Sekali ini aku ingin berkongsi apa yang patut kita lakukan ketika kita wanita sedang uzur atau haid. Maaf ini agak terbuka, tetapi patut kita renungkan dan perbaiki diri kita dari tabiat2 yang kita lakukan ketika kita dalam keadaan uzur.
Dahulunya bila aku uzur (haid) aku sangat suka, dan aku rasa aku boleh buat apa saja yang aku suka, pergi shopping berjam2, kalau duduk rumah tu boleh pula tak mandi dan buat kerja rumah tak berhenti2 dan semestinya aku dalam keadaan selekeh dan busuk dan menonton TV tak kira waktu. Pendek kata aku boleh buat apa yang aku suka dan tidak fikir hendak bersolat. Aku rasa Allah bagi kita bonus untuk kita tidak mengerjakan solat. Memang betul Allah merehatkan kita dari melakukan kewajipan solat. Tetapi itu bukan tiket untuk kita melupakan Allah.
Yang sebenarnya ketika kita berkeadaan uzur, kita sentiasa di ingati supaya memperbanyakan berzikir agar kita terus beristiqamah tidak melupakan Allah. Apa yang aku di sarankan dan di ajar agar sentiasa mengingati waktu solat walaupun kita tidak bersolat. Hormati waktunya ketika orang lain bersolat. Kita harus duduk diam seketika dan berhormati waktunya, bukan bergelak ketawa atau bershopping atau membuat kerja dunia.
Kalau kita sudah sentiasa bangun pagi2 seperti pukul 4 pagi untuk mengerjakan solat tahajud dan yang lain2, kita teruskan bangun pagi seperti biasa duduk diam2 mengadap kiblat dan teruskan berzikir, dan selebihnya kita baca buku agama untuk menambah pengetahuan ilmu agama, muhasabah diri dan selepas itu buat lah apa yang patut dan yang kita suka. Pentingnya apa yang kita lakukan sewaktu kita keadaan bersih kita teruskan kecuali kita tidak boleh bersolat dan membaca alquran.
Dengan cara ini kita akan cepat dapat semula mementum kita dalam keadaan bersih. Kita sentiasa merindui Allah dan ingin cepat dalam keadaan bersih semula. Insyallah kita tidak lalai. Begitu juga dalam bulan puasa terutama 10 hari yang terakhir, kita bangun juga tengah malam dan duduk berzikir2 dengan seikhlas2nya.
Semoga kita semua dapat teruskan istiqamah walau dalam keadaan apa jua. Kita harus melatihkan diri kita sentiasa mengingati Allah dan merindui Allah, insyallah Allah akan sentiasa mengingati kita juga......
Sekali lagi aku mengingati diri ku dan juga rakan2 jadualkan lah hidup kita, seperti berzikir, menambahkan pengetahuan kita dengan membaca dan mendengar kuliah. Kalau hari2 kita dapat buat seperti ini insyallah hidup kita lebih bermakna dan teratur dan sentiasa mengingati Allah walaupun dalam keadaan uzur....
Kita akan bertanya macamana kita hendak dengar kuliah dalam keadaan uzur, insyallah dalam keadaan zaman IT dan serba canggih ini, banyak cara kita boleh lakukan Salah satunya dengan mendengar kuliah dari TV, banyak siri2 ugama di TV, dan surf dari internet banyak sekali kuliah2 kita boleh dengar...ini terpulang pada kita, tidak ada alasan untuk kita tidak dapat mendengarnya...
Aku sangat berpegang dengan ungkapan dari guruku "jangan bagi alasan cari jalan..." dan aku jadikan ini sebagai ingatan dan panduan pada diriku dalam kehidupan seharian ku...insyallah semua boleh di lakukan jika kita bersungguh2....
1 comment:
tq kak.. atas peringatan nie...
Post a Comment