Monday, August 22, 2011

10 malam terakhir

Sudah 20 hari ramadan berlalu, alhamdulillah ku lalui juga
walaupun ada ketika dengan kepayahan kerana sakit gastrik ku...bukan ku sahaja suami ku pun pada tahun ini tidak sihat juga kadang2 kami berdua memerlukan pertolongan antara satu dengan yang lain ketika bangun pagi...aku tarik badan suami ku untuk bangun jika aku sihat sikit dan suami ku tarik badan ku bila ku tidak sihat...memang kami saling memerlukan antara satu dengan yang lain...kami faham ini mungkin ada lah kafarah dan juga faktor usia...kedua2 kami memang tidak berselera, puas aku masak macam2 untuk menaikkan selera tetapi suami ku tidak mahu makan kalau bersahur setakat minum susu sahaja dan kalau berbuka makan bubur lambok sahaja....sesungguh nya nikmat selera dia sudah hilang...

Begitu lah berlaku sejak 3 minggu yang lalu dari mula puasa hingga minggu ketiga...walaubagaimana pun aku dapati suamiku bersemangat juga berpuasa dan melakukan ibadah walaupun badan nya sakit dan bisa2 serta payah bergerak dengan berjalan agak senget2 ...dia pergi ke masjid menunaikan solat dzohor, asar, magrib dan juga isya' serta bertewarih cuma solat subuh saja kami berjemaah di rumah kerana ketika itu badan suami memang lemah dan sakit2 mungkin di waktu pagi urat2 semua masih tegang.........bila balik di waktu malam terlentang dia kepenatan seolah2 membuat kerja2 buruh....kesian pula aku lihat keadaan nya....begitu lah kalau kita dah berumur hanya semangat sahaja yang membolehkan kita menunaikan perintah tuhan....

Walaubagaimana pun kedua kami telah beransur pulih dan rasa semakin sihat...selera pun sudah ada dan mahu makan seperti selalu...jadi sudah tentu tenaga kami kembali seperti biasa....syukur alhamdulillah...

Kami boleh ikuti qiamulaill....bangun pukul 2.30 pagi dan pergi ke masjid....kami rasa bersyukur sangat kerana dapat juga kami lakukan dan kami tidak mahu kehilangan detik2 ini....

Apa yang aku tulis ini bukan untuk riya' tetapi memperingatkan rakan2 sekelian, adik2 ku, anak2 ku....rebut lah mengerjakan ibadat semasa masih muda lagi bila dah berumur macam2 penyakit datang menyinggah hingga kita tidak bermaya....

Sepertiku katakan tadi kami sudah ada kekuatan dan kesihatan kami semakin baik...dengan kesempatan yang di beri kami cuba merebut peluang 10 malam terakhir ini dengan menunaikan ibadat waktu malam ini kerana kami tidak mempunyai masa lagi...mungkin kami tidak dapat bertemu lagi di Ramadan akan datang....jadi kami pulun sebanyak mungkin....rakan2 ku...jika anda masih muda gandakan ibadat anda seolah2 anda tidak akan hidup lagi esok hari... Walaupun kita hidup lagi di hari tua kemungkinan besar kita tidak dapat beribadat seperti kita muda, jadi rebut lah peluang 10 malam terakhir ini dan seterusnya beristiqomah dengan ibadat2 yang lain...

Lakukan ibadat ini dengan penuh keikhlasan bukan kerana ingin mendapat ganjaran pahala tetapi lakukan kerana Allah...Allah telah memberi bermacam2 nikmat pada kita...apa salah kita lakukan keranaNya. Cuba kita bayangkan kalau tuhan butakan mata hilang lah semua pandangan di dunia yang fana ini. Kita tidak dapat menikmati keindahan alam ciptaan tuhan... dunia ini begitu gelap gelita....begitu juga dengan kesihatan jika Allah mengambil nya badan kita yg gagah perkasa terus menjadi lemah longlai...langsung tidak bermaya...kita tidak mempunyai apa2 kecuali Allah yang pinjamkan pada kita...tanamkan perasaan di hati ini lakukan ibadat kerana Allah, ganjaran hanya Allah yang berhak memberi...tidak payah kita berkira ibadat kita Allah mengetahuinya.

Ayuh kita pulun dari sekarang hingga akhir Ramadan....bangun tengah malam dan sujud padaNya dengan rasa rendah diri dan penuh kekesalan pada dosa2 yang pernah kita lakukan....

Pada wanita2 yang uzur jangan risau atau rasa kecewa kita masih boleh bangun tengah malam dan beribadat padaNya seperti berzikir dan memohon keampunan dariNya dengan perasaan sayu dan rendah diri......insyaAllah Allah mendengar nya.

Semoga kita semua menjadi hamba yang soleh dan solehah dan sentiasa mengingati kepada Pencipta....

Anggap lah Ramadan ini Ramadan yang terakhir bagi kita...entah ketemu di akan datang entah tidak hanya Allah yang mengetahuinya.....

No comments: