Monday, February 13, 2017

Account kena hack atau blok

Assalamualaikum

Baru hari ini dapat buka blog aku ini, begitu lama ku tak dapat membuka blog  aku ini, tidak tahu mengapa dan alhamdulillah hari ini tiba2 dapat buka.

Banyak aku nak cerita tapi tak tahu di mana nak mula..

Apa2 pun aku nak beri tahu aku akan bersara tak lama lama, rasa teruja  pula, dan tak sabar pula.  Banyak aktiviti hendak ku lakukan, terutama hendak menghadiri kuliah2, InsyaaAllah akan teruskan hobby fotografi dan lain lain.

Rasa seronok nak berhenti ni, rasa ringan bahu ni dan yang paling seronok tak ada dengar ofis politik, tak dengar orang asyik komplain orang lain, tak dengar cerita  yang tidak menyenangkan dan semua yang negatif2  dapat ku  hindari.  Dah tua2 ni cukup2 lah fikir pasal kebendaan dan keduniaan. Kalau kita di fikirkan banyak nya dosa kita bila kita dengar umpatan orang walaupun kita mendengar sahaja dan sebagai manusia kita kadang2 terlibat dengan secara tak sengaja.

Semoga Allah memberkati hidup ku ini dan aku rasa ceria sahaja.  Ku yakin rezeki tetap ada di mana2 walaupun aku tak bekerja lagi.

Sampai sini sahaja dulu insyaaAllah aku akan rajin2 buka blog ku ini dengan cerita2 lain.  Lama juga aku tak cerita kan pengembaraan ku.  Tahun lepas aku melancurng ke Lombok dan juga Palembang, tapi aku tak tulis pun catitan ku di sini kerana seperti ku katakan aku tidak dapat membuka blog ku ini.

Salam