Thursday, June 5, 2014

7 Syaaban 1435/5hb Jun 2014

Assalamualaikum . blog ku boleh di kira sudah bersawang juga lama ku tak sentuh... kerana kesuntukan masa.  Banyak kerja yang aku kena hadapi sekarang ni... target masih jauh kebelakang tapi insyaaAllah akan ku usahakan juga untuk mencapai target hingga hujung tahun ini.
 
Malah semasa aku pergi bercuti di Acheh pun aku tak sempat nak menulis dan upload gambar2 yang telah aku ambil... Yang sebenar nya tidak banyak cerita di Acheh..cuma kami banyak buat lawatan di tempat2 sejarah Tsunami.
 
Ianya agak terkesan di hati ku, bencana yang menimpa mereka.  Menurut cerita mereka tinggi ombak yang melanda hingga melebihi tinggi pokok kelapa.   Banyak nyawa dan harta benda hilang dalam sekelip mata sahaja.  Betul lah selalu orang yang beringat berkata... tak usah lah kita bangga dan sombong apa yang kita ada, jika Allah nak ambil dalam sekelip mata sahaja boleh hilang dari kita... memang telah terbukti dari peristiwa Tsunami di Acheh...
 
Banyak tempat aku sudah pergi di Indonesia, dari Jakarta, Bandung, Puncak, Medan, Bukit Tinggi, Padang, Jogjakarta, Surabaya, Bali, Makassar dan Acheh...tapi ada sedikit perbezaan orang di Acheh... Mereka ini lebih bekerja dari meminta... sukar mahu jumpa peminta sedekah... ada satu peristiwa bila suami beri sedekah pada budak2 remaja dalam lingkungan 9 tahun ke 12 tahun...apa yang kami lihat agak berbeza di tempat2 lain di Indonesia.... mereka mengambil nya dengan ucapan terima kasih... dan memanggil sesame mereka... untuk di kongsi bersama...  Kalau di tempat lain budak2 sebegini akan berebut2 wang tersebut.  Begitu agak nya mereka di latih... Mereka banyak bekerja dan menjual dari meminta sedekah... ini lah perbezaan yang ketara dari lain2 tempat di Indonesia...
 
Makan minum memang tak perlu risau kerena hamper semua nya islam... Kami bersolat di masjid Agung Baitrurrahman di waktu magrib... memang ramai orang bersolat di situ..
 
Tentang makanan aku lebih suka makanan Padang dari Acheh tapi Alhamdulillah semua boleh makan....   Aku sempat juga pergi ke Pulau Sabang di mana pemandangan nya amat cantik..Aku juga menaiki bot kaca mengelilingi pulau di mana boleh Nampak batu2 karang dan ikan2 yang bewarna warni dari bot tersebut..Sungguh kreatif mereka..aku berharap orang Malaysia pun ada bot sebegitu... Sangat mudah dua sampan di sambung dan tengah2 di letak nya kaca dan di kelilingi dinding2... dapat lah kami melihat keindahan laut.
 
Banyak juga tempat2 menarik tetapi kebanyakkan kesan2 sejarah Tsunami.... Apa yang aku rasa di sebalik bencana tsunami ada hikmah nya... kerana kesan2 Tsunami lah yang menarik pelancung2 dari luar Negara datang melawat ke tempat mereka, ini boleh menambah pendapatan penduduk tempatan.. Benar lah seperti kata dalam  surah albaqarah ayat 216..... perkara yang kamu benci , dan boleh jadi benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.  Dan ingat lah Allah jualah Yang Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.....
 
Banyak hikmah sebenar nya selepas kejadian Tsunami.... mereka membangunkan Negara mereka begitu cepat sekali... pelabur2 banyak datang ke Acheh....dan seterusnya menaikkan ekonomi mereka semula...malah mungkin lebih baik..wallaualam...
 
                                                    Pemandangan Acheh dari Atas
 
 
 
 
                                        Permulaan kiraan Indonesia di sini Pulau Sabang
 
Bot Kaca yang membawa kami lihat sekeliling Pulau dan dapat melihat ikan2 dan batu2 karang dari kaca di bawah bot
 
Kapal yang sebesar ini boleh di bawa ombak Tsunami sejauh 5 kilometer dari pantai
 
di antara masjid2 yang di lawati... di bawah sekali ini masjid yang tidak di masuki ombak
tsunami... .