Tuesday, March 11, 2014

Assalamualaikum

Agak lama aku tak menulis kerana kesibukan masa..Baru2 ini aku dan suami serta rombongan kawan2 kira otai2 lah pergi melancung ke Padang dan Bukit Tinggi.  Walaupun aku pernah ziarah di sini tapi sekali ini pergi dengan group kawan2 ini sangat mengembirakan hati ku..

Bermula di Lapangan Terbang LCCT kita berkumpul  dan bersolat subuh kemudian mengambil sarapan di Lapangan Terbang.  Tiba di Padang kami di sambut Pn. Jenita dan di bawa terus ke Bukit Tinggi... Kami singgah di air terjun sebentar, dan membeli makanan ringan untuk mengalas perut.. Memang cantik air terjun itu di kenali Lembah Anai...

Sekali ni aku hanya upload gambar2 yang menarik untuk di jadi kan kenangan... Nak bercerita pun kesuntukan masa.  Tapi pergi dengan otai2 ni  memang seronok kerana mereka tahu cara to enjoy life tapi kewajipan dengan Allah tidak di lupakan... Selalu nya kami singgah di masjid dan solat berjemaah...  Tapi mereka ni tahu juga berhibur, berkaraoke dalam bas dan bila jumpa masjid senyap menghormati masjid... dan aku sangat kagum dengan kesihatan mereka walaupun dah berumur hamper 70 tahun tapi boleh berjalan naik tangga, gua dan juga terowong.. ternyata mereka memang penting kan kesihatan dan juga tidak lupa ibadat... aku memang kagum...

             Sungei yang agak kering kerana musim kemarau, tapi lanskap nya ternyata cantik

                                    Air terjun di Harau, air agak kering tapi sangat cantik


                                                 Pemandangan di Bukit Tinggi

 
                                                         Dalam Gua Ngalau

                    Istana Pagaruyong (di bina semula kerana rumah lama telah terbakar di panah petir

                                                           Rumah Gadang

  Terowong atau lubang Jepun yang di katakana di bina oleh Jepun di mana ramai orang Indonesia telah terkorban dan di bunuh
 
Salah satu masjid yang sempat di rakam dalam bas ... kerana sangat comel
 
Masjid Raya di Padang
 
Panaroma yang indah sebelum masuk ke Lubang Jepun
 
Keindahan Tasik Maninjau
Keindahan sawah padi di belakang restoran kami makan tengahari
 
Bunga2 liar yang sempat di rakam di Bukit Tinggi
 
 
Hanya ini saja gambar2 yang dapat ku kongsikan bersama... Di Bukit Tinggi memang indah dan cantik dengan gunung ganang tersergam indah... serta tasik2 yang cantik seperti Tasik Maninjau dan juga udara yang bersih dan nyaman serta agak sejuk.. Memang terasa perbezaan nya bila sampai ke Padang ... Di Padang sangat panas ...
 
Memang recommended kalau hendak melancong di Bukit Tinggi dan Padang dengan harga nya amat berpatutan dan juga barang2 seperti telekung memang murah2.... Jangan risau mereka terima Matawang Malaysia dengan senang sekali.
 
Semoga kita jumpa lagi... Assalamualaikum..