Wednesday, August 3, 2011

Ramadan kembali



Ramadan ini memang betul2 menduga ku...Aku sudah mula mengidap penyakit gastrik semula yang telah lama aku tidak hidapi, seminggu sebelum Ramadan aku telah di serang gastrik...sesiapa yang telah menghidapi nya tahu lah bertapa sakit nya, kadang2 bergerak pun sakit...sudahlah malam tidak dapat tidor dengan lena, dan kadang2 terlelap sekejap semasa tidor duduk sahaja. Aku pasrah...tuhan menduga ku...dan aku pun berpendapat mungkin untuk mengurangkan dosa2 ku yang lalu. Aku memakan ubat dari doktor dan mengikuti jadual nya dengan penuh disiplin...maklum lah sakit nya hanya Allah sahaja yang mengetahui...Di samping itu ada juga rakan ku memberi petua memakan air ibu kunyit dan ada yang sarankan di campurkan dengan madu...Orang tengah sakit apa ubat pun dia akan cuba begitu lah dengan diriku..

Alhamdulilah sebelum puasa bermula aku rasa kan ada perubahan sakit makin berkurangan...semua dengan izin Allah.

Pada hari pertama puasa aku bangun lah sahur dan makan sedikit dan minum minuman kesihatan agar mendapat diet seimbang...dan sudah pasti aku dengan penuh disiplin memakan ubat doktor juga...dan semua nya berjalan dengan lancar...alhamdullilah...tetapi ku sangka panas hingga ke petang rupa nya hujan turun di tengah jalan...seketika aku mahu bersolat asar aku di serang lagi sakit gastrik tetapi aku boleh tahan juga....

Aku dan suami ku bersiap2 untuk pergi ke masjid, untuk berbuka di sana. Kerana keadaan aku tidak berapa sihat aku sediakan makanan aku roti yang aku buat sendiri dengan ikan tuna serta daun salad dan timun...memang kira makanan sihat lah..tidak lupa juga aku bawa bekal air minuman mineral, kurma dan juga ubat2 ku.

Suami ku seperti biasa memakan makanan yang disediakan pehak masjid..aku makan bekal ku sahaja....tetapi hanya suku sahaja roti yang dapat ku makan kerana terlalu sakit untuk menelan dan aku rasa hampir pengsan kerana kesakitan...ku tahan kan jua dan bersolat jemaah bersama2 dengan jemaah yang lain...selepas menunaikan solat magrib dan yang lain2...badan ku tidak tahan lagi rasa lemah dan berpeluh menahan kesakitan yang amat sangat lalu ku mencari suami ku minta menghantar ku pulang....suami menghantar ku pulang dan aku duduk gelisah di rumah....aku tidak dapat bersolat isyak dan terawih..ketika itu..aku gelisah menahan sakit, sekejap terlelap sekejap terjaga2...dan akhir nya dalam lingkungan pukul 2 pagi aku baru ada kekuatan untuk bersolat isyak dan juga terawih....hingga lah ke pagi aku tidak dapat tidor...aku sediakan makanan sahur untuk suami ku dan aku memakan roti sahaja...memang tidak lalu makan...hingga aku terfikir kan macamana keadaan aku ada kah berlarutan?... aku teruskan puasa walaupun keadaan sangat sakit dan bekerja juga seperti biasa.

Aku sibukkan diri dengan pekerjaan aku hingga boleh melupakan kesakitan ku seketika...suami ku berkata dia akan berbuka di masjid yang agak jauh dan dia kata mungkin aku tidak sempat mengikuti nya jadi aku bercadang berbuka puasa di pejabat sahaja dengan rakan2 ku. Aku menyuruh mereka mengambil bubur nasi di masjid dan aku beli sebiji pisang untuk berbuka...itu lah makanan ku..sedangkan aku tengok kawan2 ku makan macam2, berselera sahaja....tetapi bila ku tanya berapa perbelanjaan nya...agak terkejut juga seorang RM30.00 bayangkan jika ianya berterusan hingga habis bulan puasa...ya Allah mahal nya...seketika aku bersyukur yang amat sangat bahawa aku sakit, aku tidak lah berbelanja sebegitu banyak hanya RM1.00 untuk beli pisang dan bubur nasi ambil dari masjid...

Aku muhasabah diri ku, sesungguh nya Allah menyayangi diriku, aku tidak perlu berbelanja banyak di bulan puasa ini kerana keadaan diriku yang tidak boleh makan sewenang wenang nya...ini rupa nya hikmah aku sakit....

Sejak tahun lepas lagi kami suami isteri banyak menghabiskan berbuka puasa di masjid kerana lebih seronok berbuka di masjid dari di rumah kerana kami hanya berdua sahaja. Hanya di hujung minggu baru ku masak kerana anak2 menziarahi kami....

Memang rasa sunyi bila anak2 tidak ada, tetapi aku berfikir Allah telah memberi ruang pada kami untuk mendekati diri kami dengan Nya...kalau dulu masa anak2 kecil sibuk aku memasak untuk mereka maklum lah budak2 tengah membesar makan banyak dan suka sangat makan, jadi sebagai ibu memang tak sampai hati mesti masak untuk mereka cuma kadang2 beli juga di luar....tetapi sekarang keadaan berubah kami tak payah beli makanan di luar berbuka di masjid sahaja, dan dapat juga kami berjemaah magrib di sana dan seterusnya isyak dan terawih...aku teringat orang tua dulu2 pun begitu mereka berdua selalu pergi masjid bersama2, dengar kuliah bersama2...dan Ya Allah rupa nya aku pun dah masuk golongan orang tua ....keadaan dan kesukaan kami memang dah berubah...dan alhamdulillah masih ada kesempatan untuk kami suami isteri berubah...kalau di takdirkan Allah mengambil nya kami ketika muda dengan tidak ada kesedaran asyik sibuk hal dunia sahaja tanpa memikirkan bekalan kami di akhirat, alangkah rugi nya!!!

Wahai rakan2 ku jangan lah menunggu hari tua baru mahu berubah, seperti kami...yang kami kira bersyukur di beri kesempatan...bayangkan lah jika Allah mengambil nyawa anda masa muda yang tidak kesempatan untuk berubah....

Berubah lah dari sekarang tidak kira muda lagi kerana umur tidak mengenal usia...yang masih hidup ini ambil lah kesempatan untuk mendekati diri denganNya...dan kebetulan di bulan Ramadan ini yang penuh berkat rebut lah peluang untuk beribadat tambah2 lagi 10 malam terakhir...sekarang banyak masjid mengadakan qiamullai di 10 malam terakhir pergi lah jangan bagi alasan kerana penat atau sibuk...kalau yang isteri2 memang sibuk dengan anak2 tidak boleh tinggalkan mereka galakkan lah suami kita pergi turut sertai qiamullai...Zaman sekarang bukan seperti dahulu di mana kita tak ada kesempatan untuk berjemaah di tengah malam....sekarang semua ada...jangan lepaskan peluang...pergi dan beribadat bersama2 jemaah lain..kerana aku tahu untuk buat sorang2 amat liat sekali... tetapi bila beramai2 rasa bersemangat hendak melakukan bukan kerana riyak tetapi kerana kesedaran...

Sekali lagi untuk isteri2 yang tidak kesempatan kerana anak2 jangan lah rasa rugi...galakkan suami pergi kerana kalau suami pergi insyaallah isteri2 pun dapat ganjaran nya...
isteri walaupun payah ikhlaskan diri buat sorang2 di rumah...

Rebut lah peluang....

Wednesday, July 20, 2011

Bercuti

Aku baru sahaja melepaskan rindu pada anak ku yang berada jauh dari negara..iaitu di Adelaide, Australia dan kami suami isteri berjumpa dia di Perth, dan menghabiskan masa bersama2 ziarah ke tempat2 menarik di Western Australia.
Apa yang aku nak ceritakan di sini ialah perbezaan aku melancong dulu dan sekarang...Dulu aku selalu juga melancong ke luar negara kerana ada kemudahan semasa suami aku bertugas di sebuah syarikat penerbangan...Jadi kami mengambil kesempatan dengan kemudahan itu dengan bercuti di luar negara bersama keluarga....kos nya hanya tempat penginapan dan bershopping dan juga makan....tambang memang percuma...Jadi aku banyak habiskan duit ku dengan bershopping..."site seeing" itu hanya sampingan sahaja. Walaubagaimana pun aku tak dapat nafikan jauh berjalan luas pandangan...itu ada kebenaran nya.
Sekarang bila melancong ke luar negara aku akan pastikan diri ku dan juga keluarga dapat bersolat di masjid di mana2 aku jumpa...dan aku banyak buat "site seeing" kerana menikmati keindahan alam ciptaan tuhan...membeli belah telah aku buang dalam iteneri ku, mungkin aku beli sedikit untuk kenangan bagi keluargaku.
Bermula hari pertama kami hanya bersiar2 di bandar Perth dan rehat di rumah kawan anak ku yang berada di situ...Tidak banyak sangat yang aku kagum di bandar Perth itu lebih kurang bandar Eropah yang pernah aku lawati.
Pada hari kedua kami telah mula pergi ke Caversham Wild Park dan melihat2 binatang2 yang berada di sana terutama kangaroo yang menjadi trademark binatang Australia...Aku dapat memegang nya dan bermain2 dengan kangaroo yang jinak itu...tetapi ada satu binatang yang aku ketahui sangat malas iaitu Koala menurut kata penjaga di sana Koala ini boleh tidor 20 jam dalam satu hari...bayangkan lah bertapa malas nya binatang ini.
Kemudian kami pergi ke kilang chocolate di mana ada sample percuma pada pengunjung...apa lagi ramai lah yang makan nya. Aku dapati ada yang mengambilnya dengan banyak nya tanpa segan silu maklum lah percuma...dan aku lihat pekerja itu pun tidak menghirau berapa banyak pengunjung makan...aku rasa kalau di Malaysia mesti pekerja dah tunjuk muka yang masam dan ada peringkat yang memarahi para pengunjung yang mengambil banyak...jauh sekali di sini, mereka sentiasa senyum sahaja.

Di sebelah petang kami pergi ke King's Park dan melihat bandar Perth dari atas, masyallah sangat cantik, dua sungei yang mengalir dan bercantum seperti laut sangat luas dan bersih serta tenang sahaja...ini ada lah keistimewaan bandar Perth, berbanding dengan sungai kita di Kuala Lumpur, aku rasa malu juga...tetapi itu lah hakikat di Malaysia, sungei2 kita kelihatan keruh dan kotor kecuali di celah2 bukit dan gunung air sungai mengalir jernih dan cantik...
Di hari kedua kami pergi ke Pinnacles sebelah utara Western Australia ini...aku sangat teruja melihat gurun yang kuning keemasan...sangat cantik, ini lah kebesaran Allah ciptaan nya...cantik dan sejuk di sana.
Sungguh banyak tempat2 menarik di sini, seperti waverock, yang terletak di sebelah timur Western Australia, batunya seolah2 ada gelombang ombak, sangat cantik dan menarik sekali... aku memanjat batu2 yang berbagai rupa berada di situ hingga ke atas dan melihat tasik garam dari jauh...lagi sekali aku kagum dengan ciptaan tuhan...masyaallah...
Di sini juga aku sangat terharu melihat rakan2 anak ku yang bersama kami...mereka sangat bertanggung jawab dengan suruhan tuhan...di mana2 mereka bersolat dan berjemaah di merata2 tempat jika tidak ketemu masjid dan kalau di bandar mereka akan mencari masjid.....kami berjumpa juga sebuah masjid yang di bina oleh kaum Melayu. Aku bersyukur anak2 ku mempunyai rakan2 seperti mereka.
Kemudian kami melangkah ke selatan Western Australia ini...kami pergi ke Albany, Margeret River dan bandar2 berdekatan...lagi sekali aku kagum dengan keindahan alam ciptaan Allah....ada satu tempat yang bernama Cape Leeuwin...di situ ada terdapat pertemuan antara lautan Hindi dengan lautan Southern....
sungguh ajaib boleh nampak berbezaan warna nya...sangat cantik...di sini juga aku teringat, ada satu tempat yang ada persamaan seperti Cape Leeuwin iaitu Cape Point yang terletak di Cape Town...di situ aku ternampak dari atas satu perkara ajaib bagi ku iaitu satu garisan hitam sepanjang laut itu...iaitu pertemuan Lautan Hindi dan Lautan Atlantik.
Orang di situ mengatakan Lautan Hindi ada lah lautan air panas dan Lautan Atlantik ada lah lautan sejuk dan bila bertemu tidak bercantum air nya sebab itu lah timbul garisan hitam seolah2 satu permisahan kedua lautan...wallahualam tetapi garisan hitam itu bukan mudah untuk dilihat dan aku rasa bersyukur aku dapat melihatnya mungkin rezeki ku.....Aku cuba mencari garisan hitam di Cape Leeuwin ini tetapi tidak nampak....orang di situ juga ada mengatakan kadang2 kelihatan sekali sekala...aku hanya nampak berbezaan warna di antara dua laut itu....itu lah kebesaran Allah...aku memuji Allah dengan melafaskan Allahuakbar...sesungguhnya Engkau Maha Besar...
Ada lagi satu tempat yang menarik dan membuat aku rasa sangat teruja...iaitu Cavelake...sungguh cantik hakisan hakisan yang berlaku di situ...batu2 seolah kristal memancar dengan cahaya lampu di situ...subhanallah....sangat cantik ...dan aku rasa di negara kita pun ada juga gua2 yang cantik seperti gua tempurung dan gua kelam....tetapi orang2 di sini bersifat komersial...menjaga gua itu dengan baik sekali dan mengenakan bayaran pada pelawat...tapi tidak rugi membayar nya sebab memang tersangat indah....sukar untuk aku lafaskannya atau terangkan di sini...Banyak lagi tempat2 menarik yang kami lawati sepert top tree walk, iaitu berjalan atas jembatan gantung seolah2 berjalan di atas pokok2 yang tinggi dan melihat juga keganjilan pokok2 yang berada di situ....dan juga pantai2 yang berdekatan yang kelihatan sangat cantik ombak2 yang putih memukul pantai serta nampak beralun alun dan berbuih2 seperti sabun....
Begitu lah sedikit sebanyak yang dapat aku kongsikan di sini bukan untuk bermegah2 atau menunjuk2 tetapi sama2 kita menikmati keindahan alam ciptaan Allah....subhanallah dan merasa bertapa kerdil nya kita di sisiNya.
Aku mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih pada rakan2 anak ku seperti Amin, Shiha, Aizad, Fatimah, Ana, kedua2 Hadi yang melayan kami begitu mesra sekali dan membawa kami ziarah ketempat2 yang menarik serta memasak khas untuk kami di hari terakhir dan menghantar kami ke Lapangan Terbang dan pulang dengan selamat walaupun anda semua kena bangun sepagi pukul 3.....semoga anda semua berjaya di dunia dan juga akhirat dan sentiasa beristiqomah dengan suruhan Allah...Jasa2 anda hanya Allah yang membalasnya.
walaupun musim sejuk terdapat juga bunga2 yang cantik.

Wednesday, June 15, 2011

Telah banyak berlaku.....

Petikan satu hadis yg patut kita renungi....

Daripada Ali bin Abu Thalib r.a. berkata : - Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-

Jika umatku melakukan 15 perkara yang berikut ini, nescaya bala' bencana akan menimpa mereka. Para sahabat lalu bertanya apakah dia wahai Rasulullah? Jawab Baginda:-

1. Jika harta rampasan perang itu bertukar tangan
2. Jika amanat di kira satu keuntungan
3. Jika zakat dianggap sebagai denda (dikeluarkan secara terpaksa)
4. Jika lelaki terlampau tunduk kepada isteri
5. Jika ramai orang yang menderhaka kepada ibu
6. Jika orang terlampau patuh kepada teman
7. Sedang ayah sendiri dihampakan dan disia-siakan
8. Jika orang suka bertengkar-tengkar dalam masjid
9. Apabila orang yang rendah marwahnya menjadi ketua sesuatu kaum
10. Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatan
11. Apabila minuman keras tersebar luas
12. Apabila ramai orang memakai sutera
13. Apabila penyanyi-penyanyi wanita diutama dan diagungkan
14. Apabila alat-alat musik digunakan
15. Apabila umat hari ini mengutuki umat sebelumnya

Apabila hal2 serupa ini berlaku, maka tunggu lah ketika itu akan tibanya angin panas, atau bahaya-bahaya lain umpama gempa bumi dan penukaran corak dan rupa.

Aku rasa banyak perkara2 di atas sudah berlaku di muka bumi ini.....fikir2 kan lah....

Monday, May 23, 2011

HAMBA ALLAH


Semalam, dengan tiba2 hati ku ingin melihat keadaan yang sebenar di tragedi tanah runtuh itu....Aku mengajak suami ku pergi dan tanpa bantahan menurut kemahuan ku. Tidak sukar mencari lokasi nya...pandu dari highway Ampang Hulu Langat dan turun kebawah bukit dan belok kekiri dan teruskan perjalanan. Apabila menurun highway di hujung highway tu kami nampak sebuah masjid Hulu Langat batu 14 di mana ramai nya orang berhimpun di sana dan kami mendapati bahawa jenazah2 mangsa akan di solatkan di situ....Memang ramai dan keadaan agak sesak juga di situ.

Kami teruskan perjalan dan nampak simpang ke kiri di mana ada papan tanda "Tanah Runtuh" dan kami belok ke kiri dan teruskan perjalanan di situ...Apa yang aku rasa keadaan di situ sungguh tenang dan damai dan sangat cantik pemandangannya...Tak ku sangka ada tempat yang indah tak jauh dari kota yang pesat iaitu Kuala Lumpur. Aku sangat teruja tengok pemandangan di situ, ada sebuah resort di situ dengan lankskap yang indah dan sejuk mata memandang. Aku sempat mengambil beberapa keping gambar untuk tatapan ku dan keluarga. Sesungguhnya di sebalik mala petaka yang berlaku ada keindahan alam ciptaan tuhan di sekeliling nya.

Kami meletakan kereta dalam 2 km dari lokasi tanah runtuh itu, kerana kami kuathir ada kesesakan di lokasi itu. Jadi kami berjalan kaki perlahan sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan...bisik hati ku memang cantik tempat ni.... hingga lah kami sampai di rumah anak yatim itu...jangkaan kami memang tepat, kereta begitu sesak di situ begitu juga dengan orang ramai...terlalu ramai dengan pelawat seperti kami dan juga para pertugas, tidak terkecuali VIP2 dari semua pihak iaitu dari pihak kerajaan dan juga pembangkang ada di situ...terdapat banyak bungkusan2 makananan untuk di agihkan pada para pertugas di situ...memang lah orang2 Malaysia begitu prihatin...aku rasa sumbangan pun banyak di terima...

Aku hanya dapat melihat tanah runtuh itu dari jauh kerana terlalu ramai orang, secara peribadi aku takut juga akan lagi runtuh....tetapi sebahagian dari rumah itu tidak runtuh dan kelihatan elok tapi keadaan amat merbahaya juga.

Apa yang aku tahu rumah anak yatim itu telah di bina 11 tahun yang lalu dan tidak ada masalah sebelum ini....dan aku lihat struktur nya nampak kuat juga...Aku terfikir macamana pandai pun manusia tidak dapat tandingi kuasa tuhan. Kalau Allah kata kun fa ya kun...maka jadi lah seperti di kehendaki...Aku terus rasa insaf dan bayangkan 16 orang mangsa dari tanah runtuh meninggal dunia....Aku rasa begitu kerdil siapa lah kita ini di sisi Allah. Aku rasa sayu tengok keadaan di situ dan terbayang wajah2 yang comel meninggalkan kita semua. Alfatihah untuk mereka semoga roh2 mereka di cucuri rahmat.

Dengan kejadian itu aku terus berfikir ada kah aku ini telah menjalankan tugas ku sebagai HAMBA ALLAH dengan baik....Ya jawatan kita di dunia ini hanya lah HAMBA ALLAH.. dan tugas nya amat mudah iaitu patuh perintah Allah dan jauhi larangan nya...tetapi sangat sukar kita lakukan...Ku terus merasa diriku ini terlalu kerdil dan tidak mempunyai apa2 pun...

Kita ambil iktibar dengan kejadian tanah runtuh ini, bahawa kita memang tidak ada kuasa untuk melawan takdir Allah....dan mari kita muhasabah diri ada kah kita telah menjadi pekerja yang baik di dunia ini...ganjarannya hanya di akhirat kita perolehi dan kekal selama2 nya. Sedangkan di dunia ini hanya sementara...kaya di dunia tidak sama dengan di akhirat...tak usah lah di banggakan apa yg kita perolehi di sini....kerana itu semua pinjaman bukan hak kita yang mutlak.

Semoga kita semua di dalam golongan HAMBA ALLAH yang di redhai...patuh segala perintah nya dan jauhi larangan nya amin.....

Wednesday, May 11, 2011

Hormati lah Azan...

Semalam dalam tak berapa sihat aku terpaksa menghadiri "meeting" yang telah dijadualkan untuk aku..dan selepas mesyuarat aku mengajak rakan untuk makan tengahari di KLCC..maklum lah tekak tak beberapa bagus ingin mencari makanan yg menambat seleraku....

Sambil berjalan aku berkata pada dia..... I want to take something light...not too heavy dan dia menjawab "me too" dengan kata sepakat kami memilih satu restuaran yang hanya menghidangkan roti dan sandwich sahaja...dan kami memilih makananan kami sandwich roast chicken...dalamnya penuh dengan ayam, salad, buah zaitun, dan timun mmmm yummy...memang sedap...betul memenuhi selera ku...alhamdullilah...

Sambil menikmati hidangan kami, kami berbual2 dari kisah mesyuarat kami,keadaan semasa dan hingga ke perbincangan ugama Islam...Rakan ku ini seorang berbangsa Tionghua dan mungkin berugama Budhist atau Kristian aku kurang pasti...

Ada satu soalan yang di tujukan pada ku ...I want to ask something from you...I live in an area of which 80% is Malay and Islam and in my area have 3 "suraus" I am just wondering during the call for prayers...what muslim people should do...? dan dia sambung lagi...I believe you people must respect the "azan" right ....but I see my neighbours during the azan they continue their activities such as talking, laughing and so on....I dont think this is right...?

Amat terpukul dengan soalan itu...lalu ku terangkan padanya kita sepatutnya menghormati azan dengan berdiam seketika dan sunat menjawab azan itu...lepas tu dia berkata... "ya I think you are right....These people really spoil your religion..."lagi satu pukulan ku dapat, lantas ku teringat rakan dari fb yang selalu menghentam perangai orang Melayu yang mendakwa mereka Islam tapi perangai macam hantu...memang ada kebenaran kata2 rakan fb ku dan juga rakan ku ini...aku ambil nya sebagai ubat...yang boleh menyembuhkan penyakit...

Masyaallah...bayangkan lah orang yang bukan Islam mengetahui kita sepatutnya menghormati azan tapi kita orang Islam tidak pandai menghormati azan...masih terus dengan gelak ketawa, perbualan dan lain2....malu nya aku sebagai seorang Islam....walaupun perkara ini nampak ringan tetapi impak nya pada orang bukan Islam amat berat...ianya seolah2 kita tidak menghormati dan mematuhi perintah Allah bersiap2 untuk kita melakukan solat...yang kita mendakwa diri kita sebagai orang Islam.

Pengertian Azan dari segi bahasa ada lah memberitahu dan dari segi syarak adalah perkataaan yang tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuk nya waktu solat.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud : "Apabila masuk waktu solat, hendak lah seseorang dari kamu melaungkan azan bagi kamu"

Dan Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud "apabila mendengar kamu akan azan, maka berkata lah kamu seperti yang di azankan." riwayat oleh Al Bukhari dan Muslim...

Nnnah terang2 kita telah di ajar keutamaan azan dan sunat menjawab nya...tetapi kita sebagai orang Islam mengabaikan nya...masih terus lagi dengan perbuatan kita...alangkah malunya bila orang yang bukan Islam mengetahui nya....

Wahai rakan2 ku sekurang2 nya apabila kita mendengar azan hormati lah nya dengan berdiam diri dan sunat menjawab nya...jangan lah kita terus bergelak ketawa atau sebagainya...kerana itu perintah Allah mengerjakan solat...nampak sangat hati kita gelap tidak merasai2 apa2 ketika azan....aku terasa amat malu bila rakan ku bertanyakan kerana dia yang bukan Islam pun tahu akan menghormati azan....jangan lah jadi bahan ketawa orang yang bukan berugama Islam...Fahami lah apa yang di tuntut dan tunaikan nya...tanda kita cinta pada Allah...dan berterima kasih pada Nya apa yang kita nikmati di dunia ini...

Di sini aku amat menghargai kedua ketuaku apa bila kami tengah rancak bermesyuarat (management meeting) ..tiba2 mendengar laungan azan terus dia meminta kami berhenti dan menghormati azan...dan pergi ke masjid untuk bersolat...kerana masjid berdekatan dengan pejabat kami...dan selesai menunaikan kewajipan kami sambung semula mesyuarat dan aku harap ini akan berterusan sampai bila2 insya Allah...

Friday, April 29, 2011

Golongan orang2 yang rugi....

Dalam kehidupan harian kita sentiasa mahu yang terbaik dan keuntungan pada diri kita. Itu lah selalu yang ada pada diri kita, tidak mahu kerugian yang melanda pada diri kita. Tetapi selalu diri kita sendiri lah yang mengundang kerugian tanpa kita sedari atau sedar kerana mengejar kebahagian dunia, tanpa batasan nya. Cuba kita renungkan di bawah ini adakah kita ini dari golongan manusia yang rugi...

Sentiasa mencari harta untuk kekayaan dan tidak pernah rasa puas dengan kekayaan yang di miliki hingga mengorbankan kesihatan, kebahagian hati, tidur nyenyak dan ketenangan hati...


Mencari cari kesalahan dan mengumpat orang lain tetapi pada waktu yang sama melupakan kesalahan dan dosa yang di perbuatnya. Kita kena sentiasa ingat bahawa kita ini pun bukan sempurna apa lah kelebihan kita mengumpat orang lain...

Tenggelam dalam menikmati hawa nafsu dan memenuhi segala keinginan apa sahaja tanpa kawalan. Seperti kata P. Ramlee dari salah satu filem nya "Dunia ini ana yang punya..."


Menghabiskan waktu dengan orang orang yang mengisi masanya dengan hal2 yang tidak berguna dan menghabiskan waktu berjam-jam untuk sesuatu yang sia-sia...seperti selalu melepak di kedai kopi bercerita yang tidak mendatangkan faedah hingga melalaikan waktu solat....cuba kita lihat di kedai kopi atau shopping kompleks di waktu magrib...dan bandingkan di masjid di mana ramai penghuni Islam?


Pengotor, tidak menjaga kebersihan dan penampilan yang menjijikan...Ugama Islam memang menitik beratkan kebersihan...Jaga kebersihan di rumah dan di mana2 agar kita tidak di jangkiti penyakit, kelihatan menarik dan sejuk mata memandang...

Sentiasa memakan atau meminum makanan atau minuman yang haram, seperti arak dan dadah...cuba kita lihat orang2 yang mabuk selepas minum minuman keras...perangai amat menjijikan serta jadi rendah mertabat nya...apatah tidak nya orang2 yang berpangkat tinggi dan yang berkuasa di kantor atau pejabat bila minum hilang semua kewibaan mereka dan berperangai yang tidak suiman... begitu juga orang yang mengambil dadah alangkah rugi mereka ini.

Manusia yang sentiasa mengingat musibah yang lalu, bencana yang telah terjadi dan kesalahan masa lampau....bukan tidak boleh mengingati segala kesalahan lampau atau musibah tetapi jangan lah memudaratkan diri hingga lupa akan tanggungjawab nya. Kita boleh meningati segala musibah, atau kesalahan kita sebagai iktibar sahaja dan jadi kan pedoman hidup kita di akan datang bukan dengan meratapi sahaja.

Ada di antara kita sentiasa mengejar dunia hingga lupa akan akhirat dan beramal untuk bekalan nya, serta leka terhadap kedatangan nya yang pasti... kita tidak patuh dengan perintah tuhan dan jauhi laranganNya....

Mari kita renungi dan muhasabah diri kita....nauzubillah...semoga kita tidak termasuk dari golongan orang2 yang rugi....amin... Ya Allah ampun lah kami dan masuk lah kami dari golongan insan2 yang beruntung sentiasa mengingati mu, mencintai mu agar Kau jua sentiasa mengingati, mencintai, dan mengasihi kami...amin......

Monday, April 11, 2011

Kebahagian Rumah Tangga

Bulan ini genap 33 tahun aku berkawin dengan suami ku..perkawinan bukan atas dasar cinta tetapi atas keikhlasan dia melamar ku..Ketika itu aku tak pasti samaada keputusan aku menerima nya sebagai suami ku betul atau tidak. Bayangkan lah aku cuma mengenalinya selama tiga minggu sahaja dan dia terus melamarku...maka terbina lah mahgligai yang di impikan setiap insan di dunia ini.

Itu 33 tahun yang lepas, sekarang aku yakin keputusan aku menerima dia sebagai suami tepat insya Allah. Tiada lelaki lain betul2 memahami dan menyayangi aku seperti dia.

Dalam kehidupan berumah tangga ini, perempuan memang memainkan peranan untuk kebahagian rumah tangga pun begitu suami pun memainkan peranan juga ianya seperti irama dan lagu tak boleh di pisahkan. Sebagai isteri mesti lah tahu akan tanggungjawab untuk menjadi isteri yang solehah. Aku pernah menulis tentang tanggung jawab sebagai isteri tidak lama dahulu. Jadi aku tak mahu sentuh peranan isteri mengikut hukum. Aku mahu sentuh serba sedikit peranan seorang isteri menurut kemahuan suami secara am nya....Berikut aku kongsikan bersama apa yang sebenar nya suami mahu dari seorang isteri, mungkin tidak sepenuh nya tapi ini ada lah diantaranya :-

Penampilan - suami sangat suka melihat isteri nya kelihatan cantik, bersih, dan menarik. Cantik di sini bukan lah cantik hingga boleh memikat hati lelaki lain tetapi cantik dalam ertikata sentiasa kelihatan menawan di depan suami...tidak perlu pakai pakaian mahal2, tidak perlu berpakaian lip lap lip lap...cukup sekadar baju yang biasa wanita lain pakai menutup aurat, muka sentiasa tidak berminyak dan bersih dan badan sentiasa wangi dan lagi satu gigi sentiasa bersih kalau wanita yang dah kehilangan gigi gantikan yang lain serta jaga lah kebersihan nya.

Orang selalu berkata kalau nak tengok rumah orang itu bersih tengok lah tandasnya dan kalau nak tengok orang itu pembersih atau tidak tengok pada gigi nya...senangkan petua ni?

Bijaksana, memang suami suka dan gembira kalau isteri nya bijak..bijak tidak lah perlu hingga mendapat taraf PHD...cukup sekadar tahu nak bertindak sesuatu masalah tanpa membebankan suami...ini sangat penting..kadang2 isteri bila perkara kecil pun kena panggil suami dari pejabat untuk menyelesaikannya...cuba atasi nya tanpa menggangu mereka...Pandai mendidik anak agar anak menjadi orang yang soleh atau solehah. Bagi isteri2 yang bekerja pandai2 lah membahagikan masa untuk kerjaya dan keluarga.

Tidak boros - suami sangat bersyukur jika isteri mereka tidak boros dan pandai berjimat cermat ini memudahkan tugas suami jika dalam kesempitan ada tempat si suami meminta pertolongan..bagi aku, aku akan rasa malu jika suami ku tiap2 bulan suka meminjam dari kawan2 nya kerana kesempitan wang. Nampak sangat tiada pakatan suami isteri.

Sihat dan cergas - Suami memang mengharap isteri mereka sentiasa sihat dan cergas. Bayangkan jika isteri selalu sakit, bagaimana suami hendak fokus dengan kerjaya mereka. Asyik kena bawa isteri ke hospital sahaja. Jadi untuk jaga kesihatan, isteri harus lah mendisiplinkan diri untuk jaga pemakanan, selalu bersenam dan sentiasa tenangkan fikiran. Aku berpegang satu prinsip untuk tenangkan fikiran ini, apa2 yang berlaku mesti ada hikmah dan serah pada Allah...insya Allah tenang lah fikiran kita.

Penyayang dan penyabar - tiada siapa pun suka isteri yang pembengis dan kurang sabar. Bayangkan jika isteri pembengis tentu anak2 jadi mangsa dan juga suami.

Itu lah di antara ciri2 isteri yang di kehendaki oleh para suami2 tentu rakan2 berkata ini tak adil si isteri sahaja yang kena ikut kemahuan suami.... yang sebenar nya para isteri pun berharap agar suami mereka seperti yang dinyatakan di atas. Kedua2nya memainkan peranan untuk kebahagian rumahtangga. Kunci pertama kebahagian rumah tangga isteri ialah melayan kehendak suami begitu juga dengan suami melayan kehendak isteri. Bak aku katakan tadi ianya seperti irama dan lagu tak boleh di pisahkan.

Kesimpulannya kedua2nya memainkan peranan penting demi untuk menjaga keharmonian rumah tangga...insya Allah kalau semua faham dan tau peranan masing2 tegap lah istana yang kita bina malah akan kelihatan gah dan cantik...

Ku berharap istana yang ku bina sekian lama ini bertahan sampai akhir hayat ku dan begitu juga dengan rakan2, kaum keluarga ku. Semoga kita hidup aman damai hingga ke akhir hayat dan bukan itu sahaja semoga kehidupan yang kita kecapi sekarang ini di redhai Allah...amin.