Wednesday, August 25, 2010

Apa yang perlu di ketahui oleh Wanita Muslimah


Menjadi muslimah sejati bukan nya mudah, banyak perlu seseorang muslimah mengetahui dan laksanakan.

Pertama, sekali setiap wanita Muslimah mesti tahu bagaimana membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul di samping memahami maksud ayat-ayatnya. Pelik ya kita selalu boleh menghabiskan masa membaca akbar, novel, dan buku2 lain tetapi Al-Quran kita ambil mudah sahaja, baca sambil lewa dan tidak fahami kandungannya. Sebab itu ramai lagi wanita2 yang selalu berhujah dengan hukum, kerana tidak memahami isi kandungannya. Berhujah ikut logik sahaja bukan berlandaskan hukum di dalam Al-Quran. Ayuh mulai dari sekarang sama2 lah kita membaca Al-Quran dan fahami lah isi kandungannya untuk kita laksanakan perintah dan hukum Allah.

Keduanya, seseorang Muslimah perlu belajar ilmu hadith, sirah Rasulullah dan sejarah wanita-wanita dari kalangan para sahabiyah Rasulullah, tabiin dan peribadi muslimah yang tersohor dalam Islam. Kita ni selalu di sogokan cerita2 dan keperibadian dari golongan barat sahaja. Sebab itu kita tak nampak perjuangan hebat seperti Khadijah dan yang lain2.

Sebagai seorang Islam adakah kita menyimpan buku2 hadith untuk rujukan selain Al-Quran? Fikirkan lah buku2 lain kita boleh membeli dan menyimpannya tetapi bagi kita sebagai orang Islam dimana Al-Quran dan Hadith sebagai pegangan dan panduan hidup, kita tidak pula ada buku2 hadith dalam simpanan untuk rujukan.

Ketiganya, seorang Muslimah mesti mempelajari ilmu fiqah kerana ilmu ini sangat perlu untuk memastikan bahawa ibadah dan urusan harian yang dilakukannya betul, bertepatan dengan kehendak syariat. Sebab tak faham ilmu fiqah lah macam2 perkara berlaku di zaman ini. Contohnya, wanita2 tidak menutup aurat, bergaul bebas dengan rakan2 sekolah atau di tempat kerja. Jadi banyak gejala2 buruk berlaku setiap hari. Yang sangat memualkan, ya lah bila seseorang Muslimah betul2 mengikut syariat mereka ini di labelkan sebagai seseorang yang amat konservatif, kolot dan ketinggalan zaman.

Keempat, seorang Muslimah mesti memberi perhatian kepada urusan hidupnya, iaitu menjaga dan menguruskan rumahtangga, suami, keluarga dan anak2. Sebenarnya wanita banyak mempengaruhi kehidupan keluarga, kerana itu seorang Muslimah mesti berfikiran terbuka dan bijak, kuat keperibadian dan mengikut pertunjuk yang lurus.

Kelimanya, apabila seorang Muslimah menuntut ilmu, dia harus menanamkan dalam hatinya bahawa ajaran Islam adalah berkaitan dengan pembangunan akal, perasaan dan sosialnya supaya bersedia melaksanakan matlamat asas mengapa kita diciptakan di dunia ini. Walaupuan apa bidang ilmu yang di ambil oleh seorang wanita, mesti di sertai dengan kesungguhan dan melakukan dengan sempurna sekali kerana Rasulullah pernah bersabda : -
"Allah mencintai salah seorang dari kamu yang apabila melakukan sesuatu, maka di lakukannya dengan bersungguh"
Hadis Hasan riwayat
Al-Baihaqi dalam kita Syu'an Al-Iman dari Aisyah.

Ini ada lah di antara2 apa yang perlu kita ketahui sebagai seorang Muslimah. Kita muhasabah diri kita ada kah kita tergolong dari orang2 Muslimah? Kalau ya alhamdullilah, tetapi kalau masih banyak kekurangan kita perbaiki diri kita, kerana hidup ini hanya sebentar sahaja sekali lalu dan hidup di akhirat adalah tetap.

Fikir2kan lah hala tuju kita, semoga hidup kita sentiasa di redhoi Allah.

No comments: