Wednesday, January 20, 2010

MENGHALANG GODAAN SYAITAN

Sebagai manusia yang lemah memang kita tak lari dari melakukan kesalahan demi kesalahan dan tidak mampu melawan kehendak syaitan dari menuruti perintah Allah. Aku ada terbaca panduan dari buku "Apa erti nya saya Menganut Islam" mungkin panduan2 yang di beri di mana aku coretkan di sini dan ada diantaranya aku tambahkan untuk kefahaman yang lebih mudah agar boleh membantu kita menghadapi kehidupan seharian kita kejalan yang di redhoi Allah.

Tamak dan buruk sangka
Hadapi dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada. Sentiasa berbaik sangka kerana yakin Allah akan melindungi kita.

Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan angan
Menghadapi dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku saban waktu.

Cintakan kerehatan dan kemewahan
Menghadapi dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang bila masa sahaja dan balasan buruk pasti menanti.

Kagum terhadap diri sendiri ('ujub)
Menghadapi dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan kepada akibat yang buruk.

Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka
Menghadapinya dengan mengenali hak hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.
(yang ini ramai berlaku di antara kita) aku selalu mengingatkan diri ku betapa kerdil nya aku di sisi Allah jadi tidak apa nak kita banggakan pada diri kita hingga kita boleh memandang rendah terhadap orang lain.

Hasad (dengki)
Menghadapinya dan redho terhadap kurniaan Allah kepada makhluknya. Aku rasa dalam dunia ini semua pinjaman dan bukan hak kita jadi apa lah nak ada hasad dengki terhadap orang lain.

Riya' dan sukakan pujian orang
Menghadapi dengan ikhlas. (Kalau orang puji kita cantik katakan ianya pemberian dari Allah puji lah Allah). Begitu juga kalau kita kaya itu semua hak Allah. Insyallah boleh hilang perasaan riya'

Bakhil (kedekut)
Menghadapinya dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makluk akan binasa manakala yang kekal itu berada di sisi Allah. (Aku berpendapat tengah dalam kesusahan atau kekurangan wang ringgit masa tu lah kita bersedekah, ini betul2 menguji keyakinan kita dan tawakal pada Allah, kerana rezeki semuanya kepunyaan Allah).

Takabbur (membesarkan diri)
Menghadapi nya dengan rasa tawadhuk. Tidak ada guna nya kita rasa takabbur kerana kita ini di punyai Allah.

Tamak haloba
Menghadapinya dengan mempercayai ganjaran yang disediakan di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia

Untuk mengelak dari serangan dan tipu daya syaitan ialah agar sentiasa kita mengingati Allah apabila memulakan setiap pekerjaan.

Satu riwayat dari Abu Hurairah berhubung dengan hal ini menyebutkan "syaitan bagi orang mukmin telah bertemu dengan syaitan bagi orang orang kafir, lalu didapati syaitan bagi orang orang kafir dalam keadaan gemok montel sedangkan syaitan bagi orang2 mukmin dalam keadaan kurus kering bertelanjang dengan kusut masai kerana syaitan bagi orang2 mukmin terus kelaparan, orang2 mukmin bila makan menyebut nama Allah, bila berpakaian menyebut nama Allah lalu tidak ada kesempatan mengambil makanan orang2 mukmin dan memakai pakaian orang2 mukmin sebab itu syaitan bagi orang2 mukmin sentiasa dalam keadaan kurus kering dan kusut masai. Sedangkan syaitan bagi orang kafir boleh berkongsi makan, minum dan pakaian dengan orang2 kafir yang boleh menyebabkan syaitan2 bagi orang2 kafir gemok and montel.

Berikut ada lah diantara cara-cara untuk dijadikan kubu pertahanan menghadapi tipu daya dan godaan syaitan : -
Pertama jangan makan terlalu kenyang meski pun menghadapi makanan yang baik dan halal kerana Allah berfirman yang bermaksud :-
Makanlah dan minumlah, tetapi jangan lah berlebihan - surah Al-A'raf 7 : ayat 31
dan Rasullulah juga bersabda mengingatkan yang bermaksud : -
"sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan darah. Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan" Hadith riwayat Ahmad

Kedua nya dengan membaca Al-Quran, berzikir mengingati Allah dan memohon keampunan seperti maksud hadith riwayat Ibn Abi Dunya : - sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya keatas hati anak Adam, maka jika ia mengingati Allah iapun lari daripadanya, jika sekiranya ia lupakan Allah ,syaitan akan mengunyah hatinya.

Ketiga nya kita tidak tergopoh -gapah dalam sebarang pekerjaan kerana mengingati pesanan Rasullulah " Bergopoh-gapah (terburu-buru) itu adalah dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah.

Semoga ianya boleh menjadi panduan untuk kita menjalani kehidupan seharian di dunia yang semakin mencabar ini. Ameen.

4 comments:

MisY said...

tazkirah yang baik utk panduan bersama...

nurdia said...

bagus utk dijadikan panduan.... tq 4 sharing...

Sharifah Hamidah said...

Salam

Kita hanya manusia yang lemah jadi kita perlu mengingati diri kita dan juga rakan2 kita.

Terima kasih sudi membaca.

MisY said...

salam,

i tagged you in my blog.