Wednesday, September 22, 2010

TETAMU ATAU AHLI VIP?

Ramadan telah berlalu dan sekarang kita sedang berada dalam bulan Syawal. Aku merasa agak sedih juga bila bulan Ramadan sudah berlalu. Masih terasa kemeriahan di malam hari semasa melakukan solat terawih dan juga solat tengah malam, qiammullail..atau kata singkatan nya "qiam".

Semasa bulan Ramadan kebanyakkan masjid penuh dan alangkah sedih nya sekarang masjid dibulan Syawal ini kembali sunyi semula. Dimana manusia2 di bulan Syawal ini? Kenapa tak diteruskan istiqamah seperti bulan Ramadan? Sedih kan?

Rupa2nya kita hanya memperbanyakkan amalan kita dibulan Ramadan sahaja. Bukan kita beribadat kerana Allah tetapi kerana bulan Ramadan. Di mana fahaman kita tentang ibadat kerana Allah?

Aku bukan lah seorang Ustazah tetapi aku telah di tanamkan keminda ku bahawa kita kena terus beristiqamah walaupun di bulan mana kita berada, bukan hanya di bulan Ramadan. Aku teringat kata2 seorang Ustaz di kuliah yang ku dengar, orang2 yang beribadat pada bulan Ramadan terutama pada 10 hari terakhir dan tidak teruskan istiqamah nya hanya lah menjadi tetamu sahaja bukan ahli VIP. Kata2nya sangat menarik perhatian aku. Aku berkata pada diriku adakah aku hanya ingin menjadi tetamu sahaja iaitu hanya satu persinggahan bukan menjadi ahli VIP....Tidak!!! aku mahu menjadi ahli VIP seumur hidup itu pilihan ku...

Aku berjanji pada diriku aku akan teruskan beristiqamah seperti ku lakukan pada bulan Ramadan...teruskan bangun tengah malam teruskan ibadat2 lain hanya solat sunat terawih sahaja tak dapat dilakukan.

Berkorban lah kerana Allah, kerana Allah telah banyak memberi pada kita. Aku mengaku memang sukar untuk kita terus beristiqamah tetapi aku pegang kata alim ulama dan beberapa perkara aku ikuti seperti :-

1) Jangan makan terlalu banyak
2) Jauhi dari kawan2 yang selalu membuat maksiat
3) Elakkan diri dari sentiasa melakukan dosa2 kecil
4) Jangan panjang angan2 hingga lupa untuk bertaubat
5) Jangan terlalu mencintai dunia kerana dunia ini hanya hidup sementara
6) Kawal nafsu
7) Dan akhir sekali lawan lah godaan syaitan kerana syaitan ada lah musuh yang
terang lagi nyata. Kuatkan hati kita melawan godaan syaitan.

Ayuh rakan2 ku, mari kita terus beristiqamah dan cuba ikuti perkara2 seperti di atas itu, kerana ternyata kata2 alim ulama memang benar.....bila kita cuba lakukan perkara perkara seperti di atas, hati kita ringan untuk terus beristiqamah...dan ada lagi satu pesanan alim ulama yang aku pegang hingga sekarang iaitu kita wanita walaupun uzur jangan berhenti beribadat lakukan seperti biasa cuma kita tidak dapat solat dan membaca alquran sahaja, ibadat seperti bangun malam dan perbanyakkan berzikir di teruskan agar kita dapat terus beristiqamah...atau pun teruskan momentum itu...kerana uzur itu bukan satu tiket untuk kita melupakan Allah....

Nah...pilih lah mahu hanya menjadi tetamu iaitu satu persinggahan sahaja atau menjadi ahli VIP...tepuk dada tanya iman....

Semoga kita semua menjadi ahli VIP insyallah....

1 comment:

MisY said...

salam,

bila Yanti baca title entry, Yanti ingatkan akak nak citer pasal Haji.

BTW, it's a very gud info for me yg ilmu agama masih shallow. but i'm trying my level best.....