Wednesday, May 11, 2011

Hormati lah Azan...

Semalam dalam tak berapa sihat aku terpaksa menghadiri "meeting" yang telah dijadualkan untuk aku..dan selepas mesyuarat aku mengajak rakan untuk makan tengahari di KLCC..maklum lah tekak tak beberapa bagus ingin mencari makanan yg menambat seleraku....

Sambil berjalan aku berkata pada dia..... I want to take something light...not too heavy dan dia menjawab "me too" dengan kata sepakat kami memilih satu restuaran yang hanya menghidangkan roti dan sandwich sahaja...dan kami memilih makananan kami sandwich roast chicken...dalamnya penuh dengan ayam, salad, buah zaitun, dan timun mmmm yummy...memang sedap...betul memenuhi selera ku...alhamdullilah...

Sambil menikmati hidangan kami, kami berbual2 dari kisah mesyuarat kami,keadaan semasa dan hingga ke perbincangan ugama Islam...Rakan ku ini seorang berbangsa Tionghua dan mungkin berugama Budhist atau Kristian aku kurang pasti...

Ada satu soalan yang di tujukan pada ku ...I want to ask something from you...I live in an area of which 80% is Malay and Islam and in my area have 3 "suraus" I am just wondering during the call for prayers...what muslim people should do...? dan dia sambung lagi...I believe you people must respect the "azan" right ....but I see my neighbours during the azan they continue their activities such as talking, laughing and so on....I dont think this is right...?

Amat terpukul dengan soalan itu...lalu ku terangkan padanya kita sepatutnya menghormati azan dengan berdiam seketika dan sunat menjawab azan itu...lepas tu dia berkata... "ya I think you are right....These people really spoil your religion..."lagi satu pukulan ku dapat, lantas ku teringat rakan dari fb yang selalu menghentam perangai orang Melayu yang mendakwa mereka Islam tapi perangai macam hantu...memang ada kebenaran kata2 rakan fb ku dan juga rakan ku ini...aku ambil nya sebagai ubat...yang boleh menyembuhkan penyakit...

Masyaallah...bayangkan lah orang yang bukan Islam mengetahui kita sepatutnya menghormati azan tapi kita orang Islam tidak pandai menghormati azan...masih terus dengan gelak ketawa, perbualan dan lain2....malu nya aku sebagai seorang Islam....walaupun perkara ini nampak ringan tetapi impak nya pada orang bukan Islam amat berat...ianya seolah2 kita tidak menghormati dan mematuhi perintah Allah bersiap2 untuk kita melakukan solat...yang kita mendakwa diri kita sebagai orang Islam.

Pengertian Azan dari segi bahasa ada lah memberitahu dan dari segi syarak adalah perkataaan yang tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuk nya waktu solat.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud : "Apabila masuk waktu solat, hendak lah seseorang dari kamu melaungkan azan bagi kamu"

Dan Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud "apabila mendengar kamu akan azan, maka berkata lah kamu seperti yang di azankan." riwayat oleh Al Bukhari dan Muslim...

Nnnah terang2 kita telah di ajar keutamaan azan dan sunat menjawab nya...tetapi kita sebagai orang Islam mengabaikan nya...masih terus lagi dengan perbuatan kita...alangkah malunya bila orang yang bukan Islam mengetahui nya....

Wahai rakan2 ku sekurang2 nya apabila kita mendengar azan hormati lah nya dengan berdiam diri dan sunat menjawab nya...jangan lah kita terus bergelak ketawa atau sebagainya...kerana itu perintah Allah mengerjakan solat...nampak sangat hati kita gelap tidak merasai2 apa2 ketika azan....aku terasa amat malu bila rakan ku bertanyakan kerana dia yang bukan Islam pun tahu akan menghormati azan....jangan lah jadi bahan ketawa orang yang bukan berugama Islam...Fahami lah apa yang di tuntut dan tunaikan nya...tanda kita cinta pada Allah...dan berterima kasih pada Nya apa yang kita nikmati di dunia ini...

Di sini aku amat menghargai kedua ketuaku apa bila kami tengah rancak bermesyuarat (management meeting) ..tiba2 mendengar laungan azan terus dia meminta kami berhenti dan menghormati azan...dan pergi ke masjid untuk bersolat...kerana masjid berdekatan dengan pejabat kami...dan selesai menunaikan kewajipan kami sambung semula mesyuarat dan aku harap ini akan berterusan sampai bila2 insya Allah...

9 comments:

Wanita Bertudung Hijau said...

nice sharing :-)

KANG LATEP said...

bukan setakat menjawab azan, bila dh dengar azan bermakna kena terus ke surau tu untuk solat berjamaah.. sekadar peringatan untuk diri sendiri dan saudara seagama...

Anonymous said...

saya tertarik dengan cerita ini, dan saya pernah lalui benda yang sama juga....

Anonymous said...

yg berupaya menyampaikan/berdakwah, sampaikan pesanan dan didikan, mudah-mudahan ramai yg akan mengerti apa yg harus mrereka lakukan

aPAQ said...

assalamualaikum..

algkh bgusnya klu semua umat Islam menghormati ISLAM yg secara x langsung menghormati semua ajaran ISLAM. cth tauladan yg ditunjukkan oelh ketua penulis sgt menarik perhatian sy. bkn mudah utk kte jmpa seorg ketua yg warak wabarakun mcm tue. hopefully semua ketua2 di Malaysia amek iktibar... ;)

Anonymous said...

satu peringatan yg amat berguna pd semua yg mengaku muslim. ada baiknya kita pupukkan tabiat menghormati azan ni pada anak2 kita juga supaya menghormati azan.

Sharifah Hamidah said...

Memang kita kena didik anak2 kita cara betul mengikut Islam...Islam is way of life and its beautiful...malang nya kita orang Islam yang buat its ugly to the eyes of non muslim...

Dila's Art said...

Salam

Terimakasih berkongsi.

Sharifah Hamidah said...

Dang Tari

Kembali ....sama2 saling mengingati antara satu dgn yang lain