Tuesday, June 25, 2013

16 syaaban 1434H/25hb June 2013 (Selasa)

Perbezaan di antara Munafik dan Fasik


Kita sering terkeliru dengan dua sifat ini, dan minta kita di jauhi dari sikap2 ini.

Munafik ialah orang yang di dalam hatinya mempunyai keyakinan yang lain daripada perbuatan atau amalan zahirnya. Di dalam syariat Islam, takrif munafik ialah "menzahirkan keislaman dan menyembunyikan kekufuran"

Munafik ada dua, satu munafik yang hakikatnya KAFIR dan keduanya munafik SIKAP, yakni berperangai buruk.

Munafik yang hakikatnya kafir ialah orang yang berpura-pura Islam, tetapi hatinya kafir seperti Abdullah Bin Ubai dan 300 orang pengikutnya pada zaman Rasulullah s.a.w. Pada zaman sekarang ini ialah seperti sesetengah orientalis yang membuat penyelidikan tentang Islam dan dia berpura2 memeluk agama Islam, pura2 solat, pura2 ke Makkah ambil haji, tetapi dalam hatinya dia berniat hendak menghancurkan Islam atau untuk menimbulkan keraguan orang kepada Islam.

Ada pun munafik yang masih dianggap Islam ialah orang yang di sebut oleh Rasulullah kalau seseorang itu mempunyai 4 sifat yang berikut :-

1. Kalau dia bercakap berbohong
2. kalau berjanji memungkiri janji
3. kalau diberi amanah, dia mengkhianati amanah
4. kalau bertengkar dia sentiasa hendak menang walaupun dia bersalah


Baik kita muhasabah diri kita samaada kita termasuk dalam golongan ini... Ya Allah semoga jauhi lah aku dari golongan munafik ini.....

Sementara fasik pula ialah orang yang melakukan dosa2 besar dan mengekalkan dosa dosa kecil.

Seseorang itu boleh di anggap fasik jika sentiasa melakukan dosa2 tersebut secara istiqamah, seperti keluar rumah tanpa menutup aurat, meninggalkan solat dan lain2... orang2 yang fasik tidak boleh di jadikan saksi atau tidak boleh di terima sebagai wali nikah anak2....

Itu lah perbezaan di antara munafik dan fasik... semoga kita tidak di kriteria kan dalam golongan ini... sentiasa lah patuh pada perintah Allah dan jauhi larangan Nya...


Friday, June 21, 2013

13 syaaban 1434 /21hb Jun 2013

Assalamualaikum

Agak lama aku tak menulis di sini kerana kesibukan masa dan kebelakangan ini aku selalu demam2 dan minggu lepas terus terbaring di atas katil.. mungkin kerana cuaca dan keadaan jerebu yang membuatkan aku batuk yang agak teruk, sakit tekak dan demam panas... Apapun Alhamdulillah sekarang sudah di kira hampir pulih.

Ini baru Allah turunkan jerebu belum lagi yang lain2 manusia dah tak tahan dengan kesan2 nya...ku terbayang apatah lah bencana lain... ternyata kita manusia memang nya kerdil.

Anggota badan kita pun tak terdaya di bawa jika kita jatuh sakit, aku masih ingat minggu lepas aku hendak ke klinik nak berjalan ke klinik kena di pimpin oleh suami ku, memang betul2 kita manusia kerdil Allah Allah siapa lah kita ya.

Jangan lah kita berbangga apa yang kita ada kerana semua nya pinjaman dari Allah, kita tidak mempunyai apa2 pun yang sebenar nya. Semua nya di pinjamkan Allah. tapi manusia masih lagi takbur dengan Allah, lawan perintah Allah.... Allah sapa lah kita ni yang terlalu angkuh di dunia ini.

Aku kira cukup lah sampai di sini coretan ku untuk kali ini. InsyaaAllah aku akan selalu ke sini jika kelapangan, akan ku catitkan sentuhan hati ku ini.


Ya Allah kayakan lah aku dengan ilmu
Ya Allah biasakan aku dengan sifat lemah lembut
Ya Allah muliakan aku dengan taqwa
Ya Allah cantikkan lah aku dengan kesihatan

Amin Amin Amin


Friday, February 22, 2013


11 Rabiul Akhir 1434

Sejarah  pensyariatan solat

Solat  merupakan ibadat yang menghubungkan seseorang hamba dengan Allah membuktikan ketaatan, kepatuhan serta sentiasa mengingatiNya.

Terdapat banyak dalil2 dari alquran dimana syariat  solat telah di turunkan kepada nabi2 sebelum Rasulullah SAW.  Malah Nabi Ibrahim a.s telah berdoa kepada Allah  supaya beliau dan anak cucunya mengerjakan solat.  Permohonan itu telah di rakamkan dalam firman Allah yang bermaksud :-

" ya tuhan jadikan aku dan anak cucuku orang orang yang mendirikan solat..perkenankan doaku" ..(surah Ibrahim 14:40)

Di antara ayat2quran yang mensyariat kan solat kepada nabi2 sebelum Rasulullah :-

Yang bermaksud :-

"kami telah perintah kepada Ibrahim dan Ismail ..bersihkan rumahku untuk orang2 tawaf, orang (mereka) yang iktikaf, ( mereka) yang rukuk dan sujud."
 ( Surah al Baqarah 2: 125)

" kami teah menjadikan mereka itu (Ishaq dan Ya' kub) sebagai pemimpin yang memberi petunjuk kepada  perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka  yang mengerjakan kebajikan, mendirikan solat, mengeluaran zakat dan hanya kepada Kamilah mereka selalu mengabdikan diri... (Surah al Anbiya' 21: 73)

Allah telah berfirman kepada  Nabi Musa a.s yang bermaksud :-

" sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada Tuhan selain Aku. Maka sembahlah Aku, dan dirikan solat untuk mengingati Aku...(Surah Thaha 20:14)

Allah juga ada memerintah kepada Nabi Isa a.s :-

" Dia (Allah) memerintahkan kepadaku agar mendirikan  solat dan mengeluarkan zakat selagi aku masih hidup " (Surah Maryam 20 :14)

Kesimpulannya kenyataan dalil2 dari alquran yang di paparkan di atas membuktikan bahawa solat ada lah ibadat yang disyariatkan para nabi terdahulu dari Rasulullah SAW..

Mungkin  cara solat nya tidak sama seperti kita sekarang..rakaat nya berbeza dan waktu2 solat nya mungkin berbeza juga..tetapi yang  jelas SOLAT memang penting dan yang di utamakan sejak dari dulu2 lagi sebelum Rasulullah.

Wednesday, February 20, 2013


9 Rabiul Akhir 1434H

Assalamualaikum

Semalam kita bercerita pasal golongan yang mengerjakan solat...hari ini kita bercerita pula pada golongan yang tidak bersolat...Mereka ini secara terang terangan meninggalkan solat tanpa rasa bersalah dan kesal.. Mengapa dan kenapa?  Di antara yang di huraikan dalam buku yang di baca iaitu " Bimbingan Penghayatan  dan Kesempurnaan solat" ada  lah seperti berikut :-

Pertama : cetek nya pengetahuan ugama

Golongan ini biasanya  berpendapat bahawa dirinya telah memiliki pengetahuan yang tinggi.  Oleh itu mereka merasa tidak perlu mengerjakan dan  tidak perlu bersolat.

Kedua :  Tidak mempunyai pengertian tentang solat

Mereka ini biasa nya terdiri dari keluarga atau masyarakat yang tidak bersolat

Ketiga :  Sifat malas malas dan cuai

Mereka ini pada dasarnya mengakui tentang kewajipan  bersolat tetapi kerana sibuk dan malas  menguasai  maka mereka hilang lah rasa keinsafan dan kesedaran diri.

Keempat :  Usia Remaja atau rasa muda lagi

Golongan ini beranggapan bersolat ini hanya sesuai untuk orang2 yang berusia sahaja..

Kelima :  Pengaruh Keresahan Jiwa 

Golongan ini meninggalkan solat kerana pengaruh jiwa mereka yang resah dan kosong.. sebaiknya kita mendekati Allah bila jiwa kita resah...

Ada juga terdapat golongan yang kadang2 bersolat kadang2 tidak..golongan ini ramai di kalangan kita ..mungkin pengaruh keadaan sekeliling atau terlalu sibuk dengan urusan dunia.

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan2 tersebut...bagaimana sibuk pun kita ..waktu solat kita berhentilah dengan urusan dunia untuk mengadap kekasih kita iaitu Allah...jangan bagi alasan tetapi cari jalan untuk mengerjakan solat dengan awal waktu dengan rasa penuh keinsafan dan rendah diri pada Allah.

Tuesday, February 19, 2013


8 Rabiul Akhir 1434H

Assalamualaikum

GOLONGAN YANG MENGERJAKAN SOLAT

 Jika kita memang golongan orang yang mengerjakan solat,  elok juga kita periksa diri kita di mana... 

Orang yang mengerjakan mengikut kehendak sendiri tanpa memperdulikan kesempurnaan rukun, syarat2, tidak peduli terhadap perkara2 yang makruh dan sunat...kiranya golongan ini tidak mahu belajar. Bersolat tanpa ilmu

Ada juga orang bersolat kerana kebiasaan dan tradisi, seperti bersolat pada usia sama seperti kanak2 ...tanpa memahami hakikat solat yang sebenar.  Seperti yang di maksudkan dalam alquran :

....maka neraka wail lah bagi mereka yang mengerjakan solat iaitu mereka yang lalai....(surah al maun 108:4-5)

Yang di maksudkan lalai di sini ialah tidak memahami terhadap apa yang dilafazkan dan tidak mengetahui maksud yang di kerjakan.

Ada juga golongan yang mengerjakan solat dengan meniru semata, bukan dengan belajar dengan guru yang berkelayakan yang dapat memberi pengajaran tentang solat dengan sempurna.

Terdapat golongan yang mengerjakan solat  dengan wuduk  yang tidak sempurna, kerana jahil dengan perbuatan2 wuduk yang di tuntut.

Ada juga golongan yang mengerjakan solat kerana suatu keperluan dunia semata2, seperti untuk pandangan orang dan masyarakat dan sebagainya.


Semoga kita bukan dari golongan di atas.  Perbaiki solat kita dengan mencari ilmu, berguru, dan yang paling penting kerana ALLAH...

Sekian...semoga kita tergolong dari orang2 yang soleh dan solehah.

Monday, February 18, 2013


7 Rabiul Akhir 1434H

Assalamualaikum 

Seperti yang di janjikan hari ini kita ke bab Solat... Dalam apa yang saya pelajari dari kuliah dan juga rujukan  dari  buku Bimbingan dan Penghayatan Solat serta dari kitab Bahru Al Madzi ini di terangkan dengan  panjang lebar bab solat dimana sangat menarik untuk kita sama2 mengulangkaji...

SOLAT

Pengertian solat dari sudut bahasa bermaksud doa, dan menurut syariat pula merupakan sesuatu  perbuatan yang terbina dari berbagai perbuatan yang di tuntut di mulai dengan takbir dan di sudahi dengan salam.

Terdapat berbagai jenis solat, iaitu solat fardu dan juga solat sunat.  Solat fardu pula terdapat dua jenis iaitu fardu ain dan fardu kifayah.  Fardu ain ialah solat 5 waktu dimana fardu kifayah pula ialah solat jenazah.

Solat sunat pula ada berbagai jenis  solat,  sunat terikat seperti sunat rawatib..solat yang di kerjakan bersama solat wajib...solat sunat mutlak pula di kerja bila2 masa.

Sebagai orang islam kita memang di wajibkan bersolat 5 waktu sehari semalam..semua orang mengetahui nya.  Terdapat beberapa golongan di antara kita bab mengerjkan solat.  Di antaranya :-

Pertama - Golongan yang mengerjakan solat
Kedua - Golongan yang tidak mengerjakan solat
Ketiga- Golongan yang kadang2 mengerjakan solat kadang2 tidak - ikut suka aje

Kita periksa diri kita dalam golongan mana...

Hari ini agak pendek sikit kerana topik ini agak berat dan memerlukan penulisan yang teliti agar kita sama2 memahami.. InsyaAllah esok akan di huraikan ketiga2 golongan ini.

Sekian , semoga hari ini hari yang lebih baik dari esok dan ceria2 selalu...

6  Rabiul Akhir 1434H

Assalamualaikum

Apa kabar rakan2 sekelian, semoga kita berbahagia bersama keluarga tersayang di hujung minggu ini...Di samping itu jangan kita lalai dan sentiasa menjalankan tanggungjawab kita pada yang menciptakan kita...dan sentiasa mahu memperbaiki diri kita ini...

Mari kita mengulangkaji bab azan dan hari ni berkenaan Syarat Azan  dan Muazzin serta doa azan.

 Azan mempunyai beberapa syarat tertentu dimana jika tertinggal salah satu daripadanya ianya menjadi batal dan tidak sah.

Syarat2 

Pertama :  Lafaz2  azan  itu hendaklah di lafaskan secara berurutan, yakni tidak di selangi oleh berhenti yang lama atau panjang.

Kedua :  Semua kalimah atau lafaz2 di kumandangkan setelah masuk waktu solat tetapi ada pendapat mengatakan mengharuskan azan di luar waktu subuh tetapi sunat di ulangi setelah masuk waktu nya (kalau di Mekah dan Madinah memamg ada dua kali azan sebelum subuh dan setelah masuk waktu subuh).

Ketiga :  Hendaklah azan secara teratur atau tertib dan berurutan.

keempat : Hendaklah azan itu di laungkan oleh seorang sahaja,   azan tidak boleh disambung oleh orang lain kecuali di mulakan azan yang baru

Kelima : Azan hendak di lafaz dalam bahasa Arab

Keenam : Hendaklah meniatkan azan

Syarat Muazzin ( orang lelaki sila ambil perhatian)

Pertama : Mestilah seorang Muslim

Kedua :  Berakal

Ketiga : Seorang lelaki ( khunsa dan perempuan tak sah )

Keempat :  Hendaklah azan itu dikumandangkan dengan suara yang kuat dan nyaring, kecuali jika azan itu untuk diri sendiri..

Perkara2 yang sunat ketika mengumandangkan azan

Pertama : Muazzin hendaklah bersih dari segala hadas

Kedua : Muazzin itu hendaklah bersuara merdu dan nyaring

Ketiga : hendaklah azan ditempat yang tinggi agar laungan dapat di dengar sampai kekawasan yang lebih jauh, kecuali sekiranya yang di laungkan ada pembesar suara.

Keempat : Hendaklan mengazan ketika berdiri kecuali uzur atau ada halangan yang tidak boleh berdiri

Kelima. : Hendaklah ketika melaungkan azan, muazzin mengadap kearah kiblat dan ketika kalimah " hayaalah solah "( marilah mengerjakan solat) , maka kendaklah mengadap ke kanan  dan ketika melafazkan kalimah " hayaallal falah" (marilah menuju kejayaan) maka hendak lah mengadap ke kiri..

Keenam : Membaca "Taswib" ketia azan subuh iaitu dengan lafaznya " salatuhairunminnan naum" ( solat itu lebih baik dari tidor) sebanyak  dua kali.

Ketujuh : Muazzin hendaklah memasukkan jari ke dalam dua telinga .

Kita di larang berkata2 ketika laungan azan sebagai menghormati azan dan di sunatkan menjawab azan.

Tamat bab azan..esok kita pergi ke bab yang sangat penting iaitu bab solat...

Sekian untuk hari ini...semoga kita semua diberkati Allah...