Wednesday, December 5, 2012

Rabu 21 Muharram1434/5 Disember 2012

Berubah perwatakan/perangai kerana orang lain tidak akan kekal maka jadi lah diri sendiri dan berubah kearah kebaikan kerana Allah...



Assalamualaikum

 

Tuesday, December 4, 2012

Selasa 20 Muharam 1434/4 Dec 2012

Waktu kosong ( tidak buat apa2) adalah kerugian
ibadat ada lah perniagaan dan pelaburan.

Jadi jangan buang masa tanpa berfaedah...melabur lah saham akhirat seberapa banyak.




Mengingati diri sendiri ....dan juga sahabat2 yang aku sayangi..

Assalamualaikum..

Friday, November 16, 2012

Peringatan

Assalamualaikum

Harap apa yang aku lampirkan di sini memberi semangat pada kita...yang tidak sunyi menghadapi berbagai2 masalah...

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat....


Monday, October 29, 2012

gambar gambar

Perhatikan nama jalan terletak di bawah Port Pirie Adelaide
Mereka angkut rumah melalui lori - Dalam perjalanan kami ke Port Pirie
Berhenti sejenak mengambil angin di ladang
Menikmati matahari terbenam di tepi laut - Adelaide


Kereta kuda - Melbourne sewa nya mahal
Keadaan tenang dan tidak sibuk di Adelaide
Bunga bungaan waktu musing bunga - Canberra
 
 
 
Banyak lagi gambar2 yang akan di upload terutama gambar2 bunga...
 
 
Agak sudah lama aku tak update blog ini...aku agak sibuk dengan tugas harian ku dan banyak sungguh kerja yang kena aku lakukan...tapi aku tak kisah sangat dengan kerja harian ku ini sudah memang tugas yang aku harus pikul cuma kadang2 ianya memeningkan kepala ku dan juga amat menguji kesabaran ku...apa2 pun alhamdulillah aku hadapi juga dan berserah pada Allah selebihnya.

Dalam kesibukan pun dapat juga ku luangkan masa bersama anak ku yang berada di Australia.  Aku dan suami ku pergi ziarah anak ku di Australia.  Sekali ini kami bertemu di Sydney.  Kami menetap di hotel di Sydney dan ziarah di tempat2 yang menarik.  Walaupun ini kali kedua aku datang ke Sydney namun aku tetap rasa teruja juga.

Tanpa buang masa kami ziarah ke Madame Tassaud....ini MT yang keempat aku lawati...pertama semasa aku berada di United Kingdom, kedua semasa di Amsterdam dan tahun lepas semasa aku berada di Hong Kong.  Tidak banyak beza nya kecuali tambahan selebriti tempatan.  Aku ketawa melihat telatah suami aku bila bergambar dengan Lady Gaga dan Asyaiwara  pelakun Hindi tu...maaf kalau  ejaan nya salah ya....nampak true colours seorang lelaki hehehe.

Kami berjalan2 sekitar situ iaitu Darling Harbour dan singgah ke Chinese Garden....di sini aku agak terpesona dengan lanskap buatan manusia memamg cantik sekali dengan tasik dan bunga2 serta hasil seni bonzai....cantik sekali..

Kalau pergi Sydney tidak singgah di Opera seperti lawatan tak lengkap rasa nya. Kami menuju ke Opera dan sempat bergambar di situ. Kemudian kami pergi  ke Darling Harbour dengan menaiki feri...satu kelainan rasa...menikmati keindahan bandar Sydney melalui feri dengan angin sejuk...sungguh  nikmat kurnian Allah kami rasa ketika itu. 

Kami bersiar2 hingga malam di Darling Harbour dan makan malam di sekitar situ....kami bayar dan tak mahu convert ke RM kerana kalau berbuat begitu memang kami tak akan berjalan kemana2 hanya duduk di hotel sahaja....kami rasa syukur selamat perjalanan kami tanpa kami leka dengan perintah Allah .....

Hari kedua kami sewa kereta dan berangkat ke Canberra ibu negeri Australia...ini pun kali kedua aku menjejakkan kaki ku kesitu....aku ikut juga perancangan anak ku kerana dia dan suami ku tak pernah kesana....bandar pentadbiran seperti Putrajaya....satu pengalaman yang tak dapat kami lupakan ialah kami terlepas membayar toll...tempat toll di sini tidak seperti Malaysia di mana kita tak akan terlepas membayar berlainan di sini kalau silap aje lorong kita boleh terlepas dan begitu lah kami...kami terlepas apa lagi anak aku susah hati dan mencari nombor talipon toll serta makan masa juga dia nak membayar online....walaupun kami terlepas bayar toll kami tetap kena bayar melalui online kerana takut kena bayar penalti...kamera berada di mana2 begitu juga dengan speeding...banyak kamera kita terpaksa berdisiplin membawa kereta....bahkan perjalan kaki pun sangat berdisiplin tidak berani melintas jalan selagi lampu hijau tak menyala malah kadangkala ketika lampu merah memang ternyata tak ada kereta tetapi mereka tidak melintas...begitu lah mereka berdisiplin....sekarang ni Malaysia dah mula sibuk dengan AES camera....banyak orang komen mengenai nya....

Kami sampai tengahari sempat lah kami ziarah ke tempat pentadbiran nya dan yang paling menarik ada lah taman Floriade.....sungguh cantik dengan bunga bungaan dengan bermacam jenis dan warna...sungguh cantik ciptaan tuhan....bunga tulips dengan dua tone warna, bunga daisy dan lain2 aku tak tahu nama bunga2 tu tapi percayalah sangat sangat cantik di sertai dengan tasik dan air terjun...ketika itu musim bunga....kami bersolat jamak zohor dan asar di rumah kawan anak ku dan sebelum pulang ke Sydney kami singgah semula kerumah beliau dan bersolat jamak magrib dan isyak...kami sampai Sydney agak lewat hampir pukul 11 malam.....tidor dengan nyenyak nya kerana waktu subuh di sini pada pukul 4.30 pagi

Kami bangun pagi bersolat subuh dan tidor semula hingga pukul 7 pagi bersiap2 untuk pergi ke Blue mountain.  Kami berangkat menghala ke Blue Mountain...sepanjang perjalanan kami tak lepas menikmati mati kami dengan pemandangan yang cantik2 dan satu yang menarik hati ku ialah 7 Eleven...di Malaysia ianya hanya supermarket tapi di sini terdapat kios minyak dari 7 Eleven sayang aku tak sempat merakam kan gambar nya.

Kami singgah kedai runcit untuk membeli makanan serba sikit...agar kami tidak lapar...kami hanya beli minuman dan makanan ringan untuk sarapan pagi.

Bila sampai di Blue Mountain memang tidak di nafikan kecantikan ciptaan tuhan...dengan cuaca yang dingin dan pemandangan yang cantik membuat aku rasa tenang dan kagum dengan Allah....Allahuakbar...

Kami berjalan2 sekitar situ dan bergambar kemudian kami menaiki cable car dan keretapi ....naik keretapi nya agak mencabar kerana rasa macam tak selamat aje...tapi aku yakin mereka mesti sudah fikirkan keselamatan penumpang....kecut perut bila keretapi bergerak tapi kami selamat sampai ke destinasi nya dan bersiar di situ ....hutan hutan yang cantik pemandangan yang luas di sekitaran....sejarah arang batu terdapat di situ...kemudian kami naik kereta cable...seperti kami di atas dunia...nampak hutan2 dan  gunung ganang di bawah....dari sini nampak "three sisters" dengan jelas.....gunung2 three sisters ni ada dongeng nya tapi aku tak berapa minat mengetahui nya...

Selepas itu kami berjalan dan bersiar di sekeliling bandar ini...memang cantik dan nyaman...minum kopi di situ untuk memanaskan badan...

Kemudian kami berangkat pulang...suami ku memandu tetapi setengah jalan aku pula ambil alih kerana suami terasa mengantuk....kami singgah di bandar Auburn di mana terdapat masjid yang besar "Gallipoli Mosque" di bina oleh orang2 Turkey di situ...Sangat cantik seni masjid itu...terpengun kami...Kami bersolat jamak zohor dan asar di situ dan seterusnya bersiar2 di bandar ini....Kami sangat sukakan bandar ini kerana ramai penduduk di situ ada lah orang Islam dan kami tidak sukar mencari makanan halal di situ...apa lagi kami makan lah makanan orang Iran di situ dengan kenyang nya....kami rasa tak puas hati kami berjalan2 lagi di bandar situ...dan singgah untuk minum kopi pula...mmm kopi nya sangat sedap "flat white"...aku rasa sungguh ummph kopi nya...dan patah balik ke masjid Gallipoli untuk bersolat jemaah magrib dan jamak isyak...

Kami sampai di hotel agak malam juga dan terus tidor untuk bangun awal dan seterusnya ke airport untuk terbang ke Melbourne....

Aku kurang suka bandar Melbourne kerana kesibukan nya.  Hanya berjalan2 sekitar shopping komples tanpa membeli apa2 di bandar Melbourne kecuali dekat dengan hotel kami ada shopping kompleks yang besar dan aku beli lah sedikit baju2 untuk cucu2 ku dan sedikit buah tangan.

Apa yang aku suka tentang Melbourne ialah mudah mencari makanan halal di sini...Kami makan di Blok M makanan Indonesia sangat sedap....singgah di Mamak tapi oleh sebab kekenyangan kami tak makan di situ...memang tak ada masalah bab makan di Melbourne tapi hati ku tidak tertarik di situ...

2 hari kemudian kami berangkat ke Adelaide tempat tinggal anak ku....Adelaide bandar yang tak berapa sibuk aku sangat suka bandar ni...rumah anak ku pun tepi jalan besar tapi tak terasa kesibukan nya....aman lah rasa berada di sini...memang patut student belajar di sini...rasa aman, tenang dan tidak banyak hiburan seperti di Melbourne dan Sydney.

Aku tinggal di rumah anak ku selama 4 hari...kami berjalan jauh dari bandar Adelaide dengan menyewa kereta...lebih kurang 200 km dan singgah di mana tempat kami nampak cantik dan indah dan akhir kami sampai ke Port Pirie...tempat di mana anak2 muda dulu mempertahankan negara mereka dari serangan Peranchis...di sini tak ramai orang asing seperti kami...jauh seperti kampung tapi sangat cantik dan rasa nyanman dan udara bersih...

 
Gallipoli Mosque Auburn Sydney
 
Di suatu tempat jauh dari  Adelaide..
                                                     
 Adelaide
        Tasik di Canberra
  
 
 
Banyak gambar bunga2 aku ambil tapi  tak dapat aku upload di sini mungkin size besar aku pun tak tahu.
 
Aku memohon maaf kerana penulisan aku agak tidak teratur kerana aku kesuntukan masa......
 
Banyak pengajaran aku dapat dari ziarah ini...pertama kita yang aturkan masa jadi kalau kita sudah biasa istiqamah bab ibadat kita insyaallah kita akan teruskan lakukan di mana pun kita berada...Keduanya aku bersyukur aku tinggal di negara yang aman dan senang aku nak mencari tempat ibadah dan makan...di sini kadang2 kami kena solat di tempat yang agak tersembunyi atau terselindung sikit kerana sangat sukar untuk mencari masjid...walaubagaimana pun bukan bererti kita boleh tinggalkan solat...Ketiga nya aku rasa negara kita jauh lebih murah lagi...mungkin kerana foreign exchange ....tetapi yang pasti di mana bumi Allah kita pijak ianya sangat cantik dan menarik..dan mengkagumi kebesaran Allah.
 
Wasallam
 
 
                   
 

Saturday, August 18, 2012


Assalamualaikum rakan2 sekelian

Pada tahun lepas aku telah post kan entry ini, tapi untuk memperingatkan kita menyambut Eid Fitri mengikut sahabat2 nabi aku post kan sekali lagi, aku akan post kan tiap2 tahun selagi ianya telah menjadi kebiasaan kita insyaAllah.....

Ibnu Hajar rahimahullah berkata:
Dari Jubair bin Nufair ia berkata : -

“Para sahabat Rasulullah S.A.W. apabila bertemu pada Hari Raya, mereka mengucapkan kepada yang lain:

" Taqabbalallahu minna wa minkum"
Semoga Allah menerima amalan kita


Apa kata kita mengikut cara sahabat2 rasulullah...

Assalamualaikum

Thursday, August 16, 2012

Ramadan akan pergi...syawal akan menjelma

Ramadan sudah berada di penghujungnya...aku rasa masa berlalu begitu cepat...harap Allah menerima segala ibadah kita...

Kalau dulu masa muda2 aku sentiasa menantikan hari raya tetapi sekarang terbalik pula ku rasa...aku rasa sayu  meninggalkan ramadan kerana aku tak pasti samada aku akan ketemu semula ramadan di akan datang....

Tahun ini kami suami isteri banyak berbuka di rumah dan suami selalu meminta ku memasak.  Aku masak apa sahaja yang di pinta....tanpa aku rasa penat kerana seperti aku kata tadi kami tidak tahu bertemu semula di Ramadan akan datang....jadi aku buat apa yang terbaik untuk diriku dan suami ku...Aku gembira bila aku masak dia sangat sukakan nya kadang2 minta di ulangi masakan tersebut untuk hari2 berikut...tak kira lah kerana permintaan suami ku, aku masak semula masakan tersebut....

Kebanyakkan harinya kami berdua sahaja berbuka cuma kadangkala anak2 ada datang di hujung minggu.....

Apa yang membuat kami suami isteri berasa sedih nya ialah bila malam kami akan rasa kehilangan nya....tiap2 hari sekarang ni kami akan pergi ke masjid untuk qiam.  Bangun seawal 2 pagi dan bersiap2 untuk ke masjid...Berdua2an kami keluar rumah dan pergi ke parking kereta.... kami terasa ketenangan di sekeliling...sungguh indah nya waktu malam ini dengan bulan kelihatan di langit yang tampak tenang, tidak terlalu gelap kerana di cahayai oleh bulan dan bintang2.....oooh sungguh indah hening malam ini....kami akan rasa kehilangan ini....kerana di waktu biasa memang tak ada aktiviti qiam di masjid...

Sesungguhnya kami berharap suasana begini sentiasa berterusan tetapi sayang ianya hanya berlaku pada bulan Ramadan....begitu lah istimewa nya Ramadan....

Tak berapa hari sahaja syawal akan menjelma yang membuat aku semakin sayu kerana Ramadan akan pergi dan juga mengingati ibu bapa ku yang sudah meninggalkan dunia yang fana ini...alfatihah untuk mereka....

Insyaallah Ramadan kalau panjang umur kita akan bertemu lagi...Semoga Allah memberkati kita semua dan terima amalan kita sepanjang Ramadan ini...

Akhir nya ...sama2 lah kita meraikan hari raya ini dengan keadaan kesederhanaan dan ziarah menziarahi kaum keluarga kita yang masih ada...oh ya aku mungkin balik ke Kedah kerana sudah agak lama tidak berjumpa keluarga di sebelah suami...dan aku rasa teruja bila adik beradik suami ku akan buat perjumpaan semula...keluarga suami ku agak ramai kalau semua nya berkumpul mungkin ada dalam 80 ke 100 orang...dan bayangkan lah bertapa meriah ketika itu......

Akhirkata sementara masih di bulan Ramadan ini kita perbanyakkan ibadah kita terutama di waktu malam........