Friday, April 27, 2012

Lawatan dan Ibadah 3 Masjid (Bahagian 2)

Pagi2 lagi kami sudah mula bersedia untuk berangkat ke sempadan untuk melintasi bumi Palestine.....Lepas bersarapan kami semua naik bas untuk ke Palestine memang kami teruja sangat kerana bagi kesemua nya jemaah ini ada lah pertama kali kami akan menjejakkan kaki kami ke bumi Palestine.....dan terbayang masjid  Al Aqsa....

Akan tetapi kami sudah di ingatkan banyak nya cabaran yang perlu kami hadapi di sepanjang perjalanan ini...kata "Tour Leader" kami,  group dulu tidak dapat bersolat walaupun sehari di Masjid Al Aqsa kerana tiba2 ribut salji melanda di Baitulmuqaddis...jadi hanya pada Allah kami berharap dan berserah  agar permudahkan perjalanan kami dan agar hajat kami tercapai iaitu bersolat di Masjid Aqsa....awal2 lagi di pesan jangan membeli belah di sana...pasang niat betul2 untuk bersolat di Masjid Al Aqsa....
Masuk sahaja ke bumi Palestine

Sampai sahaja kami di immigresen Jordan...kami di pereksa dan menunggu untuk pelepasan agak lama juga dalam masa lebih kurang 1 1/2 jam baru kami berlepas....Perut kami kira lapar juga ...tapi alhamdulillah kami di beri roti dan ada juga jemaah bawa serunding dan kami makan roti bersama serunding mmmm...perut dah lapar rasa semuanya sedap...

Kemudian kami melepasi King Hussein Bridge dan 'crossing over Allenby Bridge...

Pemeriksaan pertama, kami melepasi dengan mudah dan sampai check point kedua kami di suruh turun oleh askar2 Israel yang memegang senapang...rasa takut dan cuak juga mulut kami semua kumat kamit baca apa2 yang kami ingat dan berdoa semua nya selamat....Bila kami semua turun dari bas askar Israel itu bertanya kami dari mana dan bila mengetahui kami dari Malaysia dia suruh nya kami naik semula...begitu mudah juga...rupa nya orang Malaysia ni macam ada trademark di mana2 , kami seolah2 di hormati dan di percayai...alhamdulillah...lepas satu lagi check point...

Banyak check point yang kami kena lepasi dan akhirnya sampai ke pusat immigresen...kami di minta turun dari bas dan angkat beg2 kami...di minta passport kami....dan lepas lagi satu check point...masuk check point lagi satu di minta passport kami semula ....dengan sambutan senyuman manis dari pehak immigresen dengan kata aluan "welcome" lepas lagi satu check point...dan yang terakhir ini betul2 menduga kesabaran kami beratur begitu lama pehak immigresen check dengan teliti sekali....tiap2 berserta boleh makan masa hingga ke 20 min...dan kami lepas lagi check point penghabisan agak mudah...walaubagaimana pun aku kira semua nya ada 8 check point yang kami kena tembusi memakan masa lebih kurang 5 jam....penat nya tak terkira dengan keadaan serious dan agak tegang juga...kerana kami di pesan tak boleh bergambar dan ketawa riang di sekitaran immigresen ini.....

Lega, akhir nya kami lepas dan kaki kami betul2 berpijak di bumi Palestine- Baitulmuqaddis....rasa bersyukur nya kami akhir nya sampai hajat kami.....

Baitulmuqaddis atau Jerusalem bahasa Ibrani ada lah Kota Lama yang terletak di Timur Tengah dan  menjadi rebutan di antara orang Arab dan Yahudi walaubagaimana semenjak tahun 1967 Israel menguasai keseluruhan kota tersebut...sebab itu di  mana2 kita akan jumpa askar Israel....

Kami di bawa ke Jericho bandar yang tertua di muka bumi ini untuk makan tengahari...memang perut kami sangat lapar jadi apa yang mereka hidang kami makan dengan lahap nya sempat juga bergambar di kawasan Jericho ini....


Kemudian kami di bawa ke Baitulmuqqadis...sepanjang perjalanan kami lihat padang pasir dan juga rumah mewah orang yahudi...dan juga rumah orang badwi yang agak usang

Akhir nya kami sampai ke Baitulmuqqadis...kami di tempatkan ke St. George Landmark Hotel....dan di sini lah mula perjalanan kami ke Masjid Al Aqsa.....hati memang tak sempat2 nak bersolat di situ....Bandar Baitulmuqaddis agak kecil tapi moden..jalan2 sempit..selepas kami simpan beg2 kami di bilik masing2 kami turun dan hendak berjalan ke arah Masjid Al Aqsa.  Matahari agak terik tapi kami rasa angin sejuk dan kami terpaksa memakai sweater untuk mengelakkan dari kesejukkan...kami berjalan dan berjalan yang di bawa oleh "tour leader" dari orang Palestine...jalan punya jalan tidak juga sampai2....akhir nya kami sampai ke satu kota...dan memasuki kota itu...kami melalui bazaar memang ada di antara kami begitu tertarik untuk membeli tetapi memang sudah di pesan oleh ustaz kami jangan  membeli pasang niat betul2 untuk bersolat di Masjid Al Aqsa jadi mereka padam kan niat mereka dan terus lagi berjalan...agak penat juga kerana turun tangga naik tangga dan akhir nya kami nampak "Dome of the Rock" atau Qubbat As-Sakhrah , riang nya kami dan kami memasuki Dome of the Rock serta bersolat di situ....akhirnya dapat juga kami bersolat di situ..yang sebenar itu belum lagi masjid Al Aqsa...tetapi menurut kata Tour Leader kami ...kesemua kawasan ini ada lah Masjid Al Aqsa...Dalam Dome of the Rock ni ada sebuah batu yang di katakan tempat Nabi Muhammad s.a.w. berdiri sebelum naik ke syurga semasa peristiwa Israk Mikraj.....dan batu ini mahu mengikuti Rasulullah...tetapi di halang dan ianya tergantung.....


Kami ziarah dalam Dome of the Rock ini memang cantik ukiran dan struktur binaan nya....kami sangat kagum...kemudian kami menuju bangunan sebelah iaitu masjid Al Aqsa...dan bersolat di situ hingga isyak...rasa satu kepuasan di hati dapat juga bersolat di masjid yang ketiga penting nya selepas masjid di Madinah dan di Makkah...Menurut kata Ustaz Kamal bersolat satu waktu Masjid Al Aqsa ganjaran nya 500 x kita bersolat, kalau di Madinah 1,000 x dan di Makkah 100,000 x.  Begitulah istimewa nya ketiga2 masjid ini....

Kami pulang ke hotel dan keesokan pagi nya kami hendak bersolat subuh di masjid...kami bangun pukul 3 pagi dan 3.30 pagi kami bergerak dalam kesejukkan....perjalanan dari hotel ke masjid makan masa lebih kurang 30 min dengan turun naik tangga....tapi kami tak kisah memang penat tapi dah azam kami datang jauh2 untuk bersolat di situ jadi kami tak mahu ketinggalan satu waktu pun untuk bersolat di masjid Al Aqsa....akhir nya kami sampai ke pintu masuk masjid Al Aqsa dan alangkah keciwa nya kami tidak dapat memasuki nya kerana askar Israel hanya buka pintu masuk pada lebih kurang pukul 4.30 pagi ketika hampir2 azan baru mereka buka.....kami bayangkan kami dapat bersolat tahajud dulu tapi sayang kami tak dapat lakukan...bila pintu di buka azan subuh sudah berkumandang...jadi kami hanya dapat solat subuh dan lepas tu mengaji di masjid Al Aqsa...begitu lah 2 hari berturut2 kami sudah faham pukul 4.00 pagi baru kami bergerak dari hotel dan berjalan menuju ke masjid Al Aqsa....

                                       
Pandangan atas sangat cantik ukiran nya dome of the rock

Pada hari kedua kami di bawa melawat masjid Al Aqsa yang lama iaitu hanya di bawah masjid Al Aqsa baru....baru kami tahu..struktur lama dan ada juga terdapat tiang2 yang di bina masa zaman Nabi Sulaiman...lubang minyak Zaitun untuk menyalakan api dalam masjid pada zaman dulu..dan di lubang ini juga kaum Yahudi pernah cuba mengorek untuk masuk ke masjid Al Aqsa tapi cubaan mereka gagal....
Pintu masuk bawah batu tergantung

Perbezaan masjid Aqsa yang baru dan lama hanya lah struktur yang moden di masjid Aqsa yang baru...
Berehat bawah batu tergantung...

Menuju ke masjid Al Aqsa

Di luar kawasan masjid Al Aqsa sebelum masuk pintu ke masjid


Kami juga di bawa ke Makam Nabi Daud dan juga di kenali sebagai King David oleh orang Yahudi dan Nasrani...menurut kepercayaan orang Yahudi Nabi Daud lah yang menakluk Baitulmuqaddis daripada masyarakat yang bernama Jebusite dan mula  mengembangkan kota ini...dan di kata di perintah oleh Nabi Sulaiman a.s...Menurut sejarah orang Yahudi Nabi Sulaiman a.s. telah membina sebuah kuil yang di beri Kuil Sulaiman......

Makam Nabi Daud atau King David (panggilan orang Yahudi)

Yang istimewa nya makan Nabi Daud ini di lawati oleh orang Yahudi, Nasrani dan Islam dengan cara mereka tersendiri...tetapi oleh kerana Makam Nabi Daud ini terletak di tempat orang Yahudi orang lelaki di suruh memakai topi yang di berikan oleh mereka tanda hormat dengan tuhan...kami orang Perempuan Islam, Yahudi dan Nasrani memang menutup kepala cara mereka tersendiri...memang unik....
Budak2 yahudi dari kecil sudah di didik cara mereka
Menora Emas (menjadi impian kaum Yahudi untuk meletakan menora emas ini di kawasan Masjid Al Aqsa) menurut kepercayaan  mereka di situ lah tempat berhak nya menora emas ini patut berada....

Hari penghabisan iaitu hari ketiga kami dapat melawat perkampungan Yahudi, di situ kami dapat  melihat "the Wailing Wall atau Crying Wall" orang Yahudi...mereka asingkan tempat wanita dan lelaki....Orang yahudi kepercayaan pada ugama mereka sungguh kuat hingga untuk melihat wanita pun mereka rasa berdosa jadi mereka selalu menundukkan kepala mereka...Mereka terlalu menjaga adab mereka dan juga pemakanan...sebab itu aku tidak nampak satu pun Mcdonald di situ...sedangkan orang mereka yang mengasaskan Mcdonald ini...tapi percaya lah di Israel tidak terdapat satu pun restoran Macdonald...begitu lah kuat kepercayaan mereka dan disiplinnya menjaga pemakanan mereka....

The wailing wall atau crying wall terletak betul2 bersebelahan di kawasan Masjid Al Aqsa...di sini tempat mereka menangis dan berdoa berharap dapat semula masjid Al Aqsa


Orang2 Nasrani tengah bersiap sedia untuk menyambut easter day keadaan penuh sesak ketika ini
Kami bersolat Jumaat di Masjid Al Aqsa tetapi untuk wanita kami bersolat di Dome of The Rock atau di Qubbat As-Sakhrah.  Ramai nya manusia, di sini nampak kehebatan Islam...dan pada hari ini juga ada peristiwa untuk orang Nasrani iaitu Easter Day...dan juga orang Yahudi "Passover day"...sebab itu keadaan di Baitulmuqqadis begitu sesak...



Menuju Masjid Al Aqsa lama....dan gambar di bawah ini tiang masjid Al Aqsa lama yang di bina masa zaman Nabi Sulaiman

Dalam masjid Al Aqsa yang baru

Di belakang tempat Nabi Zakaria beribadah..gambar adik Tuan Guru Nik Aziz bersama isterinya

Pada mula kami di jadualkan buat lawatan di Masjid Umar tetapi kerana kesesakan kami tidak dapat masuk ke Masjid Umar hanya tengok dari jauh dari perkampungan Yahudi sahaja.

Dari luar Dome of the Rock ukiran nya sangat cantik ayat2 quran dari yasin dan isra
 orang ramai bersurai selepas solat Jumaat di Masjid Al Aqsa
 Terdapat banyak gereja di Baitulmuqqadis dan ini ada lah salah satu dari nya
Makam Nabi Musa

Selepas solat Jumaat kami terus menaiki bas untuk pulang ke Jordan tetapi kami akan singgah ziarah ke makam Nabi Musa dulu....dan pada masa lawatan kami ada sekumpulan orang Arab sedang berkasidah di sebelahan makam Nabi Musa kerana memperingati hari jadi Nabi Musa...kami kurang pasti samada mereka ini Islam atau Yahudi...cara mereka berkasidah serta menari2 seolah satu pesta...wallaualam...


Kami sempat sampai ke sempadan dan untuk keluar dari Palestine juga memakan masa yang agak lama di pereksa dengan teliti seperti memasuki Palestine juga....

Alhamdulillah kami selamat keluar dan sampai ke Jordan ..sempat bersolat jamak magrib dan Isya serta makan di hotel yang di sediakan kemudian bergegas ke airport untuk ke Madinah...memang memenatkan tapi hati kami puas...apa yang kami hajat semua tercapai....alhamdulillah

Perjalanan ke Madinah dengan menaiki pesawat Air Jordan seperti biasa kami banyak rehatkan diri di dalam kapalterbang....dan sampai ke Madinah.....seperti biasa kami dapat berjemaah semua waktu untuk 4 hari...berturut kerana kami tak mahu lepaskan peluang yang ada...ganjaran bersolat di sini memang tinggi hanya pada Allah kami berharap....

Kemudian kami berangkat ke Makkah dan di sini lagi satu dugaan yang aku alami, aku begitu penat sekali, kaki ku masih bengkak tetapi bila sampai sahaja pada lebih kurang 10 malam, selepas makan kami terus melakukan umrah.....aku terlalu penat...hingga masa sai' aku rasa hampir nak pitam berhenti banyak kali juga hingga aku rasa mahu sahaja aku upah orang tolak aku akan tetapi bila  memandangkan orang yang lebih tua dari aku boleh berjalan lagi aku bertekad teruskan sai' ku seperti biasa dan akhir nya aku berjaya...aku pulang ke hotel yang agak jauh juga dan sampai sahaja di hotel aku lembik terus, kaki ku terus tak boleh berdiri dan suhu badan ku terlalu panas....aku demam panas...habis umrah pukul 3 pagi aku berharap untuk bersolat di masjid tapi aku tak terdaya aku suruh suami ku sahaja pergi...aku bersolat di bilik sahaja...suami ku bawa makanan untuk aku dengan kepayahan aku bangun dan paksa diriku makan kerana aku terasa sangat ruginya aku tidak dapat bersolat di masjid tadi....aku makan nasi goreng yang di beri hingga habis dan makan ubat sambil memohon pada Allah pulih lah demam ku dan alhamdulillah aku dapat bersolat seperti biasa di waktu zohor dan seterus nya.  Lepas Asar aku berpindah hotel kerana majikan tempat ku bekerjakan mempunyai apartment yang di uruskan oleh hotel di Zam Zam Tower yang sangat dekat dengan masjid...aku rasa satu kemudahan pada diri ku yang kurang sihat....alhamdulillah satu waktu pun aku tak tertinggal bersolat di masjid....memohon keampunan pada Allah, dan pemudahkan hidup ku serta berkati hidup aku, suami ku, anak2 ku  dan keluarga ku serta rakan2 ku dan juga kemakmuran rakyat Malaysia....amin....

Mungkin ada setengah2 cerita dari "Tour Leader" tidak aku memahami sepenuh nya...hanya ini yang dapat ku faham dan kongsikan bersama....ada satu tempat lawatan yang aku hampir terlupa iaitu makam "Rabiah Awardiah" yg terletak di bukit zaitun atau berdekatan dengan  bukit zaitun,  seorang penari wanita telah bertobat selepas itu beliau hanya menulis syaer mengenai ketuhanan dan menjadi sufi atau wali...





Begitu ramai nya orang di Makkah


5 comments:

MisY said...

ini alamat baru saya.

iamyanti.blogspot.com

Sharifah Hamidah said...

ok tks yanti everything ok ke skrg

Kamaruddin Hassan said...

Suatu penulisan yang baik. Banyak ilmu yang saya dapati. Terima kasih. Sudilah baca rencana dalam blog saya;

http://PanoramaInternet.blogspot.com

Kamaruddin Hassan

Kamaruddin Hassan said...

Suatu penulisan yang baik. Banyak ilmu yang saya dapati. Terima kasih. Sudilah baca rencana dalam blog saya;

http://PanoramaInternet.blogspot.com

Kamaruddin Hassan

nisa yachiru said...

pakai tour agent apa ye?