Wednesday, March 21, 2012

Sifat Rendah Diri

Perut ku sudah mula berbunyi2 dengan alunan muzik yang deras menandakan aku sudah lapar lalu aku bercadang untuk pergi keluar makan dan mengajak kawan ku makan bersama.

Setiba nya di restoran tu bertambah lapar lagi perut ku dengan air liur sudah mula meleleh melihat lauk pauk yang terhidang....mmmm semua nya menyelerakan hingga sukar aku memillih lauk2 itu..akhir nya aku memilih  makanan kegemaran ku iaitu kari kambing dan sayur serta chili hijau... dan terus mencari tempat duduk dan mula makan dengan berseleranya.

Sedang aku makan, seorang perempuan bertanya pada ku hendak minum air apa dan aku berkata aku nak air kosong...dalam beberapa minit saja air ais kosong terletak di meja ku dan aku melihat air ais dan berkata kepada perempuan tu bukan air ini yang aku maksudkan aku hendak minum air suam aje...lalu dia terus  memarahi aku dan berkata lain kali cakap lah air suam bukan air kosong...aku tersenyum dan tunduk kepala tanda memohon maaf dan terus makan, tanpa rasa apa2 atau marah pada dia semula...kerana memang salah ku...salah pesanan...

Berselera sungguh aku makan habis licin sepinggan tanpa sebiji nasi pun tinggal...bila dah habis makan aku terus pergi ke kaunter pembayaran serta beratur dengan sabar nya menanti giliranku  membayar....bila tiba giliran ku...perempuan cashier tu menghulur tangan nya meminta maaf atas perbuatan nya tadi memarahi aku....aku terkejut dan terpengun dengan kebaikan nya.  Sesungguhnya dia  mempunyai sifat terpuji...walaupun aku tidak memarahi dia atau merungut dengan sikap nya dia tahu dan rasa bersalah atas perbuatan nya terhadap ku....sanggup menunggu ku dan meminta maaf...mungkin pada orang lain ini perkara kecil tapi bagi ku bukan senang seseorang nak minta maaf tambah2 dia toke kedai.....apa dia peduli hilang seorang pelanggan ramai lagi pelanggan akan datang ke restoran nya...memang ternyata makanan nya memang sedap....tapi bukan itu yang ku kenangkan tetapi kebaikan nya dengan rendah dirinya di memohon maaf pada ku...tetap ku kenang sampai bila2 dan sudah pasti aku akan datang lagi...patut lah kedai dia maju....

Begitu lah hidup manusia, kita tidak rugi apa2 kalau kita sentiasa merendah diri....kerana kita ini hanya manusia yang di cipta oleh Allah...apa lah sangat yang ada pada kita hingga ingin sanjungan dan sentiasa angkuh......sifat2 sebegini memang merugikan kita......

Allah menyukai orang yang sentiasa merendah diri, tawaduk dan patuh perintah Nya...harap kita menjadi orang yang di sayangi Allah...amin...

Friday, March 16, 2012

CINTA YANG TERHALANG

Semua orang pernah bercinta, aku pun pernah bercinta.. Hidup orang bercinta ni selalu terkenang orang yang kita cintai...makan, minum, kerja dan tidor selalu teringatkan kekasih kita, dan semua nya indah itu lah hakikat orang bercinta.  Kalau tak jumpa satu hari bagai setahun rasanya...dapat tengok rumah kekasih kita pun sudah cukup untuk melepaskan rindu.....Dan bila cinta terhalang bagai nak rak kita rasa kecewa, merana seperti dunia ini sudah berakhir....Itu lah penangan CINTA.

Itu ada lah cinta kita pada manusia, bagaimana pula cinta kita pada Allah?  Mulut kita sentiasa berkata kita mencintai Allah tetapi selalu nya perbuatan kita tidak mencerminkan kita mencintai Allah.   Malah selalu terhalang cinta kita pada Allah kerana pehak ketiga iaitu SYAITAN...

Kita perlu buktikan kata2 kita yang kita mencintai Allah....Bila kita mencintai seseorang kita sanggup lakukan apa yang orang kita cintai kita mahu kan? Begitu lah juga bila kita mencintai Allah kita sepatutnya patuhi perintahNya dan jauhi laranganNya.  Malah hati kita sentiasa berzikir tanda kita mengingati Allah, selalu menyebut nama Allah.. seperti Ya Allah, Ya Malik, Ya Fattah dan banyak lagi...insyaAllah tenang jiwa kita kerana kita dapat melepaskan rindu kita....dan kita tahu Allah sangat mengasihi Rasulullah jadi kita pun sentiasa berselawat nabi untuk kekasih Nya juga...tanda kita juga sangat sayang pada Rasulullah.

Macam cerita hindustan atau drama2 melayu,  selalu kisah cinta banyak halangan begitulah  cinta kita pada Allah banyak halangan yang kita tempohi...SYAITAN suka menghalang cinta kita...ada  sahaja cara nya untuk mengugat cinta kita dan selalu juga kita tewas dengan hasutan nya....sebab itu sudah janji nya...jadi kita mesti kuatkan hati kita, sentiasa beristiqamah untuk beribadat pada Allah,  insyaAllah SYAITAN tidak berani dan akan kalah dengan cinta kita yang agung ini.

Setiap hari aku akan menghubungi  Mu Ya Allah 24434, dan setelah aku memadu kasih pada Mu aku rasa tenang, amat2 tenang dan aku sentiasa merindui Mu...aku tidak sabar menunggu setiap temu janji dan akan ku usahakan juga walaubagaimana sibuk nya aku dengan hal duniawi ini kerana aku tau ada pehak ketiga sangat mencemburui cintai kita....dan aku akan sentiasa buat dia cemburu agar aku dapat menguatkan ikatan cinta kita...aku tak mahu dia menjadi penghalang cinta kita...

Aku berjanji pada diriku ini aku akan pertahankan cinta ini, kerana aku sangat yakin cinta ini suci, abadi, agung dan kekal....akan ku perjuangkan cinta ini hingga ke titisan akhir ku....aku tak mahu pehak ketiga  menjadi halangan cinta yang agung ....harus ku singkirkan pehak ketiga ini demi mengejar cinta ku yang suci ini...ini  ada lah janjiku  insyaAllah....seperti yang selalu ku lafaskan dalam temu janji kita...ibadat ku, hidupku, matiku adalah untuk Mu Ya Allah....

Ayuh rakan2 ku jangan lah jadikan cinta kita terhalang oleh pehak ketiga ini...nyah...dia jauh2 dari diri kita....sucikan cinta kita , sentiasa sebut nama kekasih kita agar cinta kita sentiasa segar dan kukuh, lakukan apa yang di suruh dan jauhi laranganNya..... kerana kita tak rugi mencintaiNya sememangnya CINTA ini  kekal dan abadi....

Monday, March 5, 2012

Tawakal pada Allah

Sememangnya kita manusia sentiasa diduga. Kadang2 dugaan itu datang tidak di sangka2...begitu juga dengan diri ku...Kebelakangan ini banyak sungguh masalah yang aku hadapi, lepas satu, satu datang. Kadang2 aku rasa buntu untuk menyelesaikan nya...tapi aku percaya Allah sentiasa bersama2 aku....aku hanya beriktiar dan selebih nya aku serahkan padaNya...

Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha berkuasa, Maha Agung...hanya pada Engkau aku berserah...

Aku rasa diri ku terlalu kerdil memang kerdil, kita hanya manusia tidak mampu hendak berbuat apa2 tanpa pertolongan Mu Ya Allah...Jangan lah kita angkuh apa yang kita ada, yang sebenarnya kita tidak mempunyai apa2 pun, semua itu hanya pinjaman dari Allah...

Tiap2 malam aku serahkan diriku pada Mu, kerana aku yakin Engkau Maha berkuasa, Maha adil, Maha penyayang, Maha Melihat dan Maha Mendengar....tiap2 malam aku merindui Mu, Kau tempat aku mengadu...dan aku terasa banyaknya dosa2 ku pada Mu....adakah aku layak syurga Mu...aku menginsafi diriku...menitis air mata bila terkenangkan kebesaran Mu,...sebagai hamba Mu, aku begitu kerdil sekali tidak mempunyai apa2 pun...

Aku merasa lega, tenteram, dan aman sekali bila berhadapan dengan Mu...dan aku pasrah...aku serahkan diriku pada Mu...dan sesunguhnya Kau Maha Mendengar dan Melihat,...dan aku akan sentiasa bersangka baik pada Mu....

Ayuh kawan2 ku, adik2 ku, apa yang aku ingin berkongsi bersama ada lah jangan ingat kita sahaja ada masalah, yang sebenar nya ramai di luar tu bermasalah dan menghadapi musibah yang lebih teruk dari kita....jadi kita harus bersyukur kita masih boleh bernafas lagi untuk kita teruskan hidup ini dan meneruskan ibadat kita pada Allah...Sentiasa bersangka baik pada Allah...Allah tidak menganiaya kita...Allah tahu yang terbaik untuk kita....jadi kita harus bertawakal pada Nya........

Sunday, February 12, 2012

Sunat

Ramai yang membuat tafsiran yang salah berkaitan hukum SUNAT. ramai beranggapan Hukum Sunat,apabila dilaksanakan akan dapat pahala,kalau tak buat,tak dapat apa-apa mahupun dosa dan pahala. Tafsiran yang betulnya,APABILA DILAKSANAKAN DAPAT PAHALA,KALAU TAK DILAKSANAKAN,MAKA RUGILAH KITA. Oleh kerana TAK DAPAT APA-APA ITULAH menyebabkan orang islam pandang remeh tentang ibadah hukumnya sunnah.

Renungi lah kata2 di atas, ada kah kita dalam golongan itu, selalu abaikan yang sunat. Kalau betul alangkah ruginya kita. Mulai dari sekarang cuba kita tukar sifat itu, kita buat sunat sebanyak mungkin. Pengorbanan kita pada Allah amat lah sedikit, berbanding apa yang Allah telah berikan pada kita.

Bermula dengan kerja harian kita. Banyak perkara sunat kita dapat lakukan seperti bangun pagi baca doa dan terus ke bilik air dengan mendahului kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan, serta di iringi doa masuk tandas. Lakukan sunat solat seberapa banyak yang boleh. Seperti solat sunat tahajjud, rawatib, dhoha, witir, wuduk dan lain2. kita boleh menonton tv berjam2 tapi kerana Allah kita amat berkira denganNya. Lakukan lah sunnah2 rasulullah sebanyak yang boleh kita lakukan.

Wahai rakan2 ku, adik2 ku tukar lah sikap kita lakukan lah sunat sebanyak mungkin anggap lah seperti wajib insyaAllah kita senang nak lakukan dan lakukan kerana Allah. Aku mengingati diri ku jua. Anggap lah kita tidak mempunyai masa lagi untuk melakukan ibadat insyaAllah kita ringan melakukan ibadat.

Semoga kita menjadi insan yang rajin dalam melakukan ibadah kerana Allah.

Assalamualaikum.

Monday, February 6, 2012

Kenali Rasulullah

Assalamualaikum

Sebagai orang Islam kita tau Nabi Muhammad ada lah nabi dan rasul yang terakhir. Banyak kisah duka Rasulullah lalui semasa berdakwah untuk Allah. Kalau bandingkan dugaan yang Rasulullah lalui dengan kita tersangat lah bezanya. Kita sebagai manusia biasa selalu tidak tahan atau tidak sabar pada dugaan yang kita lalui tapi Rasulullah hadapi dengan penuh kesabaran, walaupun di fitnah, baling tahi dan sebagainya. Kalau kita di fitnah atau orang berkata buruk hal kita. Cepat sangat melenting dan menuduh macam2 pula pada orang yg memfitnah atau berkata buruk pada kita. Tak berhenti2 pula kita memfitnah semula pada mereka, tetapi Rasulullah sangat sabar dan boleh buat baik pada orang yang buat jahat pada Baginda. Begitu lah mulia hati Radulullah. Memang Rasulullah manusia yang terpilih. Kita patut jadikan Rasulullah sebagai idola kita untuk menjalani hidup kita yang penuh pancaroba ini.

Untuk mencintai Rasulullah kita mesti mengenali nya. Di bawah ini aku kongsikan biodata Rasulullah secara ringkas yang aku perolehi dari seorang rakan ku. Harap kita mengenali nya dan aku sarankan kita cari buku kisah Rasulullah sebelum Baginda lahirkan hingga Baginda wafat. Memang sedih dan kagum dengan kehebatan Baginda.

BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

Saturday, January 21, 2012

kesihatan

Alhamdulillah aku dah keluar dari hospital dan sekarang berada di rumah dah beransur pulih..walaupun agak lemah tetapi aku bersyukur aku makin pulih...Aku terpukul dengan berita Izwan Pilus seorang penyanyi meninggal dunia akibat jangkitan paru2....serupa penyakit yang aku hidapi ini....sungguh tak sangka pendek umur nya....dan sekali lagi aku amat bersyukur Allah memberiku peluang untuk jalani hidup ini lagi....Alfatihah untuk keluarga Izwan Pilus

Syukur alhamdulillah....

Di sini aku ingin mengingati rakan2 ku sekelian...pergi lah jumpa doktor jika anda batuk2....aku yang sebenarnya ambil ringan sebelum ini kerana ku sangka batuk ini hanya batuk biasa walaupun dah sebulan aku mengidapi nya....kerana ku rasa sihat, aku boleh buat kerja seperti biasa, boleh buat senaman hari2 yang sentiasa aku lakukan jadi aku tak rasa kelainan langsung. Aku ingat aku sihat....rupa nya batuk yang lama agak merbahaya....jadi berhati2 lah bila anda batuk, sekali lagi aku sarankan jumpa doktor...jangan jadi macam aku bila dah demam baru terasa teruk dan merana di buat nya tapi ku pasrah kerana ini kehendak tuhan....semua nya tergendala, aku tak dapat bekerja seperti biasa, bercuti menyusahkan staff aku datang ziarah ke hospital dan macam2 lagi, menyusahkan suami ku, anak2 ku...pendek kata semua orang susah kerana sakit yang ku hadapi....apa lagi dengan diri ku....tak bermaya langsung, makan tak lalu, mengigil selalu kerana lemah, ubat berpuluh2 biji di telan sehari...dan rasa hidup ini macam tak bermaya langsung....

Syukur alhamdulillah aku kembali seperti biasa walaupun tak sepenuh nya...boleh bersolat berdiri semula, mengaji dan membaca buku walaupun fokus tak lah seperti dulu tetapi aku yakin insyaAllah aku akan kembali seperti sediakala....

Sekali lagi ku ingatkan jangan ambil mudah dengan batuk....sangat merbahaya jika paru2 telah di jangkiti kuman....sangat merbahaya....boleh bawa maut.....bukan kerana kita takut mati tetapi tanya pada diri sendiri adakah bekalan kita ini mencukupi?.....

Jika tidak...jagalah kesihatan agar ibadat kita tidak tergendala..dan dapat terus beristiqamah....


Salam

Monday, January 16, 2012

Hari ini hari yang kelima aku berada di hospital kerana sakit radang paru2 atau bronchitis. Kira2 seminggu lah aku jatuh sakit. Terasa badan ini agak uzur. Tak banyak dapat aku lakukan hanya dengan berbaring dan berehat serta di sulami dengan ubat bertimbun2 terpaksa aku telan. Sakit sekali ini mengajar aku banyak bersabar.

Yang sebenarnya aku dah mengidap batuk dah lebih dari sebulan, tapi aku biarkan aje tanpa pergi berjumpa doktor, paling ku usahakan beli ubat batuk di farmasi dan makan sebelum tido itu pun bila teringat. Aku tak rasa pun tak selesa malah aku masih boleh teruskan kerja harian aku, buat senaman hingga berpeluh2 seperti biasa. Pendek kata batuk tu tidak menggangu langsung sebab tu aku biarkan aje. Tetapi pada hari selasa lepas aku sudah mula rasa tak sedap badan demam2 sikit, aku terus bekerja seperti biasa hingga lebih kurang pukul 3 aku dah tahan sangat meminta staff antar apa2 dokumen untuk aku tandatangani secepat mungkin. Kemudian aku memandu pulang. Tak berapa stabil aku memandu tapi aku bawa juga dan berserah pada Allah dan selamat sampai rumah.

Aku terus tidor dan rehat hampir pukol 5 aku bangun untuk solat asar dan rehat seketika. Bila malam lepas solat isyak aku terus tido lagi. Memang tak larat di buat nya. Keesokan pagi aku mengajak suami ku pergi klinik kerana rasa badan ku panas lagi dan pergi lah kami. Doktor memberi ku 2 hari MC suruh rehat di rumah. Aku cuma senyum aje kerana aku akan datang kerja esok hari walaupun MC. Tapi badan ku tak sekuat yang ku sangkakan. Keesokkan hari aku bertambah teruk walaupun dah makan ubat. Lepas asar aku sesak nafas hampir2 aku pengsan di buatnya. Anak ku pujuk ku pergi hospital dan aku setuju kerana ku rasa hampir hilang nyawa di buat nya. Terbayang ketika itu ya Allah banyak lagi aku berhutang dengan mu bagi lah aku peluang, ku rasa dunia ni gelap seketika sambil ku beristifar banyak2.

Tiba di hospital ku di beri pernafasan oxygen dan baru ku rasa sedikit lega. Aku di masukkan ke wad untuk siasatan rapi lagi. Dan akhir nya aku di diagnosed bronchitis, lung infectious dan juga asma. Lepas 3 hari baru demam ku reda. Satu peringkat dah selesai. Sekarang mereka tumpukan dengan rawatan paru2. Aku terpaksa pakai drip kerana tak berselera nak makan, antibiotic injection dan juga antibiotic drip. Ubat2 secekak aku terpaksa telan dan sedut oxygen 3 kali sehari. Pagi2 buat fisioterapi untuk keluarkan kahak dan lendir di dada. Banyak juga aku kena harungi. Semua nya aku lalui dengan sabar. Rakan2 , sahabat andai dari jauh dan dekat datang menziarahi ku memberi semangat pada ku. Terima kasih semua.

Ku fikir sakit ku ini tak lah seteruk orang lain yang mengidap kanser dan lain2 aku bersyukur pada Allah.

Hari ini aku rasa sedikit baik dari semalam tapi ku di kejuti dengan hidung ku pula berdarah. Baru buat ct scan. Semoga tidak ada apa2 berita buruk lagi. Aku berdoa dan terima dengan redha.... Amin