Saturday, June 9, 2012

Suasana politik Malaysia agak membimbangkan, bimbang bukan kerana siapa yg memerintah tetapi bimbang tengok para politikus dan penyokong2 tegar....mereka ini hilang pertimbangan kerana rakus hendak berkuasa...aku jadi hairan di mana sikap orang Melayu yang sebenar...orang Melayu terkenal dengan sikap sopan santun, berbudi bahasa dan sangat beradab, tetapi aku sangat terkejut dengan perubahan sikap orang Melayu yang juga pegangan ugama Islam. Sekarang ni orang Melayu dah bersikap kurang ajar, keras hsti, suka memfitnah dan sentiasa menuding jari pada orang lain...sikap2 bergini tidak terdapat dalam kehidupan orang Islam. Sikap mereka sudah lari dari prinsip Islam, rugi nya kehidupan orang Melayu sekarang. Jika ada perbezaan pendapst apa kata kita berbincang dan cari jalan keluar untuk menyelesaikan, tapi sayang orang Melayu sekarang ni lebih ego nya, nak berkuasa atau mempertahankan kuasa. Jika kita tak bersependapat dengan senangnya memanggil orang tu bodoh, bahlul dan lain2 tak sanggup aku nak tulis di sini. Aku kuatir apa akan jadi pada generasi di akan datang. Tidak kah kita sedar dengan bercakaran di antara satu dengan lain orang lain dengan mudah nya ambil kesempatan atas kelemahan kita dan akhirnya kita juga di pinggirkan. Aku tak kehilangan apa2 kerana aku hanya menunggu masa aje untuk meninggalkan dunia yang fana ini tetapi apa akan terjadi pada generasi akan datang, anak2, cucu2 dan keturunan kita? Kenapa kita boleh jadi begini? Mungkin pemakanan kita yang gemar pada 'fast food' membuat hati kita menjadi keras dan ganas, tidak takut pada hukuman Allah.. Bermuhasabah lah diri lah rakan2 ku, buang lah semua perbezaan dan bersatu untuk berjuang menegakkan Islam. Kita pertahankan hukum Allah dan sentiasa berdakwah demi Allah. Untuk PRU13 ni kita memohon pada Allah menberi pertunjuk kita mengundi pada orang yang benar2 layak memerintah negara kita. Aku rasa ramai di antara kita sudah bosan dengan iklim politik negara kita. Orang BN dan juga PR sama sahaja, hanya ingin berkuasa, tanpa di sedari kita hanya makluk Allah yang lemah hanya Allah sahaja yang berkuasa. Buang lah perangai buruk sangka, maki hamun, kutuk mengutuk tu...ingat lah, perbuatan kita di perhati oleh anak2 dan cucucicit kita dan mungkin mewarisi perangai buruk kita tu..adakah kita hendak tengok anak2 kita tak beradab, kurang ajar? Ubah diri kita dan berjuang lah cara berhemah bukan dengan memaki hamun pada pehak lawan. Ya Allah selamat lah negara kami iaitu bumi Mu Ya Allah, ugama Mu dan maruah orang Islam ......memohon generasi di akan datang lebih berhemah, bertakwa dan menghormati antara satu dengan yang lain dan yang penting orang Islam bersatu demi menegakkan perintah Mu ya Allah..... Amin..

No comments: