Sunday, August 29, 2010

Doa pada yang Esa


Dibulan yang mulia ini ku sambut dengan penuh kesyukuran sesungguhnya dapat juga aku jalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini, tahun hadapan entah dapat ketemu lagi atau tidak wallahualam. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Aku berazam menjadikan bulan Ramadan tahun ini menjadi lebih baik lagi dari tahun yang lepas2 insyallah. Sesungguhnya aku di uji dengan pelbagai masalah2 yang aku hadapi di bulan yang mulia ini. Dan aku rasa amat berat, hingga aku rasa begitu stress. Aku cuba hadapi nya dengan tenang dan menyelesaikan masalah2 ini dengan sebaik mungkin insyallah. Aku berpendapat benang yang kusut kita leraikan satu persatu akhirnya akan menjadi lurus semula.... Selain menanganinya aku juga tidak lupa berdoa dan berserah pada Allah. Itu sahaja yang dapat ku lakukan.

Bercakap pasal DOA ini, ingin ku kongsikan apakah itu DOA dan adab2 berdoa.

Maksud doa ialah memohon sesuatu kepada Allah perkara2 yang kita hajati. Manusia sentiasa di suruh berdoa kerana manusia hanya mampu berusaha tetapi yang menentukan hanya Allah.

Firman Allah yang bermaksud :-

Berdoalah kepada Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombong diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina-dina. (Surah al-Ghafir : Ayat 60)

Dengan berdoa dapat merapatkan hubungan antara seorang hamba dengan Penciptanya, dan ianya sebagai saluran untuk memohon sesuatu kepada Allah. Kadang2 kita berputus asa dengan kegagalan yang kita hadapi tetapi dengan berdoa dapat memberi kekuatan pada diri kita, kerana kita tahu Allah yang akan menentukan segala2nya dan ini akan menambahkan ketaqwaan kita pada Allah.

Adab-adab Berdoa
1. Membersihkan dan menyucikan diri daripada segala kekotoran dan najis
2. Suci daripada hadas besar dan hadas kecil
3. Menghadap ke arah kiblat ketika berdoa
4. Berdoa dengan penuh yakin, khusyuk, dan bersungguh-sungguh
5. Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga bersententang dengan bahu
6. Di dahului dengan amalan soleh seperti bersedekah, menunaikan solat, dan
beristighfar kepada Allah
7. Mulakan doa dengan kalimah memuji Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW
8. Menyapu muka dengan dua tapak tangan setelah selesai berdoa.

Aku rasa ramai yang tahu adab2 berdoa ini, tetapi kadang2 kita terlupa jadi elok lah kita memperingatkan di antara satu dengan yang lain.

Kadang2 kita terfikir kenapa doa kita tidak di makbulkan Allah. Kita muhasabah diri kita. Ada banyak kemungkinan.... Mungkin pemakanan kita dan pakaian kita dari sumber yang haram, atau kita berdoa dengan hati yang lalai dan dilakukan dengan sambil lewa sahaja dan mungkin kita berdoa dalam keadaan riak, ujub, dan takbur.

Ayuh rakan2 ku, macamana berat pun masalah kita, jangan lah kita berhenti berdoa, kerana Allah sahaja yang mengetahui hikmah musibah yang berlaku pada kita dan denganNya lah kita memohon. Bagiku aku tidak akan berhenti berdoa kerana aku tau aku hamba yang lemah dan memerlukan kekuatan dari Allah untuk aku hadapi dan atasi masalah masalah aku.

Wednesday, August 25, 2010

Apa yang perlu di ketahui oleh Wanita Muslimah


Menjadi muslimah sejati bukan nya mudah, banyak perlu seseorang muslimah mengetahui dan laksanakan.

Pertama, sekali setiap wanita Muslimah mesti tahu bagaimana membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul di samping memahami maksud ayat-ayatnya. Pelik ya kita selalu boleh menghabiskan masa membaca akbar, novel, dan buku2 lain tetapi Al-Quran kita ambil mudah sahaja, baca sambil lewa dan tidak fahami kandungannya. Sebab itu ramai lagi wanita2 yang selalu berhujah dengan hukum, kerana tidak memahami isi kandungannya. Berhujah ikut logik sahaja bukan berlandaskan hukum di dalam Al-Quran. Ayuh mulai dari sekarang sama2 lah kita membaca Al-Quran dan fahami lah isi kandungannya untuk kita laksanakan perintah dan hukum Allah.

Keduanya, seseorang Muslimah perlu belajar ilmu hadith, sirah Rasulullah dan sejarah wanita-wanita dari kalangan para sahabiyah Rasulullah, tabiin dan peribadi muslimah yang tersohor dalam Islam. Kita ni selalu di sogokan cerita2 dan keperibadian dari golongan barat sahaja. Sebab itu kita tak nampak perjuangan hebat seperti Khadijah dan yang lain2.

Sebagai seorang Islam adakah kita menyimpan buku2 hadith untuk rujukan selain Al-Quran? Fikirkan lah buku2 lain kita boleh membeli dan menyimpannya tetapi bagi kita sebagai orang Islam dimana Al-Quran dan Hadith sebagai pegangan dan panduan hidup, kita tidak pula ada buku2 hadith dalam simpanan untuk rujukan.

Ketiganya, seorang Muslimah mesti mempelajari ilmu fiqah kerana ilmu ini sangat perlu untuk memastikan bahawa ibadah dan urusan harian yang dilakukannya betul, bertepatan dengan kehendak syariat. Sebab tak faham ilmu fiqah lah macam2 perkara berlaku di zaman ini. Contohnya, wanita2 tidak menutup aurat, bergaul bebas dengan rakan2 sekolah atau di tempat kerja. Jadi banyak gejala2 buruk berlaku setiap hari. Yang sangat memualkan, ya lah bila seseorang Muslimah betul2 mengikut syariat mereka ini di labelkan sebagai seseorang yang amat konservatif, kolot dan ketinggalan zaman.

Keempat, seorang Muslimah mesti memberi perhatian kepada urusan hidupnya, iaitu menjaga dan menguruskan rumahtangga, suami, keluarga dan anak2. Sebenarnya wanita banyak mempengaruhi kehidupan keluarga, kerana itu seorang Muslimah mesti berfikiran terbuka dan bijak, kuat keperibadian dan mengikut pertunjuk yang lurus.

Kelimanya, apabila seorang Muslimah menuntut ilmu, dia harus menanamkan dalam hatinya bahawa ajaran Islam adalah berkaitan dengan pembangunan akal, perasaan dan sosialnya supaya bersedia melaksanakan matlamat asas mengapa kita diciptakan di dunia ini. Walaupuan apa bidang ilmu yang di ambil oleh seorang wanita, mesti di sertai dengan kesungguhan dan melakukan dengan sempurna sekali kerana Rasulullah pernah bersabda : -
"Allah mencintai salah seorang dari kamu yang apabila melakukan sesuatu, maka di lakukannya dengan bersungguh"
Hadis Hasan riwayat
Al-Baihaqi dalam kita Syu'an Al-Iman dari Aisyah.

Ini ada lah di antara2 apa yang perlu kita ketahui sebagai seorang Muslimah. Kita muhasabah diri kita ada kah kita tergolong dari orang2 Muslimah? Kalau ya alhamdullilah, tetapi kalau masih banyak kekurangan kita perbaiki diri kita, kerana hidup ini hanya sebentar sahaja sekali lalu dan hidup di akhirat adalah tetap.

Fikir2kan lah hala tuju kita, semoga hidup kita sentiasa di redhoi Allah.

Monday, August 16, 2010

Di ambang sakaratul maut

Semalam aku ziarah adik ipar ku. Aku terkejut dengan keadaan nya dari seorang wanita yang cantik dan ceria menjadi kurus dan tampak uzur sangat.

Aku tau dia keadaan nazak, tercungap nafasnya, kaki dan tangan nya sejuk dan tidak sedar. Air mata ku jatuh berjurai di pipi ku melihat keadaan nya yang tidak berupaya. Ada saudara mara membaca yassin, dan aku berulang2 kali mengucap di tepi telinga nya. Begitu juga dengan suami nya dan anak nya. Ku rasa hanya itu yang dapat kami membantunya. Ku pakaikan tudung nya kerana mengingati guru ku berkata rambut ada lah aurat dalam keadaan apa pun. Dan aku perhatikan tubuh nya keseluruhan nya tertutup.

Ku nampak setitis dua airmata nya meleleh keluar dari matanya. Aku tersentuh lagi. Begitu lah keadaan kita bila berhadapan dengan sakaratul maut. Tiada sesiapa yang boleh menolong kecuali amalan kita sahaja. Aku kagum juga dengan anak buah ku tidak berhenti2 berbisik kalimah syahadat ke telinga ibu nya dan membaca yassin. Alhamdullilah....

Akhir nya beliau pergi dengan tenang...

Aku rasa kehilangan seorang yang ku sayangi dan hormati, beliau ada lah seorang wanita yang taat pada suami dan sangat pengasih pada anak2 nya. Alfatihah untuk beliau...

Setiap yang hidup akan mati begitu lah kita, jadi kita sepatutnya bersiap sedia untuk menghadapi kematian....

Sepanjang perjalanan pulang aku masih ingat lagi saat adik ipar ku menghadapi kematian. Aku jadi takut dan gerun ada kah aku bersedia? Ya Allah beri aku peluang untuk aku beribadat dan bayar hutang2 ku pada mu...

Ayuh rakan2 ku, adik2 ku, anak2 ku jangan berlengah lagi maut tidak menunggu, dia akan datang seperti kilat. Bersiap sedia lah selalu, jangan lupa perintah Allah dan jauhi larangannya.

Banyak2kan lah ibadat kita seolah2 kita akan mati esok hari dan cari lah rezeki seolah2 kita akan hidup 1000 tahun lagi. Kerana kita sebagai umat Islam memang perlu kaya untuk jalan dakwah...

Saturday, August 14, 2010

Tabarruj


Pengertian tabarruj

Seorang wanita yang keluar rumah serta memakai pakaian yang mewah dan indah serta cantik hingga menarik perhatian orang lain seperti orang lelaki tergoda disebabkan nya.

Larangan tabarruj

Merupakan sifat yang tercela kerana Allah melarang isteri2 Nabi melakukannya dengan berfirman yang bermaksud : -

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang2 jahiliah yang terdahulu (al-Ahzab : 33)

Diantara perbuatan yang cara berpakaian yang tergolong tabarruj, di antaranya :-

a. wanita yang keluar rumah dengan mengenakan pakaian yang tipis sehingga terbayang warna kulitnya.

b. wanita yang keluar rumah memakai pakaian sempit sehingga nampak susuk badan

c. wanita yang keluar rumah dengan membiarkan sebahagian badannya terbuka seperti memakai gaun, skirt pendek dan sebagainya

d. Memakai minyak wangi yang keterlaluan harum semerbak hingga sebatu boleh bau wanginya

e. Wanita yang sengaja menghentakkan kakinya kita berjalan hingga menarik perhatian orang lain.

Banyak lagi perbuatan2 yang boleh masuk dalam golongan tabarruj seperti mengunakan perhiasan yang berlebihan, bersolek dan sebagainya.

Semoga panduan di atas boleh menghisab diri kita adakah kita di dalam golongan yang bertabarruj. Jika ya, cepat2 lah kita bertaubat dan berazam kita tidak akan bertabarruj untuk selama2nya kerana maut boleh menyinggah bila2 masa sahaja.

Sebagai wanita muslimah kita harus takut kepada Allah, dan ingat hidup di dunia hanya ada lah tempat berlalu sahaja sedangkan di akhirat tempat yang kekal..

Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang2 yang mukmin.. amin.....

Tuesday, August 3, 2010

Luahan hati seorang isteri...


Keriuhan bunyi motor berderum derum membuat ku terkejut dari tidor dan memang sepatutnya aku bangun. Tetapi kedingingan di pagi hari membuat aku masih enak dalam selimut lagi dan rasa malas nak bangun. Mengenangkan janji ku dengan Allah ku bingkas bangun walaupun aku rasa badan ku sangat berat meninggalkan tilam yang empuk ini.

Ku bersiap sedia untuk mandi dan terus menjalankan kewajipan ku mengantikan solat2 ku yang ku tinggal semasa remaja ku sementara menunggu waktu subuh. Setelah selesai tanggungjawab ku sebagai seorang islam, aku lakukan amalan harian ku selepas solat yang ku telah belajar dan amalkan, iaitu berzikir, berdoa, membaca quran dan berfikir.

Aku berfikir sejenak, bulan Ramadan hampir tiba, aku hisab diriku, apa yang aku lakukan sepanjang tahun2 lepas hingga sekarang. Tiba2 aku menangis teresak esak, aku kesedihan...., aku bertanya pada diri ku adakah aku telah menjalankan kewajipan aku sebagai isteri yang solehah... air mata terus berjurai2 jatuh di pipiku. Sesungguhnya aku bukan lah isteri yang solehah, ya banyak kekurangan pada diri ku... suamiku ampunkan aku, layanan ku memang tak sempurna, seperti makan minum mu tidak aku pedulikan sangat kerana kerja ku.... kadang2 kau makan di luar, sepatutnya kau makan makanan hasil air tangan isteri... mana aku nak dapat pahala sebagai isteri... air mata jatuh lagi mengenangkannya, rupanya aku tak terdaya mengharung pancaroba kehidupan di dunia ini. Aku leka mengejar kemewahan dan kemanisan dunia, airmata ku semakin deras menghujani pipi ku...Ya Allah aku rasa cukup sedih dan kecewa sangat2 apa yang telah ku lakukan... Aku lalaikan tanggungjawab ku sebagai isteri pada suami ku. Mungkin pada lahirnya aku tampak biasa dan taat pada suami tapi setelah ku mendalami ilmu ugama, bagi ku tidak mencukupi aku sangat lalai menjalankan tugas sebagai isteri..walaupun suamiku bukan lah seorang yang "demanding" dia seorang yang sangat bertimbang rasa...tapi aku sendiri yang rasa bertapa ruginya aku kerana kelalaian ku ini. Aku berjanji pada diri ku melayani suami ku sebaik2nya selagi ku masih hidup dan dia lah satu2nya lelaki yang amat menyayangi ku sepenuh hatinya. Maafkan aku suami ku atas kekurangan ku....Salah seorang dari kami mesti pergi dulu samada aku atau suamiku, hanya Allah sahaja yang menentukan. Sementara ku masih hidup biarlah aku menebuskan kekurangan ku dulu dengan memberi layanan yang sempurna seperti yang di tuntut. Jika ku mati biarlah mati ku dalam keredhaan mu.

Ya Allah berikan ku kekuatan pada diriku untuk ku terus beristiqamah pada mu ya Allah sesungguhnya aku memang tidak layak syurga mu, tetapi aku pun tak sanggup dengan seksaan neraka mu. Ampunilah aku... amin.