Tuesday, December 21, 2010

Bahaya kejahilan dalam kehidupan kita


Kita sebagai seorang Islam mesti mengetahui hukum, kalau tidak kita mudah tercebur ke dalam perkara yang di murkai Allah. Orang jahil sentiasa terdedah ke dalam kemurkaan Allah. Apa tak nya perkara yang wajib pun kita tidak ketahui dan yang haram dikata kan wajib... begitu lah kira2 kalau kita tidak mengetahui hukum dan di situ lah letaknya bahaya dan mudharat yang tidak terhingga kepada orang2 jahil... sebagai contoh orang2 jahil tidak pernah rasa penat dan lelah dari mencari harta dunia hingga sanggup ketepikan perintah Allah...mereka sentiasa mengejar dan bertungkus lumus dan taat pada majikan di dunia dari majikan akhirat...sentiasa rasa tidak puas dengan apa mereka kecapi...dan menganggap kehidupan mereka hanya di dunia ini sahaja.

Mereka tidak pernah meluangkan masa untuk belajar ilmu akhirat dan tidak suka hadir dalam majlis2 ugama kerana mereka rasa begitu rugi masa mereka dengan berbuat demikian dan memberi berbagai2 alasan...alangkah rugi nya mereka...kerana hidup di dunia ini di ibaratkan meletakan jari kita ke lautan yang luas sahaja ...

Perumpamaan seorang jahil yang cuai dalam menuntut ilmu yang wajib seperti seorang hamba yang dikirim surat oleh tuannya, yang menyuruhnya melakukan beberapa perkara dan melarang dari beberapa perkara. Malangnya sang hamba itu tidak melihat isi surat itu kerana tidak mengerti apa yang terkandung di dalam surat padahal ia boleh mempelajarinya dan bertanya kepada orang lain. Bertapa rugi nya sang hamba ini kerana sikap cuainya. Begitu lah dengan diri kita. Alangkah rugi nya kita hidup dalam kejahilan ilmu.

Renung2kan adakah kita dalam kumpulan orang2 yang jahil, ada kah kita sudah berilmu, jika ya adakah kita sudah beramal dengan nya?

Ayuh rakan2ku jangan sangka kita sudah cukup ilmu dalam kehidupan kita ini, banyak lagi yang harus kita pelajari dalam mengharungi kehidupan harian kita. Banyak perintah tuhan kita secara sengaja atau tidak sengaja kita langgari dan sudah semestinya kehidupan kita di dalam kemurkaan Allah...kerana apa? kerana kita hidup dalam kejahilan...

Ya Allah semoga kita semua hidup dalam keredhaan Allah dengan sentiasa mempelajari ilmu Allah dalam beramal dengannya ....amin..

No comments: