Monday, July 26, 2010

Beribadat lah semasa sihat


Alhamdullilah, aku baru pulih dari demam yang agak teruk ku rasa. Baru ku sedar bertapa bertuah nya aku selama ni kerana aku sentiasa sihat...

Ketika aku demam aku tak dapat nak bangun kecuali masa nak solat itu pun terhoyong hayang ku berjalan menuju ke bilik air dan hanya dapat solat duduk sahaja. Semua anggota badan serta sendi2 ku sakit2 dan kepala ku amat sakit dan pening. Aduh sesungguh nya Allah menguji ku. Baru demam macam ni dah tak terdaya...

Selera makan ku terus hilang, habis nikmat makan di tarik dan sudah tentu badan ku terasa lemah2. Bayang kan lah demam hampir 40 degrees celcius. Seluruh badan ku memang lemah lesu di buatnya.

Ya Allah sesungguh nya aku pasrah kau tarik semua kekuatan ku ketika itu. Aku terus berasa amat kerdil kepada mu. Ya aku sebagai manusia memang tidak mempunyai apa2 kecuali engkau yang memberi....ketika itu ku rasa hilang semua kekuatan ku..... dan ketika itu juga aku rasa amat takut kerana aku masih banyak berhutang pada mu Ya Allah...

Ketika demam aku hanya bersolat duduk sahaja tidak dapat bersolat seperti biasa2 apatah lagi membuat sunat2 dan juga solat ganti ku. Badan ku rasa mengiggil mengenangkan tu. Aku masih banyak hutang pada mu yang belum di bayar. Pelaburan aku amat berkurang.... dan aku menangis... Mungkin orang akan berkata alah demam sahaja...tetapi bagi ku yang tidak mempunyai masa, aku rasa amat takut kerana masa mencemburui aku..

Sekarang ku sudah pulih sepenuhnya dan sangat menghargai kesihatan yang baik anugrah Allah.. dan aku berjanji pada diri akan cuba sedaya upaya menghambakan diri pada mu selain mencari rezeki yang halal. Kerana bagi ku ibadat dan mencari rezeki tidak boleh dipisahkan. Aku berpegang kata2 orang alim ulamak, menasihatkan kita supaya " beribadat lah kamu seolah2 kamu akan mati esok hari, dan cari lah rezeki seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi"

Bagi ku ibadat dan bekerja untuk di dunia ini tidak boleh dipisahkan... Ibadat untuk majikan kita di akhirat iaitu Allah dan juga untuk pelaburan kita di akhirat.. Bekerja untuk kita hidup di sini... agar kehidupan kita selesa dan dengan rezeki yang kita ada dapat kita menolong sesama umat Islam. Banyakkan sedekah...

Ayuh rakan2 ku, jangan lah kita buang masa, kerja kan perintah Allah di samping mencari rezeki yang halal dan pulun lah untuk membuat pelaburan kita di akhirat...

Jangan sesia2kan kesihatan kita... ambil kesempatan untuk beribadat semasa kita sihat... kerana bila kita sakit amat sukar kita meneruskan ibadat kita kecuali dengan mental dan semangat serta istiqamah yang kuat itu pun hanya yang wajib sahaja dapat kita lakukan. Sangat lah rugi kita kalau kita persesiakan hidup kita sementara kita sihat.

Semoga kita semua di berkati Allah. Amin

Wednesday, July 14, 2010

BERSYUKUR DAN TAWAKAL




Di pagi hari yang hening ini, aku teringat akan kata rakan2 ku dan keluhan2 dari mereka mengenai kehidupan yang mereka hadapi, dan aku rasa bukan mereka sahaja mengeluh tentang kehidupan mereka tetapi ramai di luar pun menghadapi perasaan yang sama.

Antara keluhan2 yang selalu kita dengar seperti mengapa hidup ku sentiasa susah walaupun dah berusaha?, mengapa aku hadapi suami ku yang curang atau isteri yang curang atau tidak kepuasan hati dengan tingkah laku mereka?,Mengapa aku tak dapat kebahagian seperti orang lain? Mengapa anak ku yang ini lembab tidak seperti anak2 yang lain dan banyak lagi keluhan keluhan yang kita dengar. Mmmmmm itu lah kehidupan...

Aku muhasabah diriku, mengapa kita sebagai manusia menghadapi tekanan2 seperti itu, dan pada ku satu sahaja masalah yang kita hadapi, TIDAK BERSYUKUR DAN TAWAKAL pada Allah. Percaya lah setiap2 apa yang berlaku pada diri kita mesti ada hikmah di sebaliknya... seperti orang berkata mengapa aku telah berusaha kuat tapi tak juga kaya2 atau naik pangkat untuk mengecapi kemewahan seperti orang lain?. Kita harus berfikir positif bahawa Allah sayang pada kita agar kita tidak hanyut pada kemewahan yang kita kecapi. Cuba kita kaji semula diri kita, adakah kita ini ada mempunyai sifat angkuh dan sombong, mungkin kalau Allah jadikan kita kaya dan berpangkat tinggi kita akan menjadi seorang yang angkuh dan sombong sebab itu Allah jadikan kita biasa2 sahaja, kita akan bertanya semula mana pula aku angkuh, mmmm kalau kita tak angkuh takkan terbit pertanyaan atau mengeluh begini seolah2 kita menyesali apa yang Allah berikan.......

Ada juga ibu bapa menyesali dengan kelembabpan anak atau anak itu hanya biasa2 sahaja tidak terserlah berbanding dengan anak2 yang lain atau anak orang lain. Ibu bapa tidak harus berfikiran begini... kerana tiap2 apa yang berlaku ada sebabnya.. Tidak kah kita pernah terfikir mungkin anak ini lah yang akan menjaga kita di hari tua..... Anak2 lain semua pandai2 dan menjawat jawatan yang tinggi dimana memerlukan kommitmen yang tinggi maka tiada ada masa untuk orang tua mereka, maka dengan anak kita yang biasa2 ni lah akan mencurahkan seluruh tenaga mereka, memberi perhatian pada orang tua mereka..... Jadi jangan kesali jika anak kita tidak sebijak anak orang lain atau dari anak2 yang lain....

Begitu juga suami atau isteri yang curang, ambil lah iktibar mengapa mereka jadi curang... kalau punca dari kita sendiri cuba perbaiki dan setidak2nya kita akan berkata ini dugaan Allah untuk kita dan makin dekat lah kita dengan Allah... kita tidak hanyut dengan keselesaan kita.....Kalau tidak kepuasan dengan tindak tanduk pasangan kita cuba lah rasa bersyukur dan memahami mereka dengan lebih baik dan redha....kerana kita mesti ingat dan sematkan di minda kita bahawa bukan semua kehendak kita boleh kita perolehi...

Banyak lagi rungutan2 kita dengar dari sekeliling dengan perasaan hampa, kecewa dan bermacam2 perasaan negatif. Yang sebenarnya sepatutnya bersyukur apa yang kita ada dan sentiasa tawakal pada Allah, kerana Dia tahu apa yang dilakukan untuk kita ada lah sebaik2nya...
Tak usah mengeluh segala kepayahan yang kita hadapi malah sentiasa kita dekati diri kita dengan Allah. Dengan pendekatan kita, insyallah fikiran kita sentiasa senang dan tenang... meneruskan hidup kita dengan penuh cabaran ini walaupun hidup di dunia ini hanya lah ibarat seperti mencelup satu jari di lautan yang luas dan dalam....

Sentiasa ingat kalau kita kata kita susah, ada orang lebih susah dari kita, kalau kita kata, kita terseksa ada orang lebih terseksa dari kita, kalau kata kita sentiasa malang ada orang lebih malang dari kita....

BERSYUKUR LAH DENGAN APA YANG KITA ADA DAN SENTIASA TAWAKAL PADA ALLAH...

Untuk melahirkan rasa kesyukuran sentiasa sematkan diri kita bahawa rezeki yang Allah berikan pada kita bukan untuk kita seorang sahaja, malah untuk kita berkongsi dengan orang2 yang memerlukan. Jadi banyak2 lah bersedekah. Banyak2 lah beramal soleh... dan sentiasa sematkan diri kita apa yang kita lakukan di dunia ini ada lah satu ibadah.... dan bibir kita sentiasa di basahi dengan memuji Allah... iaitu perbanyakkan zikir....

Semoga hidup kita ini dari golongon orang yang sentiasa bersyukur di berkati Allah...Amin

Saturday, July 3, 2010

Budi Bahasa

Budi Bahasa sangat penting bagi mencerminkan keperibadian seseorang. Tetapi nampak gaya generasi sekarang tidak beberapa mengindahkanya. Generasi sekarang bertutur ikut sedap mulut sahaja tidak peduli perasaan orang lain.

Perkataan "bodoh", "bahlul", "sial", "celaka" dan macam2 lagi seolah2 menjadi zikir pada mereka.Aku rasa sangat kasihan pada mereka dan lebih simpati pada anak2 mereka. Bila aku buka email atau melihat keadaan di sekeliling...kadang2 aku rasa tak larat membaca atau mendengar bila mereka mencaci seseorang dengan perkataan2 sebegini....

Dan mereka bukan terdiri dari kaum Adam sahaja malah kaum Hawa pun lebih kurang sama sahaja. Mengapa jadi begitu? Aku pun kurang pasti.

Akhlak kita sebagai orang Islam sudah tercemar kerana berperangai begini. Keayuan seseorang wanita hilang sekelip mata sahaja apabila kita mendengar mereka bertutur dengan bahasa yang kasar dan tidak ada kelembutan langsung. Aku sangat terkilan bila melihat wanita2 muda berperangai begini. Kita boleh lihat ramai wanita sebegini...kalau tak percaya pergi lah keshopping complex dan lihat telatah mereka walaupun tak semua berperangai sebegini...

Islam sangat menuntut kita mempunyai akhlak yang baik dengan bertutur dengan perkataan baik2 belaka dan menunjukan perbuatan yang baik2...

Ayuh rakan2 ku didik lah diri kita dengan selalu berkata2 yang baik2 belaka, sentiasa bersikap lemah lembut. Bersikap lemah lembut bukan bererti kita lemah, kita boleh tegas dengan apa yang kita tuturkan dengan mengunakan bahasa2 yang lembut dan amat berkesan di hati orang mendengarnya....

Semoga kita semua di kurniakan dengan sifat2 dan budi pekerti yang baik, indah di mata dan indah di hati...