Friday, September 4, 2009

TUGAS SEBENAR PARA ISTERI

Aku biasa menerima email dari rakan-rakan tentang berbagai perkara. Antara yang menarik perhatian ku ialah perbincangan tentang tanggungjawab isteri. Macam-macam ulasan yang dibuat teman-teman tentang itu. Ada yang kata isteri tidak wajib masak untuk suami dan ada yang kata isteri wajib masak untuk suami. Aku senyum membacanya kerana aku pun dulu macam tu juga. Cakap bab hukum pakai akal dan rasa serta emosi. Bukan cakap guna wahyu dan hadis serta ijmak ulama. Ahhh… aku tersenyum lagi bila mengenangkan aku terlalu emosi dalam bab tanggungjawab isteri ini.

Apabila aku belajar dan mendalami tentang hakikat tanggungjawab isteri ini, barulah aku faham dan sedar serta insaf bahawa bukan masalah masak atau basuh kain itu yang utama. Hukum kata wajib bagi isteri melayan suami dan kehendaknya selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak. Itulah kata kuncinya. Kalau suami suruh masak ikan masin campur terung. Maka wajib bagi isteri buat kerana perintah suami itu bukan menyalahi hukum syarak. Ia satu permintaan yang baik. Jadi wajib itu bukan sebab masak. Wajib itu dengan sebab melayan kehendak suami. Ahhhh.. begitu mudah ye Islam ini. Tak perlu gaduh-gaduh dalam soal ini. Sebab itu rumahtangga orang yang faham hukum agama adalah bahagia. Kerana mereka tahu apa yang perlu mereka buat. Suami tahu kewajipan dia apa. Isteri pun tahu kewajipan dia apa. Malah kedua-duanya pun tahu kewajipan bersama.

Kepada para isteri yang membaca nukilan ini, kembalilah berpegang ajaran agama. Suami yang tidak menjalankan tugasnya nanti mati kena siksa dan masuk neraka. Allah akan balas mereka. Begitu juga dengan isteri yang tidak menjalankan tugasnya, mati nanti akan disiksa, di akhirat masuk neraka. Jangan jadi seperti kebanyakkan isteri bila suami dia tidak menjalankan tugas dengan baik sebagai suami, maka dia pun tidak menjalankan tugas dengan baik sebagai isteri. Logiknya kalau suami masuk neraka , isteri pun masuk neraka. Ahhh…. Kan bodoh namanya itu. Lantaran itu jalankan apa saja . perkara yang termasuk dalam kategori melayan suami. Mudahan kamu semua wahai para isteri masuk syurga seperti Asiah isteri firaun. Walaupun suaminya jahat tapi isteri nya baik . Allah masukkan Asiah itu dalam syurga.
Nah … aku tuliskan buat tatapan mu wahai para isteri tentang tanggung jawab seorang isteri menurut cara Islam
1. Mentaati perintah suami kecuali dalam perkara yang haram seperti suami mengajak ke majlis tari menari.
2. Memberi layanan baik kepada suami - mesra dan bijak mengambil hati suami
3. Memelihara kehormatan diri (Menjaga maruah dengan menjauhi perkara yang boleh menimbulkan fitnah, Wajib menjaga akhlak dan aurat pada setiap masa, Haram menceritakan keaiban suami kepada orang lain)
4. Menjaga harta suami - Bijak merancang perbelanjaan keluarga
5. Tinggal di rumah suami - duduk rumah suami mengikut kemampuan suami

Wahai sekelian para isteri, yakin lah kamu bahawa jika kamu mengamalkan sepenuhnya lima perkara di atas, syurga bagi mu dan kamu akan masuk ke dalamnya lebih awal dari suami kamu. Oleh itu jangan abaikan persoalan ini dan ikutlah perintah agama walaupun perintah itu bertentangan dengan kehendak kamu. Pasti disana ada berkat dan redho Allah. Itulah bekalan kamu nanti. Ku doakan semoga aku dan kamu semua mendapat apa yang kita impi-impikan iaitu isteri solehah. Amin..

20 comments:

MisY said...

Salam,

terima kasih di atas panduan yang diberi.

wasalam.

Anonymous said...

salam kak...
bersyukur sy jmpe blog kakak.
trima kasih atas nasihat & panduan.
Insyaallah, kite sma2 beroleh keberkatan & menjadi isteri yg solehah..

purbakala | Razif Ajib said...

jazakallah..

wantieahh said...

salam....sbnrnye sy ni msh muda tp ase bingung gk skrg...........urm...blh x tlg gtw kt sy

af_fa said...

salam..
terima kasih atas nukilan nie,
tetapi pernah kah terfikir,, sejauh mana kasih syg isteri di balas oleh suami? tanggungjawab n kewajipan perlu ade pd kedua2nya..
mengharapkan isteri tuk taat nmesra pd suami sedangkan hati isteri jarang di ambil tahu.
utk jd isteri yg taat, suami pun perlu same main peranan...
perlu ade 'give n take'..

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak , saya ingin luahkan isi hati saya pada kaka Dan minta pndapat atau nasihat dari akak. Bulehkah saya email akak?

Anonymous said...

Maaf Kak.. boleh saya tau email akak?

Anonymous said...

Salam kak,
Alhamdulillah di temukan dengan blog akak..
Setiap pertemuan ada hikmah di sebalik rahsia Allah..

Wasalam...

Anonymous said...

setuju sgt2....asyik isteri yg mmberi sgalanya...tp suami?

Anonymous said...

Isteri tiada hak utk meminta lebih dr suami,apabila suami kurang memberi perhatian pada isteri,isteri perlulah brbincang pd suami,bnykkn solat malam memohon keredhoan dr ilahi,bnykkan berdoa pd Allah..kebanyakan perempuan zaman sekarang terlalu bnyk mengadu dlm internet dr mengadu pd Allah,membuka aib sndiri dn keluarga..perlu di igt isteri perlu melakukan tugasan sprt yg diajarkn dlm hadis,sunnah nabi..bkn menurut nafsu akal atau hati..wallahu

Fazenne said...

Belum apa2 lagi... dah ada 2-3 contoh tukang komen yg nak hak sama rata suami isteri... kalau kita jahil, belajarlah... jangan turut hawa nafsu... tp turutilah al-Qur'an dan Sunnah... kalau tak nak ikut juga... no wonder la komen pasal suami sendiri... p.s. dulu masa kawin... saper yg pilih... sendiri pilih kan??? patut pun... kpd Tuan Tanah... Tahniah dan teruskan usaha...

Anonymous said...

Salam
Tazkirah yg berguna utk kesedaran para isteri..tp masih ramai yg agak kurang setuju sbb x menyebelahi isteri...kpd para isteri2 yg x berapa nk boleh terima pertingkatkan iman kamu sbb hanya yg beriman dan fhm hukum akan 100% akur dgn ketentuan Allah..sedarlah bahawa suami menanggung dosa2 isteri dan isteri mendapat pahala suami jika taat..rujuklah nas dan hadith jika keliru dan jgn cuba mempertikai hukum atas dasar emosi...

Intan Nursyafiqa Mohamed Kamal said...

Assalamualaikum.. terima ksih nasihat n pengajaran nie.. sya blom brkahwin lgi.. mgkn msh awal lgi nak mndrikn umah tgga sbb ilmu x mncukupi lgi.. tpi information mcmni la bgus tok umur mcm sya yg blom lngkah alam perkahwinan.. =)

Intan Nursyafiqa Mohamed Kamal said...

Assalamualaikum.. terima ksih nasihat n pengajaran nie.. sya blom brkahwin lgi.. mgkn msh awal lgi nak mndrikn umah tgga sbb ilmu x mncukupi lgi.. tpi information mcmni la bgus tok umur mcm sya yg blom lngkah alam perkahwinan.. =)

Anonymous said...

Kalau sama2 pk xpelah lau sblh pihak je?perempuan suka ikut emosi

ziqtracking said...

tidak mengapa wahai kaum hawa.sekiranya suamimu itu tidak seperti kemahuan kamu.maka hendaklah kamu menasihatinya tanpa melukai hatinya.ajak berbincang,bawaklah bersama2kejalan syurga allah walau selambat mana sekalipon.nascaya,allah akan mencucuri rahmat yang belimpah ruah bagi pasangan yang mencari keradhaanNya.Namun begitu,sekiranya isteri masih menerima kegagalan suami.Janganlah kamu risau.sesungguh allah itu maha adil.anda pasti akan menerima ganjaran yang tak dapat anda bayangkan kelak.taatilah suamimu semua.moga kita sama-sama menerima barakah allah yang mulia ini.Wassalam... :)

ziqtracking said...
This comment has been removed by the author.
ziqtracking said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

betul wajib taat suami.. tapi isteri juga ada hak ke atas suami nya... menjaga hati isteri juga adalah tanggungjawab suami... Islam itu adil... kalau isteri sama2 penat bekerja mencari nafkah untuk keluarga.. suami yang baik pasti akan menolong...

jika suami tidak menolong.. berbincanglah sebaiknya... sekiranya isteri berhenti kerja dan uruskan rumahtangga 200%... mampukah suami membiayai nafkah keluarga sepenuhnya...

jika mampu.. isteri.. silakan berhenti.. kerana mencari nafkah wajib ke atas suami.. kenapa nak penatkan diri kerja cari duit..

tapi jika suami memang tak mampu.. kat sini la datangnya uruf... kebaikan yang boleh suami buat.. bantu.. kalau taknak bantu.. jangan menambah susah isteri...

sekadar pandangan...

Anonymous said...

Sya kawen dah 17 tahun. Taat mmg taat tp hati dah kering, tk ada perasaan sayang, apalagi hormat. Yg ada cuma tanggungjawap. Sebab telah terlalu lama pendam perasaan. Nk bincang dgn suami,dia tak nak dengar, nk cerita dgn kawan takut buka aib. Mengadu pada Allah saja..itu nasib sorang wanita.