Wednesday, April 8, 2015

Bercuti di Xian - China

Assalamualaikum, bersawang blog ku ni.... baru dapat kesempatan untuk update blog ku ini...
 
                                               sebahagian terracotta di Museum
 
Hari ini aku mahu coretkan sedikit percutian ku di Xian.. China.  Elok juga ku terangkan serba sedikit Bandar Xian ni.  Nama lama Xian ialah Chang an... iaitu ibu negeri Provinsi Shaanxi di Republic of China.  Ianya ada lah satu kota tertua di China... Xian merupakan salah satu empat Ibu Negara Purba China kerana Bandar ini telah menjadi pusat pemerintahan banyak dinasti dinasti China yang paling berpengaruh seperti Dinasti Zhou, Qin, Han Sui dan TAng.  Xian ada lah titik paling timur dari Jalan Sutera dan di kenali sebagai tapak bersejarah Tentera Terracotta dari masa Dinasti Qin.

Bandar Xian memiliki sejarah lebih dari 3,100 sebelum era Dinasti Ming... begitu lah serba sedikit latar belakang Bandar Xian.

Tapi apa yang aku mahu ceritakan di sini , aku agak kagum dengan pembangunan di sini... agak moden dan teratur juga.... ianya telah maju sebagai Bandar bersejarah. Penduduk nya agak ramai dalam 10 juta orang di mana 7 juta ada lah penduduk tempatan selebih ada lah dari pelusuk Negara China yang lain di mana mereka menetap di Xian mencari rezeki dan juga sebagai pelajar2... Di Xian kalau tak silap ada lebih 100 buah Universiti dari berbagai jurusan.

Hari pertama ku sampai di Xian, kami di bawa ke pusat orang Islam.  Memang ramai orang Islam di sana... malah Islam telah berada di sana melebihi 1000 tahun sedangkan Negara kita hanya 600 tahun sahaja lebih kurang begitu lah.
                                                              Duit  Emas
 

Berbagai rupa pedagang Islam di sana , kebanyakan menjual beranika makanan... Kami di bawa satu restoran makan tengahari di sana.. sungguh enak makanan nya ...terutama kambing goring dengan rempah ratus sampai kami minta lagi sepinggan , yang ini kami bayar kata kami...memang kami tamak makan rupa nya... agak terkejut mereka sediakan banyak nya  makanan lebih dari 10 jenis hingga kami tak usik nasi.. hanya makan lauk2 nya.. dari berbagai sayuran dan daging serta ikan... kekenyangan di buat nya.

Selepas makan tengahari, kami ronda2 di Bandar tersebut.... memang padat dengan manusia dan juga berbagai makanan di jual... memang sah di mana2 bangsa China berada mereka ni memang utamakan makanan.

Oleh kerana kami ziarah musim bunga... di sekitaran banyak bunga2 yang kami lihat seperti tulips dan lain2 bunga yang kami tak kenal.

 

                                                 sebahagian bunga2 yang di jumpai....
 
Kemudian kami di bawa ke Masjid Negeri Xian, masjid tertua atau mereka panggil Great Mosque Xian yang di bina sekitar tahun 746 masehi... memang antik dan Nampak unik masjid tersebut... memang tak pernah Nampak masjid sebegitu.... rombongan kami bersolat di situ...kawasan nya agak besar dan di kelilingi pokok2 dan bunga2an... Kami Nampak sepasang pengantin mengambil gambar atau orang sekarang kata outing photography .... tak banyak beza nya pengantin mereka dengan kita.  Apa lagi kami ambil kesempatan bergambar dengan pasangan tersebut dan mereka sungguh sporting.
                                                   kami jumpa sepasang pengantin baru
 
 
 
 
Pada sebelah petang kami di hantar balik ke hotel dan makan malam di sana.  Kami sangat penat dan berehat waktu malam.

                                                   Di dalam masjid Negeri Xian...
 
 
Pada keesokan hari nya kami bersarapan di Hotel di mana satu2 nya hotel muslim di situ dan makanan nya di jamin halal.  Aku makan apa yang ada tapi ada kekurangan di situ kerana tak ada kopi... suami ku tahu di waktu pagi memang aku perlu kan secawan kopi... jadi dengan perasaan penuh kasih sayang dia mencari kopi untuk ku dan jumpa di kedai Seven Eleven, dia beli kopi 3 in 1 untuk ku.... terima kasih ku ucapakan dengan keprihatinan nya..


                                                       layang2 yang unik
 
Kami di bawa ke museum dan beratur panjang untuk masuk kesitu... memang terlalu ramai orang datang ziarah ke museum tersebut... mengikut kata Tour Guide kami, sekarang ni musim cuti 3 hari ... jadi ramai lah pelancong berada di Xian.   Memang benar mana2 kami pergi sentiasa penuh sesak dengan orang.  Setengah hari kami habiskan masa di sana.. dan seterusnya kami di bawa makan tengah hari.  Seperti hari2 yang lain...memang mewah kami makan.. ialah orang bercuti ..selain dari ziarah apa lagi menikmati makanan2 yang enak2.... syukur Alhamdulillah ...
 
Setelah selesai makan tengahari, kami di bawa ziarah ke masjid dan bersolat di situ... masjid nya terletak di dalam bangunan dan Tour Guide terpaksa talipon penjaga nya untuk buka masjid tersebut.  Kami solat jamak zohor dan asar di situ sambil melihat2 sekitar masjid tersebut....berjumpa dengan imam di situ sambil berbual2 dan penjaga masjid tersebut.   Seperti masjid2 di Negara kita juga tabung2 masjid sentiasa ada di situ...
 
Kemudian kami di bawa round2 kota... waktu ketika itu hujan renyai2 dan kami kesejukan ... tapi memikirkan kami datang dari jauh... round juga lah .... Pada petang kami di hantar semula di hotel dan makan malam di hotel....
 
Waktu malam memang sejuk terpaksa letak deepheat di kaki kami takut cramp sebab kesejukan.... oleh kerana penat selepas solat terus tidor lena dan sedar2 waktu subuh....
 
Kami sarapan pagi seperti biasa dan hari ini kami teruskan perjalanan kami ke Terracotta, di mana patung2 askar dan yang lain di jumpai pada tahun 1974 oleh petani di situ... Patung2 itu di bina pada zaman Shing Huang Ti... dan telah di robohkan oleh dinasti kemudian nya aku lupa lak... dan orang ramai terus lupa pasal patung2 tu... Terracotta ini ada lah salah satu 8 wonders in the world...
 
Terracotta ini di jumpa secara tidak sengaja oleh 4 orang petani... mereka mengali Tanah untuk mencari air di buat perigi...tetapi mereka terjumpa serpihan patung, lalu di lapurkan pada pehak kerajaan... Pehak kerajaan mengarahkan ahli sejarah mengkaji dan korek kawasan tersebut dan alangkah terkejut mereka menjumpai banyak patung2 yang sudah patah dan rosak... mereka mengambil masa yang agak panjang untuk baik pulih kawasan tu dan patung2 tersebut... Akhir nya Terracotta di buka pada tahun 1998... ramai pembesar2 Negara lain datang ziarah Terracotta termasuk DYMM Agung kita Tengku Mirzan...
 
Ada dua orang petani yang menjumpai patung2 tersebut masih hidup dan seorang petani tu kurang sihat...jadi hanya seorang sahaja yang berada di Terracotta untuk tanda tangan buku2 yang mereka jual.
 
Kami sempat bergambar dengan beliau ternyata masih sihat lagi walaupun usianya sudah menjangkau 80an... dengar cerita pada mulanya Petani tersebut tidak boleh menulis... tetapi atas usaha kerajaan mengajar dia menulis, sekarang kerja nya hanya untuk tanda tangan buku2 mengenai Terracotta... hidup beliau sudah bertukar dari menjadi Petani kepada seorang yang hanya menanda tangan buku2 tersebut.
 
Oleh kerana kawasan Terracotta ini agak besar kami mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan ziarah kami.  Setelah ziarah TerraCotta kami makan di restoran islam di sekitar situ... Dalam kesejukan kami makan apa yang ada yang kami rasa semua sedap terutama mee soup nya... oh ya sebelum itu kami ada berjumpa sepasang suami isteri China yang berasal dari Malaysia menegur kami dan berbual dengan mereka sebentar... Nampak dia begitu seronok berjumpa kami... Dia berasal dari Melaka dan isteri nya berasal dari Kuala Kangsar.. berumur lebih kurang 70an... seorang doctor di Hong Kong... dia yang menegur kami dan kami berbual dalam bahasa Malaysia, ternyata bahasa nya masih lancar walaupun sudah tinggal di Hong Kong ketika dia masih muda lagi begitu juga dengan isteri nya.
 
Kemudian seperti biasa kami di bawa ke masjid dan bersolat di situ... masjid nya agak tinggi di tingkat 6, agak teruk nya memanjat nya kerana lift semua tidak berfungsi...
 
Kami sampai di hotel dan makan malam di situ sambil berbual2 dengan group kami yang hanya 8 orang sahaja,  kesemua nya warga emas, di kira aku yang paling muda sekali.... walaupun umur ku dah 58 tahun hehehehehe... banyak perkara yang di bualkan termasuk kisah2 yang menarik dan tempat2 yang menarik mereka sudah pergi... masing2 berkongsi cerita ... dan juga kisah2 politik Negara kita.... ternyata mereka ini bukan calang2 orang... kesemua mereka ada lah orang2 yang educated mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi berpengalaman di usia muda mereka dan pernah memegang jawatan2 yang tinggi ketika mereka bekerja, tetapi mereka tidak bangga dengan kedudukan mereka pun.... sangat mudah berjalan dengan mereka... tidak terlalu berkira dan tidak pandai merungut pun... terima apa yang ada di depan mata mereka dengan perasaan bersyukur... aku sangat menghormati mereka.... kami bersiar2 di waktu malam tetapi kerana kesejukan kami pulang ke hotel... dan rehat serta menanti keesokan hari nya.
 
Kami pack semua barang2 kami dan bersarapan dan seterusnya check out lebih kurang pukul 9 pagi...Kami round2 kota di bawa tempat shopping , City Wall dan makan tenghari....dan bersolat serta di bawa shopping semula... entah mengapa aku kurang minat untuk bershopping hanya berjalan2 sekejap dan rehat... Kemudian dalam pukul 4 petang kami di bawa ke restoran tengahari dan bersolat di situ...kemudian group banyak berjalan2 di sekitar nya.. sedangkan aku banya berehat di Hilton Hotel depan restoran tersebut... minum kopi , pergi toilet dan main internet di situ....
 
Tepat pukul 6 petang aku balik semula di restoran dan makan malam di situ.... pukul 8 malam kami di hantar ke airport.... dan seterusnya menaiki pesawat pukul 12 malam....terasa sangat penat kerana check out hotel pukul 9 pagi...mujur cuaca tak panas sejuk sahaja, jadi badan tidak lah berpeluh., boleh lah tahan hingga sampai ke Malaysia....

                   ku bergambar dengan salah seorang petani yang menjumpai terracotta...
 
Selamat tinggal Xian , Bandar yang bersejarah, dan aku terlalu merindui Tanah Air ku Malaysia...
 
 

3 comments:

Unknown said...

assalamulaiakum kak...apa nama hotel kat Xian yg group akak stay?boleh kongsi?

Azi said...

Hi kak, boleh share akak pergi dengan agent apa ya?

Unknown said...

Salam.

Blh saya tahu nama agent.

Trima ksh