutian ku di Guilin, China.

Pada mula nya aku rancang nak pergi ke Russia tetapi kerana ramai kawan2 ku tidak dapat ikut sama jadi kami batalkan percutian kami ke Russia.  Mungkin ada hikmah hanya Allah yang tahu.

Jadi kami bertukar dari Russia ke Guilin..

Guilin, China ni agak cantik tempat nya, terdapat banyak gunung ganang di sana kata tour leader kami dalam 100 ribu lebih gunang ganang … Memang cantik.  Jika sesapa yang suka keindahan alam ciptaan Allah Guilin ada lah satu destinasi yang menarik.

Tidak banyak nak dapat ku ceritakan kerana sudah lama percutian kami di situ, tapi insyaaAllah akan ku upload gambar2 yang menarik di sana, nanti.

Semalam aku baru balik dari Ho Chin Minh, Vietnam.  Sudah lama aku tidak pergi ke sana dan banyak juga perubahaa terutama pembangunan pesat membangun.

Aku pergi kerana ada mesyuarat persatuan Malaysian Factors Association di sana.  Jadi masa pun agak suntuk.  Tapi dapat juga aku pergi mengurut kaki.  Mmm memang sedap mereka mengurut kaki ku yang aku rasa letih setelah berjalan2 di bandar dan sempat membeli belah juga. Harga mengurut selama satu jam aku bayar hanya 8 US dollar sahaja.  Berbaloi dengan khidmat yang di beri.

Pada aku di Ho Chin Minh ni ada lah tempat pusat membeli belah bak orang kata "shopping is heaven here"…. semua nya murah2 dan banyak pilihan.

Kalau tahun 90an tidak banyak kedai2 yang menjual jubah dan baju kurung serta telekong sekarang merata2 ada.. Apa yang aku rasakan aku seperti di Malaysia sahaja.  Pusing kiri aku nampak orang Melayu Malaysia,  pusing kanan pun begitu . tengok belakang pun orang melayu dan juga depan aku pun org Melayu Malaysia…. Orang Malaysia ni memang kaki shopping dan banyak duit aku buat kesimpulan sendiri hehehehe.

Begitu lah keadaan di Ho Chin Minh, hingga orang2 mereka kalau nampak orang Malaysia bermati matian memujuk kami suruh membeli  barang2 mereka, kerana mereka tahu orang Malaysia akan beli banyak nanti.

Okaylah aku terpaksa berhenti di sini, kerana rasa terlalu letih… aku baru balik dari Temerloh dan Mentakab, tapi tiba2 rasa nak tengok blog dan menulis sedikit.

Sekarang ni aku agak sibuk dengan persiapan untuk majlis menyambut menantu pada hujung bulan ini.  Harap2 majlis yang simple dan sederhana itu berjalan dengan lancar..

Assalamualaikum dan selamat malam.