Monday, November 28, 2011

Cinta zaman sekarang



Sekali ini entri ku agak lain dari yang sudah2..aku selit sebuah lagu yang amat menyentuh jiwa ku dan menghela nafas ku memikirkan nasib2 wanita dan remaja zaman sekarang.

Cuba perhatikan dan hayati lirik lagu ni....ianya mengisahkan seorang wanita yang telah di tinggalkan. Lelaki ini memujuk untuk melupakan nya. Senang ya seorang lelaki meninggalkan seorang wanita yang telah di tiduri. Walau ianya hanya sebuah lagu tapi itu lah keadaan sekarang percaya pada seks sebelum berkawin...Sudah terang Islam melarang kita berzina tetapi ramai di kalangan kita sekarang melakukan perzinaan...ini tidak berlaku pada remaja sahaja malah semakin menular pada para isteri2 dan suami2 orang..Alangkah sedih ya berlaku di masyarakat kita...

Tidak kah kita wanita sedar jika kita senang menyerah diri kita kepada lelaki sebelum bernikah, percaya lah lelaki itu dengan mudah akan meninggalkan kita...kerana mereka rasa kita tidak tahu menjaga kehormatan kita...aku seru pada semua wanita dan para pembaca jaga lah kehormatan kita sebagai anak gadis, isteri orang dan sebagai janda...lelaki sekarang tidak sama dengan lelaki dahulu...jangan terpedaya dengan pujuk rayu mereka...semua ada lah tipu daya mereka menawan hati kita kaum wanita...cuba hayati semula lagu camelia ini....dan muhasabah diri...

Aku menulis ini kerana perkara begini sudah seolah2 menjadi kebiasaan di zaman sekarang..almaklum lah senang kita nak berhubung di alam maya...macam2 boleh berlaku...kita wanita mesti sedar akan kejadian begini boleh berlaku pada kita, anak2 kita, adik2 kita saudara2 kita...sesama lah kita mengingati antara satu sama yang lain...

Takuti lah hukum Allah, seronok dan keindahan bercinta hanya sebentar tapi perasaan merana diri memakan masa untuk di hilangkan...apatah lagi hukuman menanti di akhirat jika kita tidak sempat bertaubat...

Semoga kita, keluarga kita, anak2 dan adik2 kita serta sanak saudara dan juga semua kaum muslimah selamat dari pancaroba ini ...amin..

Sunday, November 20, 2011

Hukuman di Dunia

Malam tadi aku dan suami ku menghadiri kenduri kawin selepas Isyak agak terlambat juga tetapi aku lebih suka datang lambat setelah selesai tanggungjawab ku baru aku rasa selesa untuk keluar menghadiri apa2 majlis pun.

Bila sampai ke kawasan parking, aku terdengar orang bertempek kuat dan aku dan suami dapati ramai pengawal sekuriti berada di situ...rupa nya mereka ternampak orang sedang cuma mencuri atau memecahkan pintu kereta yang berada di situ. Lalu mereka menangkap pencuri tersebut yang tidak ada kesempatan untuk lari.

Mereka mengheret pencuri dan memarahi dan memaki hamun juga...aku melihat dari jauh muka pencuri itu, dia tertunduk malu dalam keadaan lemah longlai, timbul perasaan kasihan dan simpati pada nya...aku dan suami ku terus terdiam dalam kereta dan mencari tempat untuk meletak kereta kami. Aku tidak tahu punca mengapa dia sanggup melakukan kerja tersebut mungkin desakan hidup....tetapi terdetik hati ku si pencuri itu telah mendapat hukuman di dunia lagi...siap di maki hamun, pukul dan juga maruah diri tergadai... itu peringkat di situ aje, aku bayangkan lagi apatah lagi di akhirat ya...aku jadi takut dan terus berdoa Ya Allah pelihara lah diri ku dan suami ku dari sebarang kemungkaran, begitu juga anak2 ku, adik beradik ku, kaum kerabat ku dan juga rakan2 ku Ya Allah jauhi lah kita dari melakukan sebarang kemugkaran....sekali lagi aku berdoa dengan penuh harapan....

Satu pengajaran bagi ku dengan peristiwa tersebut walaupun mungkin kecil pada orang lain tapi ianya membuat aku rasa lebih insaf dan takut baru di dunia telah nampak balasannya apatah lagi di akhirat....itu baru dosa mencuri, apatah lagi dosa2 yang lain...eeesh seramnya aku....

Sunday, November 6, 2011

Harapan orang tua...

Pada tahun ini memang ku rasa suami ku selalu sakit dan agak teruk juga kadang2 tak boleh bangun atau jalan terhinjut2 kerana kesakitan di kaki dan pehanya baru pulih dari sakit sekarang sakit di tengkuk dan sebelah bahu dan tangan nya sakit hingga dia tidak boleh tidur malam. Kesian pula aku melihatnya, kadangkala menitis air mata ku melihat dia kesakitan, bayangkan lah selama berpuluh2 tahun kami mengharungi hidup bersama2 banyak pahit getir telah kami lalui tapi bila dia sakit aku tidak dapat tanggung bersama2 hanya simpati dan menjagai nya yang dapat ku lakukan seperti membelainya dengan mesra dengan kasih sayang. Walaubagaimana pun keadaan nya sudah reda tapi tidak lah pulih, menurut kata doktor penyakit yang suami ku lalui ini banyak berlaku pada umur2 macam kami dan ianya tidak boleh pulih hanya boleh mengawal nya sahaja. Ianya akan bersama hingga akhir hayat. Bila kami mendengar nya kami redho kerana kami tahu kami telah di mamah usia. Penyakit yang tidak merbahaya tetapi membuat pesakit nya sentiasa tidak selesa. Tak apa lah ini semua kaffarah mencuci dosa2 yang kita lakukan, ku berharap begitulah.

Dan sekarang aku pun sudah mula merasai badan2 ku juga di mamah usia. Bila hendak bangun tidor amat lah sukar kerana sakit di belakang ku..ku teringat kata rakan ku yang mengalami seperti ku juga...dan kami berkata kita ni dah tua .....badan2 sudah mula tidak selesa dan rasa sakit sana sini...dan lagi satu aku perasan kadang2 bila berbual dengan orang seangkatan ku atau yang lebih tua ada yang telah lupa2 sedikit....tidak berapa ingat...semoga aku tidak mengalaminya, ku berharap dengan penuh harapan...

Dari luar aku memang nampak sihat dan cergas tetapi aku sudah mula mengalami kehidupan tidak selesa sebelah malam namun aku bersyukur kerana masih dapat menjalani kehidupan seperti biasa...mungkin Allah memberi nya agar ku berjaga malam untuk bermunajat dengan Nya...aku befikiran positif begitu lah agak2 nya dan aku cuba lakukan seberapa boleh walaupun pun ada huruf "M" atau malas pada diriku...:-)

Bila ku terjaga selalu ku lihat suami pun resah juga..sama lah kami buat apa yang patut untuk menyukuri apa yang kami ada dan telah kami lalui selama ni....dan memohon dari Allah agar beri kami ketenangan dan keberkatan pada kami untuk kami menjalani sisa2 hidup kami ini....

Pagi tadi kami pergi solat Aidil Adha bersama2...ku bertakbir bersama2 dengan jemaah lain tiba2 air mata ku terus jatuh berderai2 tak tahan menanggung kesedihan dan sayu serta syahdu...terasa bertapa kerdil nya aku di sisi Allah yang Maha Besar....dan aku tidak tahu samaada ini ada lah tahun terakhir aku dapat bersolat raya wallaualam....

Wahai rakan2 ku yang masih muda, beringat lah sebelum tua, bersolat lah sebelum kita di solatkan, beribadat seolah2 kita akan mati esok dan bekerja mencari rezeki seolah2 kita akan hidup 1000 tahun lagi.

Sentiasa lah kita melakukan kewajipan kita pada Allah dan buat lah pelaburan di akhirat sebanyak mungkin agar hidup kita di alam fana ini di berkati Allah...perbanyakkan ibadat kita semasa muda dan sihat kerana kita tidak tahu apa akan berlaku di akan datang.....lihat lah diri ku baru melebih setengah abad telah mula rasa sakit2 walaupun aku bersikap positif tetapi banyak mana lah aku boleh melakukan ibadat seperti orang muda....

Yang pasti aku jangan berhenti mengharap dari Allah memberi kesihatan yang baik pada kami suami isteri.

Salam