Kita di nasihatkan jangan mempunyai hati yang keras dan bersikap kasar, sehingga bila di nasihat tidak memberi kesan apa2 pun atau tidak merasa hiba dan takut jika di sebut mati dan juga tidak gentar mendengar janji-janji balasan dari Allah dan ancamanNya mengenai akhirat..
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud "Yang amat jauh kepada Allah Taala ialah hati yang keras" dan sabda nya lagi "Empat perkara menjadi tanda kejahatan, iaitu Hati yang keras, mata yang beku, sentiasa berkira-kira dan panjang harapan" dan di minta kita jauhi empat sifat yang merbahaya ini.
Manakala sifat lalai ialah sifat yang lain yakni tidak sama dengan sifat keras hati. Sifat ini ada lah sifat yang tercela dan mengandungi bahaya yang besar. Hati yang lalai ialah hati yang tidak tahu diuntung dan tidak sedar ketika diingatkan dengan berbagai-bagai pertunjuk dari perintah-perintah Allah dan larangan-larangNya. Orang yang lalai di antara nya mementingkan urusan dunia dari melaksanakan perintah-perintah Allah.
Seseorang di kira lalai jika dia membaca Al-Quran atau mendengar tetapi tidak merenungkan makna2 nya atau mendalami maksudnya begitu juga dengan hadis2.
Kita juga di kira golongan lalai apabila kita tidak mengingati mati, dan tiada memandang berat tentang perkara2 yang berlaku sesudah mati.
Tidak mendampingi orang2 alim juga di kira dalam golongan orang2 yang lalai..kerana orang2 alim akan sentiasa mengingati kita kepada Allah dan agama Islam dan sentiasa menyedarkan kita serta menasihatkan kita menjauhi maksiat dan patuh dengan perintah2 Allah.
Elok lah kita muhasabah diri kita adakah kita termasuk dalam golongan orang yang keras hati dan orang2 yang lalai...
Ku memohon pada Allah jauhi lah aku dan kita semua dari sifat2 yang merbahaya ini...semoga kita dari golongan orang2 mukmin.
1 comment:
Banyakkan baca & dengar quran & hadis Nabi SAW utk melembutkan hati.
Post a Comment