Wednesday, July 14, 2010

BERSYUKUR DAN TAWAKAL




Di pagi hari yang hening ini, aku teringat akan kata rakan2 ku dan keluhan2 dari mereka mengenai kehidupan yang mereka hadapi, dan aku rasa bukan mereka sahaja mengeluh tentang kehidupan mereka tetapi ramai di luar pun menghadapi perasaan yang sama.

Antara keluhan2 yang selalu kita dengar seperti mengapa hidup ku sentiasa susah walaupun dah berusaha?, mengapa aku hadapi suami ku yang curang atau isteri yang curang atau tidak kepuasan hati dengan tingkah laku mereka?,Mengapa aku tak dapat kebahagian seperti orang lain? Mengapa anak ku yang ini lembab tidak seperti anak2 yang lain dan banyak lagi keluhan keluhan yang kita dengar. Mmmmmm itu lah kehidupan...

Aku muhasabah diriku, mengapa kita sebagai manusia menghadapi tekanan2 seperti itu, dan pada ku satu sahaja masalah yang kita hadapi, TIDAK BERSYUKUR DAN TAWAKAL pada Allah. Percaya lah setiap2 apa yang berlaku pada diri kita mesti ada hikmah di sebaliknya... seperti orang berkata mengapa aku telah berusaha kuat tapi tak juga kaya2 atau naik pangkat untuk mengecapi kemewahan seperti orang lain?. Kita harus berfikir positif bahawa Allah sayang pada kita agar kita tidak hanyut pada kemewahan yang kita kecapi. Cuba kita kaji semula diri kita, adakah kita ini ada mempunyai sifat angkuh dan sombong, mungkin kalau Allah jadikan kita kaya dan berpangkat tinggi kita akan menjadi seorang yang angkuh dan sombong sebab itu Allah jadikan kita biasa2 sahaja, kita akan bertanya semula mana pula aku angkuh, mmmm kalau kita tak angkuh takkan terbit pertanyaan atau mengeluh begini seolah2 kita menyesali apa yang Allah berikan.......

Ada juga ibu bapa menyesali dengan kelembabpan anak atau anak itu hanya biasa2 sahaja tidak terserlah berbanding dengan anak2 yang lain atau anak orang lain. Ibu bapa tidak harus berfikiran begini... kerana tiap2 apa yang berlaku ada sebabnya.. Tidak kah kita pernah terfikir mungkin anak ini lah yang akan menjaga kita di hari tua..... Anak2 lain semua pandai2 dan menjawat jawatan yang tinggi dimana memerlukan kommitmen yang tinggi maka tiada ada masa untuk orang tua mereka, maka dengan anak kita yang biasa2 ni lah akan mencurahkan seluruh tenaga mereka, memberi perhatian pada orang tua mereka..... Jadi jangan kesali jika anak kita tidak sebijak anak orang lain atau dari anak2 yang lain....

Begitu juga suami atau isteri yang curang, ambil lah iktibar mengapa mereka jadi curang... kalau punca dari kita sendiri cuba perbaiki dan setidak2nya kita akan berkata ini dugaan Allah untuk kita dan makin dekat lah kita dengan Allah... kita tidak hanyut dengan keselesaan kita.....Kalau tidak kepuasan dengan tindak tanduk pasangan kita cuba lah rasa bersyukur dan memahami mereka dengan lebih baik dan redha....kerana kita mesti ingat dan sematkan di minda kita bahawa bukan semua kehendak kita boleh kita perolehi...

Banyak lagi rungutan2 kita dengar dari sekeliling dengan perasaan hampa, kecewa dan bermacam2 perasaan negatif. Yang sebenarnya sepatutnya bersyukur apa yang kita ada dan sentiasa tawakal pada Allah, kerana Dia tahu apa yang dilakukan untuk kita ada lah sebaik2nya...
Tak usah mengeluh segala kepayahan yang kita hadapi malah sentiasa kita dekati diri kita dengan Allah. Dengan pendekatan kita, insyallah fikiran kita sentiasa senang dan tenang... meneruskan hidup kita dengan penuh cabaran ini walaupun hidup di dunia ini hanya lah ibarat seperti mencelup satu jari di lautan yang luas dan dalam....

Sentiasa ingat kalau kita kata kita susah, ada orang lebih susah dari kita, kalau kita kata, kita terseksa ada orang lebih terseksa dari kita, kalau kata kita sentiasa malang ada orang lebih malang dari kita....

BERSYUKUR LAH DENGAN APA YANG KITA ADA DAN SENTIASA TAWAKAL PADA ALLAH...

Untuk melahirkan rasa kesyukuran sentiasa sematkan diri kita bahawa rezeki yang Allah berikan pada kita bukan untuk kita seorang sahaja, malah untuk kita berkongsi dengan orang2 yang memerlukan. Jadi banyak2 lah bersedekah. Banyak2 lah beramal soleh... dan sentiasa sematkan diri kita apa yang kita lakukan di dunia ini ada lah satu ibadah.... dan bibir kita sentiasa di basahi dengan memuji Allah... iaitu perbanyakkan zikir....

Semoga hidup kita ini dari golongon orang yang sentiasa bersyukur di berkati Allah...Amin

Saturday, July 3, 2010

Budi Bahasa

Budi Bahasa sangat penting bagi mencerminkan keperibadian seseorang. Tetapi nampak gaya generasi sekarang tidak beberapa mengindahkanya. Generasi sekarang bertutur ikut sedap mulut sahaja tidak peduli perasaan orang lain.

Perkataan "bodoh", "bahlul", "sial", "celaka" dan macam2 lagi seolah2 menjadi zikir pada mereka.Aku rasa sangat kasihan pada mereka dan lebih simpati pada anak2 mereka. Bila aku buka email atau melihat keadaan di sekeliling...kadang2 aku rasa tak larat membaca atau mendengar bila mereka mencaci seseorang dengan perkataan2 sebegini....

Dan mereka bukan terdiri dari kaum Adam sahaja malah kaum Hawa pun lebih kurang sama sahaja. Mengapa jadi begitu? Aku pun kurang pasti.

Akhlak kita sebagai orang Islam sudah tercemar kerana berperangai begini. Keayuan seseorang wanita hilang sekelip mata sahaja apabila kita mendengar mereka bertutur dengan bahasa yang kasar dan tidak ada kelembutan langsung. Aku sangat terkilan bila melihat wanita2 muda berperangai begini. Kita boleh lihat ramai wanita sebegini...kalau tak percaya pergi lah keshopping complex dan lihat telatah mereka walaupun tak semua berperangai sebegini...

Islam sangat menuntut kita mempunyai akhlak yang baik dengan bertutur dengan perkataan baik2 belaka dan menunjukan perbuatan yang baik2...

Ayuh rakan2 ku didik lah diri kita dengan selalu berkata2 yang baik2 belaka, sentiasa bersikap lemah lembut. Bersikap lemah lembut bukan bererti kita lemah, kita boleh tegas dengan apa yang kita tuturkan dengan mengunakan bahasa2 yang lembut dan amat berkesan di hati orang mendengarnya....

Semoga kita semua di kurniakan dengan sifat2 dan budi pekerti yang baik, indah di mata dan indah di hati...

Sunday, June 13, 2010

Akidah-Tauhid


Aku ingin berkongsi ilmu pengetahuan bab Akidah yang ku dengar dari kuliah ku dan juga melalui buku yang ku baca. Aku harap dapat kita menafaatkan bersama dan fahami untuk kita jalani hidup sebagai seorang mukmin.

Akidah membentuk diri manusia di dunia dan di akhirat kerana tertakluk di bawah aqidah iaitu Iman dan Islam. (Rukun Iman dan Rukun Islam).

Rukun Iman membentuk diri manusia dalam perkara2 batin atau ghaib iaitu :-

1) Percaya pada Allah
2) Percaya pada Malaikat2
3) Percaya pada Kitab2
4) Percaya pada Rasul2
5) Percaya pada akhirat
6) Percaya pada qadak dan qadar


Manakala Rukun Islam pula terbentuk dalam perlaksanaan nya iaitu pada zahir seperti : -

1) Mengucap dua kalimah syahadah
2) Menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam
3) Berpuasa pada bulan Ramadan
4) Menunaikan zakat
5) Mengerjakan haji

Oleh itu dalam Islam iman dan islam tak dapat dipisahkan ibarat orang kata seperti irama dan lagu.... kalau di pisahkan iman dan islam tak sempurna lah akidah kita....

Ianya sertai dengan Ihsan yang menjadikan induk akhlak dan perlakuan insan Muslim yang sempurna.

Ihsan bermaksud dari segi bahasa membuat sesuatu yang baik dan dari syaraknya peribadatan insan terhadap Allah seolah2 melihat Allah, yakin bahawa Allah melihat dirinya, peribadatannya dan mengetahui isi hatinya...

Jadi jika kita rasa kita sentiasa diawasi, ada seseorang melihat kita, maka kita akan mengindarkan diri kita dari melakukan kejahatan dan perkara2 mungkar.

Dengan ini,kedudukan ihsan ada lah tinggi di sisi Islam dalam usaha melengkapkan keimanan dan keislaman individu dan masyarakat Islam seluruhnya....

Keistimewaan aqidah :

1) Melahirkan insan yang patuh dan taat pada perintah Allah
2) Mengelakkan dari kesesatan
3) Mendatangkan kebaikan

Kesimpulannya :-

1) Jaga lah aqidah
2) Perbetulkan aqidah
3) Belajar lah ilmu tauhid

Itu adalah serba ringkas fahaman ku dari mendengar kuliah dan bacaan ku, agar tulisan ku dengan bahasa yang ringkas mudah di faham orang2 seperti aku dan mungkin juga rakan2 sekelian... dan sematkan dalam minda kita serta fahaminya..... semoga kita menjadi seorang mukmin......

Monday, May 10, 2010

ANAK2


Kisah budak remaja yang kena tembak dan meninggal dunia baru2 ini ada lah di antara cerita terhangat dan sensasi di perkatakan. Aku tak mau komen apa2, sama ada budak itu salah atau polis yang salah, sebaliknya elok lah kita ambil iktibar akan peristiwa tersebut.

Berikut dengan peristiwa tersebut, aku muhasabah diriku, adakah aku telah menjalankan tanggung jawab aku sebagai ibu? Aku sedaya upaya menjadi ibu yang baik, agar dapat mendidik anak2 kearah kecemerlangan, bukan sahaja di dunia tetapi juga akhirat. Aku sangat bangga dan bersyukur kalau anak2 ku menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Itu lah doa harian ku. Anak ada lah amanah kita dari Allah,mendidik mereka agar menjadi manusia yang soleh atau solehah dan taat segala perintah Allah dan ini ada lah satu tugasan yang sangat berat dan mencabar....

Aku takut menjadi ibu yang hanya bangga dengan kejayaan akademik anak2 tetapi tidak menekankan dari sudut kerohanian, ya Allah jauhi lah aku dari golongan itu.

Bagi ku, anak2 ini harus di terapkan dengan pendidikan kerohanian dan seterusnya akademik. Banyak ibu bapa sanggup berhabisan wang ringgit berpuluh atau beratus ringgit untuk yuran tution tetapi tidak sanggup atau sangat berkira untuk membayar ustaz atau ustazah yang mengajar anak kita ilmu ugama. Mengapa boleh jadi begini? Ini kerana kita memandang kejayaan akademik dahulu. Kekurangan didikan ugama lah yang mencenderungkan anak kita ke alam bohsia, mat rempit, penagih dadah, kaki minum dan banyak lagi gejala2 yang kurang sihat. Aku tak boleh bayangkan kehidupan generasi akan datang!!

Aku pernah terserempak dengan remaja2 melayu (islam) yang minum minuman keras di salah satu taman semasa aku berjogging di waktu pagi, selepas kita menyambut hari kemerdekaan. Aku mengeleng kepala, apa nak jadi dengan budak2 ini, di mana ibu bapa mereka, tidak kah mereka risau anak mereka tidak pulang rumah? Dengan menyaksikan peristiwa di depan mataku, aku sangat tegas dengan anak ku yang ingin ikut kawan2 nya meraikan hari kemerdekaan diwaktu malam. Aku tidak peduli samada dia kecewa atau marah pada ku. Aku berpendapat biar dia menangis sekarang tetapi jangan aku dan keluarga menangis di kemudian hari.

Aku mengingati diriku dan juga rakan2 sekelian, dengan cerita2 yang kita dengar dan lihat, ayuh rakan2 ku, adik2 ku, didik lah anak kita dengan sebaik2nya. Beri lah mereka pendidikan dan pendekatan cara islam, belai lah mereka dengan penuh kasih sayang tapi tegas dengan hukum tuhan. Jangan lah percaya mereka seratus peratus, ada kan sedikit sifat cemburu dan curiga terhadap mereka.

Semoga anak2 kita dari golongan anak2 yang soleh dan solehah. Amin.

Thursday, April 22, 2010

KEBESARAN ALLAH





Untuk kita renungi :-

Tidakkah engkau memperhatikan bahawa sesungguhnya kapal itu belayar di lautan dengan nikmat Allah agar diperlihatkanNya kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kebesaranNya. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaranNya bagi setiap orang yang sangat sabar lagi banyak bersyukur.
Lukman : 31

Tidakkah engkau memperhatikan bahawa Allah memasukkan malam kedalam siang dan memasukan siang kedalam malam dan Dia menundukkan matahari dan bulan, masing masing beredar sampai kepada waktu yang di tentukan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan
Lukman : 29

Rakan2 ku cuba kita perhatikan bagaimana Allah mencipta matahari terbit dari timur dan tenggelam di barat. Begitu lah seterusnya tugas matahari tidak pernah mungkir janji untuk terbit dan tenggelam di tempatnya. Menjadikan siang dan malam untuk manusia mencari rezeki di muka bumi ini. Begitu lah hebatnya ciptaan tuhan.

Macamana hebat nya ciptaan manusia tidak dapat di tandingi kebesaran Allah, sepertimana berlaku nya letupan gunung berapi di Iceland baru2 ini. Bayangkan banyak penerbangan terbatal dan menunda apa yang dirancangkan oleh manusia. Itu baru sikit sahaja tuhan tunjukan kekuasaan nya pada kita dan tak dapat kita melawannya dengan teknology manusia!!!

Jadi apa yang kita tunggu lagi rakan2ku, jangan lah kita selesa dan angkuh dengan apa yang kita ada di dunia ini, sentiasa lah mengingati kebesaran Allah dan patuh perintahNya dan jauhi lah laranganNya kerana Allah "Azza wa Jalla, boleh menarik apa yang kita ada dalam sekelip mata sahaja. Kita akan hilang segala2 nya kecuali IMAN yang menolong kita di akhirat!!

Wednesday, March 31, 2010

Penampilan Diri


Salam rakan2 sekelian. Sekali ini aku ingin menulis tentang penampilan diri untuk wanita, jadi kaum2 Adam jangan lah kecil hati ya. Aku sangat suka membaca dan menulis tentang wanita kerana aku ada lah seorang wanita!! Dari pembacaan aku,dapat aku membuat kesimpulan bahawa Islam itu sungguh indah, hingga ke cara penampilan diri pun di titik beratkan.

Dalam Islam memang menyuruh kita tampak sentiasa cantik. Cantik disini bukan lah dengan makeup yang tebal atau berpakaian yang seksi, tetapi konsep cantik dalam Islam ialah penampilan dan keperibadian yang cantik.

Walaupun sibuk nya seseorang wanita itu harus tidak melalaikan penampilannya agar kelihatan cantik tanpa keterlaluan kerana ianya melambangkan tentang diri nya yang memahami identiti Islam dan matlamat hidupnya. Sebagai wanita harus bijak mengseimbangkan diantara penampilan luarannya dengan sifat dalamannya.

Sebagai seorang wanita mestilah menjaga kesihatanya agar tidak kelihatan terlalu gemuk, dan sentiasa aktif. Jadi kita di galakkan makan secara sederhana saja jangan makan ikut sedap. Makan hanya mencukupi untuk mengekalkan kesihatan dan tenaga. Sesuai dengan surah Al-Araf 7:31 -

"Makan dan minumlah,dan janganlah berlebih-lebihan..."


Khalifah Umar berkata :-
"berjaga-jagalah ketika memenuhkan perutmu dengan makanan dan minuman, kerana ia bahaya bagi tubuh dan menyebabkan sakit serta malas mengerjakan solat. Bersederhanalah dalam makan dan minum, kerana ia lebih sihat bagi tubuhmu dan menjauhi diri dari berlebih-lebihan. Allah benci pada orang gemuk (yang hidup senang linang) dan seseorang itu tidak akan di laknat sehingga dia mengikuti hawa nafsu melebihi agamanya"

Aku rasa sebagai rakyat Malaysia yang mewah dengan makanan agak sukar untuk menahan nafsu makan. Aku pun tak terkecuali, aku bertekad bahawa aku akan lebih berhati2 agar makan tidak keterlaluan.

Memang betul seperti di katakan makan berlebihan membuat kita sangat malas. Cuba kita perhatikan dirikita semasa berbuka puasa. Bila kita makan dengan banyak seolah olah kita tak makan selama bertahun2, kita akan rasa mengantuk dan malas untuk pergi ke masjid....

Dengan makan berlebihan pun membuat kita nampak gemuk dan tidak cantik di pandang dan mudah mendapat penyakit.

Rakan2 ku sekelian walaupun negara kita ini mewah dengan makanan yang lazat2, harus lah kita kawal diri kita. Kita juga digalakkan bersenam selalu agar sentiasa nampak segar dan aktif. Luangkan masa untuk bersenam, jadikan ianya sebagai rutin harian. Ini juga mengingatkan diriku agar teruskan rutin ini dimana kadang2 aku juga lalai dan rasa malas untuk bersenam.

Sentiasa berpakaian bersih dan kemas, ini sangat digalakkan dan sebagai seorang wanita juga sentiasa menjaga kebersihan mulut dan gigi sentiasa gosok gigi,sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam hadith :-

Kami telah mendengar Ummul Mukminin Aisya membersihkan giginya dalam bilik ..."

Jadi sebagai wanita muslimah jangan lah mengabaikan perkara ini, yang merupakan elemen paling penting terhadap sifat wanita. Begitu juga dengan rambut, walaupun bertudung tidak semestinya kita mengabaikan kebersihan nya, hingga berbau busuk, suami nak dekat pun tak lalu...

Tetapi kita juga diingatkan agar penampilan diri kita jangan lah terperangkap dengan tabarruj dan menunjuk nunjuk kecantikannya kepada sesiapa saja selain dari suami dan mahramnya.

Kesimpulannya Islam sangat2 mementingkan kebersihan agar penampilan seseorang wanita itu sentiasa kelihatan bersih,kemas, dan segar tetapi tidak lah berlebih lebihan.


Ayuh bolehkan kita lakukan? sudah semestinya boleh kerana kita menyayangi diri kita yang di amanahkan oleh Allah untuk menjaganya.

Friday, March 5, 2010

MEMBACA

Tabiat membaca sangat kurang dari kalangan kita terutama wanita kerana tugasan harian yang berat selain menjadi suri rumah dan ada dikalangan kita juga bekerja. Ramai diantara kita tidak suka membaca, mereka lebih suka menonton TV and berbual bual kosong. Biarpun ada juga rancangan TV yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan, tapi bagi ku lebih menafaat lagi kalau di tambah dengan membaca.
Janganlah biarkan tugas rumahtangga dan tanggung jawab sebagai ibu dan isteri menghalang kita dari membaca, kerana membaca itu adalah sumber yang dapat menyegarkan jiwa dan ilmu, kerana dengan kita berilmu boleh menambahkan keimanan kita.
Tapi kita harus bijak memilih bahan bacaan kita, jangan lah ambil borong apa yang kita baca. Bahan bacaan yang sangat di galakkan kita membaca ada lah seperti buku2 ugama, kesihatan dan buku2 ilmiah dan majalah2 yang boleh mendatangkan dan meluaskan ilmu.
Ayuh kawan2 ku, adik2 ku, luangkan masa kita untuk membaca agar kita tidak ketinggalan dari kehidupan dunia dan akhirat. Pandailah kita menjadualkan harian kita dan selitkan lah satu masa untuk membaca. Menjadi wanita muslimah mestilah lengkap diri dengan ilmu pengetahuan agar kita boleh berfikir dan memberi pandangan pada keluarga, dan tidak keterlaluan juga aku katakan kita boleh menyuarakan pendapat kita pada masyarakat. Jika kita berilmu, kita di pandang mulia dan dihormati. Ingat lah kejayaan seorang anak adalah bimbingan dari seorang ibu yang berilmu dan beriman!
Sifat suka membaca ada lah salah satu sifat keperibadian seorang Muslimah!