Thursday, October 28, 2010

SIFAT AMARAH SIFAT MAZMUMAH

Kadang2 keadaan di sekeliling ku membuat aku rasa jelik. Terutama bila melihat orang marah2 tak tentu arah. Sifat amarah ini memang sifat mazmumah. Kita harus kawal sifat amarah ini..terutama di tempat kerja.

Dan bila kita marah kita menyusahkan semua orang..Contohnya sebagai ketua bila marah2 pada orang bawahannya, sudah tentu orang bawahan nya rasa takut, dan ini boleh melibatkan kreativiti seseorang terbantut. Apa salah kita mengajar "staff" kita dari memarahi mereka kerana melakukan kesilapan kecil sahaja.

Aku menulis ini dari pengalaman aku sebagai pekerja bawahan hingga menjadi ketua pejabat...Aku tau beza nya bila mempunyai boss yang suka marah2...kita memang tak boleh berfikir, hanya bekerja ikut arahan sahaja, mereka akan rasa kerja yang mudah ini menjadi begitu sukar... Atas pengalaman tersebut aku berazam jika aku menjadi boss aku tak mau jadi seperti itu, dan alhamdullilah aku cuba sedaya upaya tunaikan azam aku. Aku hanya mengajar mereka, hanya memarahi jika kesalahan2 itu sentiasa berulang2..dan memang ternyata mereka memberi sepenuh nya kommitmen pada pekerjaan mereka dan mereka kreatif serta innovatif. NNaaah...ini kan mempermudahkan kita sebagai ketua...jadi banyak perkara lain boleh aku lakukan untuk memajukan syarikat...."Kerja yang sukar di permudahkan, kerja yang mudah lagi di permudahkan".

"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan" Surah Al-Inshirah (Lapang Dada) ayat6

Aku berpegang biar "staff" kita tak takutkan kita sebagai ketua tetapi hanya menghormati kita....dan aku selalu berharap biar kita semua sentiasa rasa gembira pergi bekerja. Kerana bila kita berperasaan begitu, kita jadi ikhlas bekerja mencari rezeki dan berpegang kerja ini salah satu ibadat kita...

Ayuh rakan2 ku, buangkan sifat amarah itu dari diri kita. Kawal sebaik mungkin. Sifat amarah itu boleh membuat kita menjadi stress, tampak di wajah kita sentiasa masam, kusut tidak menarik...dan yang paling penting sifat amarah itu ada lah sifat mazmumah (sifat tercela). Allah tidak suka pada orang yang suka marah2.

Semoga kita semua mempunyai sifat2 terpuji...amin...

Tuesday, October 26, 2010

Budi Bahasa

Budi Bahasa sangat penting bagi mencerminkan keperibadian seseorang. Tetapi nampak gaya generasi sekarang tidak beberapa mengindahkanya. Generasi sekarang bertutur ikut sedap mulut sahaja tidak peduli perasaan orang lain.

Perkataan "bodoh", "bahlul", "sial", "celaka" dan macam2 lagi seolah2 menjadi zikir pada mereka.Aku rasa sangat kasihan pada mereka dan lebih simpati pada anak2 mereka. Bila aku buka email atau melihat keadaan di sekeliling...kadang2 aku rasa tak larat membaca atau mendengar bila mereka mencaci seseorang dengan perkataan2 sebegini....

Dan mereka bukan terdiri dari kaum Adam sahaja malah kaum Hawa pun lebih kurang sama sahaja. Mengapa jadi begitu? Aku pun kurang pasti.

Akhlak kita sebagai orang Islam sudah tercemar kerana berperangai begini. Keayuan seseorang wanita hilang sekelip mata sahaja apabila kita mendengar mereka bertutur dengan bahasa yang kasar dan tidak ada kelembutan langsung. Aku sangat terkilan bila melihat wanita2 muda berperangai begini. Kita boleh lihat ramai wanita sebegini...kalau tak percaya pergi lah keshopping complex dan lihat telatah mereka walaupun tak semua berperangai sebegini...

Islam sangat menuntut kita mempunyai akhlak yang baik dengan bertutur dengan perkataan baik2 belaka dan menunjukan perbuatan yang baik2...

Ayuh rakan2 ku didik lah diri kita dengan selalu berkata2 yang baik2 belaka, sentiasa bersikap lemah lembut. Bersikap lemah lembut bukan bererti kita lemah, kita boleh tegas dengan apa yang kita tuturkan dengan mengunakan bahasa2 yang lembut dan amat berkesan di hati orang mendengarnya....

Semoga kita semua di kurniakan dengan sifat2 dan budi pekerti yang baik, indah di mata dan indah di hati...

Monday, October 11, 2010

SOLAT JENAZAH

Aku dan juga mungkin ramai rakan2 sekelian selalu menziarah sahabat2 atau kaum keluarga kita yang telah kembali ke rahmatullah.... dan sudah tentu kita merasa sedih di atas kehilangan mereka.

Tetapi aku merasa lebih sedih bila melihat telatah2 orang2 yang datang menziarah. Ada yang duduk sahaja termenung dan ada juga berbual2 dengan rakan2 mereka. Masa tu lah sibuk bertanya macamana simati itu meninggal, sakit apa dan macam2 lagi. Menziarah orang mati ada lah sunat dan mendapat pahala tetapi perbuatan kita kadangkala boleh mendatangkan dosa. Jadi berhati2 lah ketika menziarah orang meninggal...Seeloknya kita datang dan baca surah2 yang di galakkan pada simati...dan bersolat jenazah...

Apa yang aku nak ceritakan di sini ada lah orang ramai datang menziarah tetapi berapa kerat sangat lah orang ramai bersolat jenazah? Jika di masjid ramai yang menghantar jenazah tetapi berapa kerat sangat yang solat...kadang2 yang wanita2 tu sanggup duduk di dalam masjid menunggu orang ramai habis bersolat jenazah. Ini aku rasa sungguh sedih...dimana tanda kasih sayang kita dengan simati? cuba2 fikirkanlah...

Mengerjakan solat jenazah ada lah fardu kifayah tetapi atas dasar kasih sayang kita pada simati untuk meringankan beban simati dan juga menambahkan lagi mertabatnya di sisi Allah sangat baik dan di galakkan kita menunaikan solat jenazah.

Aku dulu pun amat jahil dengan solat jenazah ini tetapi semasa aku di Mekah, tiap2 waktu ada sahaja orang meninggal dunia dan ramai lah jemaah menunaikan solat jenazah. Aku rasa gerun dan takut bila pula tiba waktu ku dan adakah orang akan bersolat jenazah untuk aku.

Ketika itu aku tak tahu pun nak solat jenazah maka aku bertanya pada orang2 di situ bagaimana nak menunaikan dan mereka mengajarku, dan seterusnya aku bersolat jenazah lah sehingga aku sudah tidak kekok lagi untuk bersolat jenazah. Tidak susah banyak buku2 rujukan bagaimana kita nak bersolat jenazah cari sahaja lah di kedai buku... dan cuba lakukan.

Ayuh rakan2 ku, jika tidak tahu cara menunaikan, seperti ku katakan tadi cari lah buku2 dan bertanya pada orang2 yang lebih arif untuk melakukan...Ingat lah hari ini rakan2 kita atau saudara mara kita yang pergi dulu, akan tiba masa nya waktu kita...Kalau kita kedekut dan malas lakukan untuk orang, orang pun akan malas lakukan untuk kita.......

Wednesday, September 22, 2010

TETAMU ATAU AHLI VIP?

Ramadan telah berlalu dan sekarang kita sedang berada dalam bulan Syawal. Aku merasa agak sedih juga bila bulan Ramadan sudah berlalu. Masih terasa kemeriahan di malam hari semasa melakukan solat terawih dan juga solat tengah malam, qiammullail..atau kata singkatan nya "qiam".

Semasa bulan Ramadan kebanyakkan masjid penuh dan alangkah sedih nya sekarang masjid dibulan Syawal ini kembali sunyi semula. Dimana manusia2 di bulan Syawal ini? Kenapa tak diteruskan istiqamah seperti bulan Ramadan? Sedih kan?

Rupa2nya kita hanya memperbanyakkan amalan kita dibulan Ramadan sahaja. Bukan kita beribadat kerana Allah tetapi kerana bulan Ramadan. Di mana fahaman kita tentang ibadat kerana Allah?

Aku bukan lah seorang Ustazah tetapi aku telah di tanamkan keminda ku bahawa kita kena terus beristiqamah walaupun di bulan mana kita berada, bukan hanya di bulan Ramadan. Aku teringat kata2 seorang Ustaz di kuliah yang ku dengar, orang2 yang beribadat pada bulan Ramadan terutama pada 10 hari terakhir dan tidak teruskan istiqamah nya hanya lah menjadi tetamu sahaja bukan ahli VIP. Kata2nya sangat menarik perhatian aku. Aku berkata pada diriku adakah aku hanya ingin menjadi tetamu sahaja iaitu hanya satu persinggahan bukan menjadi ahli VIP....Tidak!!! aku mahu menjadi ahli VIP seumur hidup itu pilihan ku...

Aku berjanji pada diriku aku akan teruskan beristiqamah seperti ku lakukan pada bulan Ramadan...teruskan bangun tengah malam teruskan ibadat2 lain hanya solat sunat terawih sahaja tak dapat dilakukan.

Berkorban lah kerana Allah, kerana Allah telah banyak memberi pada kita. Aku mengaku memang sukar untuk kita terus beristiqamah tetapi aku pegang kata alim ulama dan beberapa perkara aku ikuti seperti :-

1) Jangan makan terlalu banyak
2) Jauhi dari kawan2 yang selalu membuat maksiat
3) Elakkan diri dari sentiasa melakukan dosa2 kecil
4) Jangan panjang angan2 hingga lupa untuk bertaubat
5) Jangan terlalu mencintai dunia kerana dunia ini hanya hidup sementara
6) Kawal nafsu
7) Dan akhir sekali lawan lah godaan syaitan kerana syaitan ada lah musuh yang
terang lagi nyata. Kuatkan hati kita melawan godaan syaitan.

Ayuh rakan2 ku, mari kita terus beristiqamah dan cuba ikuti perkara2 seperti di atas itu, kerana ternyata kata2 alim ulama memang benar.....bila kita cuba lakukan perkara perkara seperti di atas, hati kita ringan untuk terus beristiqamah...dan ada lagi satu pesanan alim ulama yang aku pegang hingga sekarang iaitu kita wanita walaupun uzur jangan berhenti beribadat lakukan seperti biasa cuma kita tidak dapat solat dan membaca alquran sahaja, ibadat seperti bangun malam dan perbanyakkan berzikir di teruskan agar kita dapat terus beristiqamah...atau pun teruskan momentum itu...kerana uzur itu bukan satu tiket untuk kita melupakan Allah....

Nah...pilih lah mahu hanya menjadi tetamu iaitu satu persinggahan sahaja atau menjadi ahli VIP...tepuk dada tanya iman....

Semoga kita semua menjadi ahli VIP insyallah....

Tuesday, September 14, 2010

IMAN DI HATI ORANG2 YANG BERIMAN

Ku petik dari kata2 orang yang bijak lagi alim untuk kita renungi bersama :-

Iman di dalam hati orang orang yang beriman itu ibarat pohon yang mempunyai tujuh dahan : -

1) Dahan yang berpangkal di dalam hati, dan buahnya adalah kemahuan yang sihat/benar

2) Dahan yang berpangkal pada ucapan, dan buahnya adalah suka bercakap yang baik2
dan berdakwah ke jalan Allah

3) Dahan yang berpangkal di kedua kakinya, dan buahnya ialah suka mendatangi solat
berjemaah

4) Dahan yang berpangkal dikedua tangannya, dan buahnya adalah suka memberi sedekah

5) Dahan yang berpangkal di kedua matanya, dan buahnya adalah melihat kepada
kejadian-kejadian yang memilukan sebagai teladan

6) Dahan yang berpangkal pada perutnya, dan buahnya adalah memakan makanan yang halal
serta meninggalkan yang ragu-ragu

7) Dahan yang berpangkal pada jiwanya, dan buahnya adalah meninggalkan nafsu

Semoga kita memiliki pohon yang mempunyai 7 dahan ini....

Saturday, September 11, 2010

TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM

Ibnu Hajar rahimahullah berkata:
Dari Jubair bin Nufair ia berkata : -

“Para sahabat Rasulullah S.A.W. apabila bertemu pada Hari Raya, mereka mengucapkan kepada yang lain:

" Taqabbalallahu minna wa minkum"
Semoga Allah menerima amalan kita


Apa kata kita mengikut cara sahabat2 rasulullah...

Assalamualaikum

Monday, September 6, 2010

Pengorbanan di saat akhir Ramadan


Sekali ini entri agak pendek, saja nak memperingatkan diriku dan mungkin juga rakan rakan.

Kita sanggup membuat pengorbanan pada orang yang kita sayangi atau cintai, tetapi pernah tak kita berkorban demi Tuhan yang menciptakan kita. Aku sebagai manusia yang banyak kelemahan memang rasa tak ada pengorbanan yang dilakukan pun kecuali cuba sedaya upaya melakukan perintah nya dan menjauhi larangan nya sahaja.

Apa kata kita banyakan melakukan ibadat, solat terawih jangan lah kita tinggal, makan lah dengan kadar sedikit sahaja agar kita tidak malas untuk beribadat. Tinggal kan tilam yang empuk kita, mimpi2 indah kita. Bangun malam, bersihkan diri, lakukan solat tahajjud, berzikir banyak2, dan berdoa. Ini lah satu pengorbanan kita pada Allah dan insyallah pengorbanan kita tak sesia..
Untuk wanita, bersedeharna lah membuat persiapan di hari Raya ini. Membeli belah dan berkemas rumah sepatutnya di buat sebelum raya lagi agar kita tak rasa penat dan letih, dan sudah tentu kita boleh tumpukan ibadat kita. (Sebaiknya kita aturkan cara hidup kita).

Ayuh, cuma beberapa hari sahaja lakukan pengorbanan ini yang sedikit sahaja berbanding apa yang kita beroleh dariNya.....

Bagi wanita2 yang uzur jangan rasa kecewa, masih boleh beribadat, bangun malam, banyakkan beristifar, berzikir, dan memohon keampunan Allah.

Akhirnya ku memohon dari Allah agar amalan kita di terima sepanjang Ramadan ini dan maaf zahir batin.

Bagi yang balik kampung di Hari Raya ini satu pesanan "Berhati2lah di jalan raya"...