Assalamualaikum
Ringkasan pengajian 29/11/15
Masih lagi surah al baqarah ayat 44
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
Ulamak pada Bani Israel selepas Taurat dan Injil sangat memahami perintah Tuhan berbuat baik.. tetapi mereka sendiri berbuat jahat.. di mana Allah amat tidak menyukai cara mereka.
Allah menyuruh kita berbuat baik sebelum menyuruh orang lain berbuat baik...kalau kita menyuruh orang berbuat baik tapi kita sendiri buat jahat... itu bermakna kita tak ikhlas... buat bukan kerana Allah.. seperti kita bagi orang makan.. kita rasa dulu keenakan makanan tersebut, kemudian baru kita bagi orang makan... begitu juga dengan berbuat baik.. kita rasa kenikmatan kebaikan baru kita boleh suruh orang lain buat baik.
Orang Bani Israel awal2 lagi mereka sudah kufur... mereka ubah taurat mengikut kehendak mereka, pilih yang sesuai sahaja. Cerita tentang Nabi Muhamad mereka sudah mengetahui dari awal lagi ada dalam taurat dan injil akan tetapi mereka dah buang semuanya dalam tuarat dan injil mereka.
Surah Araf : 157
الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالْأَغْلَالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ ۚ فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنْزِلَ مَعَهُ ۙ أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Memang sudah tertulis dalam taurat dan injil.. nama Nabi Muhamad SAW sifat2 baginda
Al Baqarah : 146
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ ۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).
Mereka tahu Nabi Muhamad dan sifat2 nya sebelum ayah Rasulullah berkawin dengan ibu nya.
Mereka tahu Rasulullah tidak menerima sedekah hanya menerima hadiah..dan mereka menguji rasulullah dengan datang kepada baginda untuk memberi sedekah akan tetapi baginda tidak menerima nya
Apa yang mereka tidak mengetahui Rasulullah bukan dari keturunan mereka tetapi dari keturunan Arab.
Orang yahudi rasa gembira dan seronok bila mengetahui nabi terakhir akan muncul, dan mereka berkata akan masuk islam dan akan ikut rasul akhir zaman.
Al Baqarah : 101
وَلَمَّا جَاءَهُمْ رَسُولٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَهُمْ نَبَذَ فَرِيقٌ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ كِتَابَ اللَّهِ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ كَأَنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya).
Al Baqarah 89
وَلَمَّا جَاءَهُمْ كِتَابٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَهُمْ وَكَانُوا مِنْ قَبْلُ يَسْتَفْتِحُونَ عَلَى الَّذِينَ كَفَرُوا فَلَمَّا جَاءَهُمْ مَا عَرَفُوا كَفَرُوا بِهِ ۚ فَلَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الْكَافِرِينَ
Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.
Quran akan memperlengkapkan Taurat dan Injil..
Mereka tahu Rasul terakhir akan datang, mereka tahu al quran akan datang tapi tidak mengetahui datang dari kaum Arab. Mereka mengharap dari kaum mereka.
Kalau datang dari kaum mereka adakah mereka akan patuh dan mengikuti nya serta mempercayai nya?...
Sudah terbukti zaman nabi Musa, Isa dan nabi2 lain dari Bani Israel...mereka ingkar dan ada yang bunuh nabi2 ...jika Rasulullah dari Bani Israel sudah pasti mereka lakukan perkara yang sama..
Allah lebih mengetahui ... melantik Rasulullah dari kaum Arab bukan dari Bani Israel...ianya boleh menarik kuasa Bani Israel.. itu yang mereka takut... kalau Nabi Muhamad dari kaum BI mereka akan menguasai baginda seperti nabi2 lain... telah terbukti BI memang kufur..walaupun telah dapat pertolongan dari Allah semasa zaman Nabi Musa lagi..
Maeda : 20
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَعَلَ فِيكُمْ أَنْبِيَاءَ وَجَعَلَكُمْ مُلُوكًا وَآتَاكُمْ مَا لَمْ يُؤْتِ أَحَدًا مِنَ الْعَالَمِينَ
Dan (ingatkanlah mereka wahai Muhammad), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah (Yang diberikan) kepada kamu ketika Ia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi, dan Ia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhamba oleh Firaun dan orang-orangnya), dan Ia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat-umat (yang ada pada masa itu)".
Maeda : 21
قَالُوا يَا مُوسَىٰ إِنَّ فِيهَا قَوْمًا جَبَّارِينَ وَإِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا حَتَّىٰ يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنَّا دَاخِلُونَ
Mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)".
Mereka tak berani masuk kerana mereka takut mati..contoh sekarang orang Israel bersenjata modern walhal orang Palestine hanya baling batu sahaja. Mereka sebenar nya tak kuat .. mereka telah hilang tempat tinggal selama 40 tahun..
Maeda : 23
قَالَ رَجُلَانِ مِنَ الَّذِينَ يَخَافُونَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمَا ادْخُلُوا عَلَيْهِمُ الْبَابَ فَإِذَا دَخَلْتُمُوهُ فَإِنَّكُمْ غَالِبُونَ ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: "Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman"
Maeda : 24
قَالُوا يَا مُوسَىٰ إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَدًا مَا دَامُوا فِيهَا ۖ فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ
Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu".
Maeda : 25
قَالَ رَبِّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ إِلَّا نَفْسِي وَأَخِي ۖ فَافْرُقْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ
Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu".
Mereka ini seperti Iblis di mana di minta sujud pada Adam tapi iblis enggan kerana iblis rasa dia lebih tinggi darjat dari Adam..
Begitu juga dengan Bani Israel.. mereka tahu Nabi Muhamad nabi akhir zaman tapi enggan ikut baginda... malah mereka tahu mereka tak kuat sebab itu mereka tak suka islam .. mereka akan hapuskan orang islam di dunia ini agar mereka kuat..
Ayat 44 ini bukan untuk ahli kitab sahaja tetapi untuk semua orang islam juga.
Contoh... kita tak boleh suruh anak kita berbuat baik tapi kita sendiri jahat. Kita tidak bagi anak kita hisab rokok tapi kita hisab rokok. Kita suruh anak kita bersolat tapi kita tidak.
Semasa israk mikraj rasulullah ternampak satu kumpulan orang memotong lidah mereka dan bila tumbuh potong lagi..Rasulullah bertanya jibril siapa mereka ini... dan jibril berkata ini lah ulamak2 umat mu.. mereka ajar orang berbuat baik tetapi mereka tidak..
Surah As Saff 2-3
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Ada lah luar biasa kalau kita katakan tetapi tidak lakukan...yang biasa nya kita mesti lakukan apa yang kita katakan.
Orang beriman mesti jujur dan tak boleh cakap buat lain.
Ulamak ada lah contoh yang terbaik..
Contoh.. kalau hari ini ada pengajian sains dan guru nya bukan islam dan ada arak di sebelah nya... ada kah kita keluar kelas?... semesti nya tidak kerana dia nya bukan islam dan mengajar ilmu dunia... tetapi sebaliknya... ulamak mengajar ilmu ugama dan di sebelahnya ada botol arak... adakah orang akan keluar kelas jawapan nya YA kerana ulamak mengajar berbuat baik tetapi dia tidak.. mana mungkin murid mencontohi nya.
Surah Ahzab : 21
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
Nabi Muhamad sebagai contoh terbaik..
Contoh seorang datang hendak bunuh Rasulullah ... Omar teringatkan sifat Rasulullah minta izin dari Rasulullah untuk membunuh nya tetapi di tahan oleh Rasulullah dan bertanya adakah sudah di beri makan dulu...Omar terkejut lalu memberi makan dan setelah selesai Rasulullah menyuruh orang itu mengucap shahadah 3 kali tetapi orang itu enggan dan di benarkan pulang... setibanya di kampung orang itu mengucap shahadah dan kembali berjumpa Rasulullah .. dengan diri nya Islam... dia tidak mahu mengucap depan Rasulullah kerana takut di fitnah dia memeluk islam kerana terpaksa... begitu lah contoh Rasulullah yang sentiasa terbaik.
Rasulullah selalu berbincang dengan para sahabat nya.
Fusillat : 133
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
Orang yang berakal akan mengikuti ajaran Islam... mengikuti alquran ...jangan ikut manusia...
Dan ternyata sudah orang Bani Israel memang tidak berakal...
Sekian...

3 comments:
Salam sis , boleh ke sy dpt kan contact sis email atau no phone

Luza bleh contact sis at sharidahmimi@gmail.com maaf baru tgk blog ni dah bersawang
Post a Comment