Monday, December 13, 2010

BILA IMAN KUKUH KITA AKAN BERTAMBAH BIMBANG ?

Apabila iman kita menjadi kukuh, dan amalan seseorang itu menjadi lebih baik, maka kebimbangan nya menjadi lebih banyak, tetapi bila iman menjadi lemah dan amalannya menjadi buruk, maka bimbangnya akan bertambah kurang.

Fikir2 lah di mana letak nya iman kita, adakah dalam kehidupan seharian kita leka dan tidak rasa bimbang dengan dosa2 yang kita lakukan? Itu lah hakikat kehidupan kita sekarang. Kita tidak merasa berdosa apa yang kita lakukan seperti, meninggalkan solat, zakat dan sebagainya. Lihat lah keliling kita terutama di pusat2 membeli belah seperti KLCC, Pavillion dan lain2, berapa ramai yang bersolat sewaktu magrib? Malah kalangan kita asyik dan leka berbual hingga habis waktu magrib...

Cuba bandingkan di antara Pasar2 Malam, Pusat2 membeli belah dan lain2 di waktu magrib dan di masjid, di mana lagi ramai orang2 islam?

Bagaimana perkara ini boleh berlaku? ini di sebabkan iman kita sudah lemah dan amalan2 menjadi buruk maka bimbang dan takut dengan dosa telah berkurangan.


Jadi muhasabah lah diri kita di mana letaknya keimanan kita. Adakah kita sentiasa bimbang dan takut dengan hukuman Allah atau mengambil ringan dengan perintah tuhan tanpa rasa takut akan balasan nya...

Kita seharusnya bimbang dan takut serta sentiasa memohon pengampunan setiap waktu dan masa. Jika kita tidak mempunyai sifat2 tersebut maka kita ini tergolong dalam golongan orang2 yang mencampur aduk, dan iman kita lemah....

Kesimpulannya, seseorang Mukmin yang sebenar sentiasa mengerjakan amal soleh dengan penuh ikhlas dan menjauhi diri dengan semua pekerjaan jahat kerana bimbang balasan dari Allah.


Semoga kita semua di dalam golongan orang2 mukmin... amin..

No comments: