Kita sebagai manusia merasa sunyi jika kita tidak berkawan.. Ramai dari kita mempunyai kawan2 atau sahabat2. Ada di kalangan nya sudah berkawan lama hingga berpuluh2 tahun. Kadang2 jika kita sudah terlalu baik menanggap kawan kita seperti saudara kita. Terutama yang tinggal jauh dari keluarga kita...rakan2 kita itu lah yang menjadi saudara kita.
Aku mempunyai seorang kawan baik yang telah berpuluh2 tahun aku mengenali nya....pada mula nya kami memang selalu bergaduh kerana tidak ada penyesuaian....Tapi aku selalu berpegang dan memandangkan kebaikan nya pada aku....Memang dia seorang yang baik, prihatin dan selalu mengambil berat tentang diri ku...jika aku dalam kesulitan dia lah yang pertama datang menolong ku dengan sedaya upaya. Dengan kebaikan nya aku lupa atau tidak pandang dengan keburukan yang ada pada dia lalu aku pun makin akrab dengan dia hingga sekarang. Begitu juga dia, sangat akrab dengan ku...apa2 masalah dia akan datang pada ku dan cerita kan pada ku...Aku faham dia pun mengambil sikap seperti aku, iaitu tidak memandang pada keburukan ku tapi sentiasa memandang kebaikan ku....dan aku percaya begitu lah kita kena bersikap pada kawan2 kita. Jangan sesekali memandang keburukan mereka tetapi selalu pandangkan kebaikan mereka nescaya kita akan menjadi akrab dan itu lah sahabat kita dunia akhirat....jangan lah perkara sikit yang remeh temeh kita ambil kira.....untuk menghindar diri kita dari berkawan menjadi masalah pada kita,berikut ada lah ciri2 kawan yang baik untuk kita jadikan kawan :-
1. Taat pada perintah Allah
2. Berakhlak mulia dalam pergaulan
3. Berilmu dan beramal dengan ilmu yang di miliki
4. Tidak mementingkan diri sendiri
5. Tidak mendedahkan keaiban kawan
6. Menjadi contoh yang baik kepada kawan2
7. Berlapang dada dalam menerima teguran dan nasihat dengan baik
8. Sanggup berkorban untuk membantu kawan
Cuba muhasabah diri kita, ada kita di golongan seperti di atas? Kita mengharap kawan2kita seperti begitu tapi adakah kita pun mempunyai ciri2 tersebut. Kita harus ingat bukan kita sahaja memilih, orang lain pun memilih juga....:-)
Selain mempunyai ciri2 tersebut, dalam islam pun ada adab berkawan agar kita sentiasa hidup dalam kebahagian, keberkatan dan harmoni insyallah. Berikut ada lah cara2 beradab dengan kawan2 :-
1. Sentiasa memberi salam ketika bertemu dan berpisah
2. Ikhlas dan jujur dalam berkawan
3. Sentiasa bersangka baik terhadap kawan
4. Menghindarkan percakapan atau perbuatan yang boleh menyakiti kawan
5. Saling nasihat menasihati pada perkara kebaikan
Alangkah indah hidup kita jika kita benar2 mengikut seperti di sarankan...nescaya kita tidak ada musuh dan hidup kita di penuhi kebahagian, kecerian, keberkatan dan kita sentiasa di sayangi dan menyayangi....
2 comments:
kawan ketawa ramai, kawan menangis susah dicari.
betul tu yanti sb itu kita kena pilih kawan....
Post a Comment