Friday, September 13, 2013

Bercuti ke Uzbekistan Bahagian 3

7 Zulkaedah 1434/13 September 2013


Kami sampai ke Masjid dan Makam Imam Bukhari lebih kurang pukul 2 petang.. kami terpengun dengan kecantikan sekitaran.  Tanpa membuang masa kami mengambil wuduk untuk bersolat dulu kemudian baru lah kami ziarah sekeliling... sangat cantik dan tenang.

Mengikut cerita Tour Leader kami, dulu orang tak tahu itu makam Imam Bukhari tu siapa... kerana maklum lah setelah jajahan Soviet semua ugama di hapuskan.. pada tahun 1965 President Sukarno melawat makam Bukhari dan memberi penghormatan dan baca doa... orang2 disitu bertanya apa istimewa nya makam ini..dan President Sukarno terangkan sapa Imam Bukhari yang sebenar nya.  Sejak peristiwa tersebut orang2 di situ membaik pulih dan jaga makam tersebut... di tambah lagi selepas merdeka pada 1991, kerajaan Uzbekistan mengambil alih baik pulih makam tersebut dan sekarang menjadi tempat ziarah yang terkenal di Uzbekistan.

Kami melawat makam nya dan membaca Alfatihah serta surah Al Ikhlas.


Makam Imam Bukhari
 
Di sebelah petang kami teruskan perjalan kami dan Pemandu Pelancung kami mengajak kami singgah di ladang Anggur.  Kami rasa hairan kenapa ladang anggur nya rendah di mana anggur nya.  Oh rupa mereka tidak bubuh kayu untuk pokok anggur menjalar tapi mereka biarkan di bawah dan terdapat buah2 anggur di bawah.. Apa2 pun kami sangat teruja tengok buah anggur yang menjalar di bawah memang banyak macam2 jenis.  Hijau, merah dan juga hitam... rupa nya buah kismis terjadi hasil dari anggur yang telah ranum dan di biarkan kering.   Kami membeli buah anggur dengan harga sekilo  lebih kurang RM3.00 sahaja.  Murah nya.   Masing2 bawa bungkusan anggur dalam bas dan makan anggur.  Semua orang rasa excited atau teruja.
 
 
Hari sudah hamper malam dan kami singgah di rumah Uzbekistan untuk makan malam.. Rumah2 di situ memang berbentuk lama.  Kami jalan di celah2 rumah orang di sana dan akhirnya sampai.  Kami di sambut dengan ramah mesra dan di bawa keatas untuk makan.   Memang kami tengah lapar... Seperti biasa di hidangkan sup, buah2 an dan juga roti dan daging kebab.  Sungguh enak.  Tapi tak ada nasi.
 
 
Setelah mengucapkan ribuan terima kasih pada tuan rumah kami kembali pada bas dan menuju ke hotel.
 
Badan memang penat kerana perjalanan jauh tapi hati kami puas. 
 
 
Kaum wanita selepas menunaikan solat di masjid Imam Bukhari
 
 
Di luar masjid Imam Bukhari kami jumpa pengantin
 
Di luar Masjid Imam Bukhari
Anggur2 ni sangat manis.. di sana kami hari2 makan anggur kerana sangat murah
Rumah Uzbekistan tempat kami makan malam...
 






No comments: