Friday, September 20, 2013

Bercuti ke Uzbekistan Bahagian 4 (akhir)

12hb Zulkaedah 1434H/18hb September


Lebih kurang pukul 9 pagi kami bergerak untuk ziarah  selepas sarapan pagi.  Sekali ini kami di bawa ke makam yang di panggil Chor Bakr... atau ahli sufi yang di kenali Naqshabandiya... di situ terdapat banyak makam terdiri dari keluarga mereka dan guru nya..
 
Kawasan situ di jaga rapi dan cantik., ramai yang datang ziarah juga selain dari kami... Sesungguh ramai ahli sufi di bumi Uzbekistan ini.. banyak makam2 yang kami ziarah hingga aku tak berapa nak ingat kesemua nya dan juga masjid2 lama.. di masjid lama kami ambil kesempatan untuk bersolat di situ.
 
 
Kami juga di bawa ke telaga yang di katakan peninggalan Nabi Ayub.  Dapat juga ambil air nya dan minum.  Sangat jernih dan Nampak bersih air nya.
 
                                          Telaga Nabi Ayob
 
Sepanjang perjalanan kami di Bukhara ada juga terdapat ramai orang berlegar2 di taman kerana meraikan hari Merdeka mereka.  Ada seperti pertunjukkan circus, menunggang kuda dan sebagainya.  Kami sempat juga berlegar2 di    situ   dan menikmati ice cream mereka.  Cuaca sangat panas tapi bila kami berehat di bawah pokok rasa benar perbezaan nya  sangat redup dan sejuk.  Kalau di Malaysia duduk bawah pokok pun tak terasa sangat perbezaan nya.  Patut lah mereka menjaga dan menghargai pokok2 sekeliling.
 
Kami makan tenghari di sebuah restoran dan habis sepinggan besar nasi bukhari memang terasa sangat lapar dan juga semalaman kami tak dapat nasi heheheh.

Bangunan ini di buat dari batu bata yang di bakar dan telur kuning
 
Kemudian pulang ke hotel dan bersiap2 untuk berangkat ke Samarkand.   Sepanjang jalan banyak tempat kami singgah hingga tak berapa nak ingat tapi hampir semua nya makam dan memorial.
 
Kami sampai di Samarkand agak petang juga terus pergi ke Homestay kami.  Kami ingat homestay macam di Malaysia sebuah rumah rupa nya ianya seperti hotel sangat besar dan cantik sekali.  Bila sampai kami check in dan kemudian kami keluar semula untuk ziarah dan makan malam. 
 
Kami  di bawa keliling Bandar Samarkand di mana dari jauh kami Nampak masjid Nabi Khidir, Memorial BibiKhanym isteri kepada Amir Temur....

 
Kami pulang selepas makan dengan rasa letih... Selepas solat mata memang dah tak boleh buka terus tertidur hingga pukul 3.00 pagi untuk persediaan solat subuh.  Di sini solat subuh dalam pukul 4.30 pagi.
 
Pada sebelah pagi kami di bawa menziarah ke makam2 yang terkenal di antara nya Kusam Ibnu Abas sepupu pada Rasulullah dan juga salah seorang sahabat Nabi.   Di situ kami berkumpul dan bacakan alfatihah serta ayat2 suci yang lain.  Kemudian aku dan suami ku masuk ke masjid bersebelahan untuk bersolat.
                                                         
                                                           
 
Makam sahabat Rasulullah dan juga sepupu baginda Kusam Ibni Abas
(di katakana rupa beliau hamper sama dengan Rasulullah) wallahualam
 
Memang kota Samarkand kota bersejarah.  Banyak bangunan lama2 dari abad ke 6 hingga ke 14 tersergam dan masih di jaga dengan rapi. 
 
Kami tidak berminat dengan shopping tapi kami ziarah ke memorial Amer Timur , Amer Timur ada lah seorang raja yang amat berkuasa.  Empire Amer Timur hingga ke Turki, dan juga timor tengah, India dan negara2 yang berdekatan.  Patut lah bila aku dengar musik mereka di  TV di pengaruhi irama padang pasir dan juga Hindustan.

Memorial Amer Timur
Cucu Amer Timur ada lah Mirzo Uluberg yang di kenali sebagai astronomy yang terkenal di kalangan Eropah juga. 
 
Sebelah malam kami merasa sangat seronok kerana kami di benarkan masak.  Kami ramai2 masak nasi lemak dan tom yam dan orang2 Uzbekistan di situ memasak Nasi Bukhari.  Mereka mengajar cara memasak nasi Bukhari.   Semua orang memainkan peranan.  Ada yang potong bawang ada yang buat2 sibuk.  Kami rasa meriah sangat setelah masak kami makan beramai2 habis nasi lemak dan sambal ikan bilis kami makan. Walaupun tak sesedap seperti di Malaysia, tapi ketika itu kami rasa semuanya sedap.
 
Keesokan nya kami sempat bersolat di Masjid  Nabi Khidir.  Apa yang di katakan masjid Khidir kerana ada seorang Ulamak hendak mendirikan masjid dan dia termimpi Nabi Khidir datang meletakan batu bata  lalu dia terjaga dan Nampak batu batu ada di situ terus beliau dirikan masjid di situ dan namakan Masjid Nabi Khidir.  Ianya terletak di atas bukit membolehkan kami Nampak panaroma Samarkand.  Kami sempat membeli buah2 kering seperti Apricot, kekacang dan lain2 untuk dibawa pulang.
 

                                                                                             Masjid Nabi Khidir
                        
                     
                                                       Pemandangan dari Masjid Nabi Khidir


Di sebelah petang kami di bawa menziarah memorial Mirzo Uluberg dan juga Makam Nabi Danial.  Makam Nabi Danial amat panjang.  menurut sejarah Raja Amer Timur membawa sebahagian dari anggota Nabi Danial ke Samarkand wallaualam.
 
Kami pulang ke Taskent dan membeli belah dan makan malam, kali ini kami di sediakan makan mee sup china, sangat sedap  kemudian check in di hotel.  Aku tak banyak pun membeli kecuali ole2 untuk cucu dan juga sepasang baju untuk diri ku.  Apa yang lebih teruja kami dapat naik subway.  Subway ni di bina pada tahun 1977 oleh kerajaan Soviet Union.  Kerajaan Soviet hanya bina subway 4 Bandar di bawah jajahan nya iaitu Moscow, St. Petersbourgh, Ukraine dan Tashkent.  Subway nya kelihatan sangat bersih tapi saying kami tak di benarkan ambil gambar di dalam nya.  Di perbuat dari tiles di mana kita akan rasa sejuk bila musim panas dan rasa selesa di musim sejuk.  Cantik dan sangat teratur.  Bayaran nya pun hanya 800 cym sahaja untuk semua jalanan.    Keesokan nya kami check out  dan berangkat ke pergunungan untuk naik cable car.   Sepanjang perjalanan kami dapati Uzbekistan mempunyai landscape yang sungguh indah.  Bila sampai di kaki gunung, kami berhenti rehat untuk membeli kacang2 dan juga minum susu kuda.  Ramai yang tak sanggup minum tapi suami ku minum dan bawa pulang sebotol. 
 
Sampai ke gunung kami agak terpengun dengan kecantikan alam ciptaan tuhan tapi apa yang lebih terkejut ada lah keadaan cable car.., rasa macam tak mahu naik.  Tapi hati ini berkata dah datang jauh2 cuba lah juga.  Keadaan cable car tu macam tak ada keselamatan, hanya kerusi dan besi di depan itu sahaja.  Tapi akhirnya semua orang naik hanya seorang dari kami tak mahu naik langsung.
 
Kami naik dan duduk dengan rasa takut, pada mula nya tangan pun tak berani nak pegang Kamera atau handphone takut jatuh, akhir nya aku beranikan diri, keluarkan handphone dari begtangan dan ambil gambar sendiri lama2 perasaan takut hilang, Cable Car itu bawa kami dari satu gunung ke gunung, 30 minit satu perjalanan.  Kami turun dan bermain atas gunung, bergambar, ada di antara kami naik kuda dan sebagainya.


 
Setelah puas kami di atas gunung, kami turun dengan menaiki kereta Kabel 30 minit lagi dalam perjalanan... agak kecut juga perut kami bila memandang di bawah.  Tapi akhir nya sampai dan berasa puas kerana berani hehehhe.

Berani naik? 
 
Pemandangan dari Cable Car
Dalam perjalanan turun kami sempat singgah ke sebuah tasik di namakan tasik Charvat... subhanallah memang cantik sangat ciptaan tuhan... Menurut kata Tour Guide kami, semua kawasan ini serta gunung2 yang kami naik tadi akan di saluti salji bila musim sejuk sebab itu di panggil Switzerland of Uzbekistan.


Tasik Charvat
 
 
Kami sempat membeli belah setiba di Tashkent untuk menghabiskan duit kerana duit mereka tidak laku kalau di tukar semula.
 
Kami singgah di masjid untuk solat jamak zohor dan asar...oleh sebab masjid ini tidak di sediakan untuk wanita kami terpaksa menunggu mereka sediakan tempat untuk mengambil wuduk dan seteruskan bersolat Jemaah sesama perempuan, sangat berbeza dengan Malaysia di mana orang perempuan memang di sediakan tempat solat. Selepas bersolat kami di bawa ke kedai makan untuk makan malam sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.
 
Begitu lah banyak pengajaran dan ilmu yang kami dapat dari lawatan di sini, kerana Negara ini dulu nya di bawah jajahan Soviet Union tertutup, kita tidak tahu cerita yang sebenar nya.   Rupa nya kegemilangan Islam ada di bumi Uzbekistan ini di abad ke 7 hingga ke 14, tapi akhir nya jatuh ketangan  Genghis Khan dengan harapan untuk menghapuskan Islam, tetapi akhir nya cucu beliau Kublai Khan memeluk Islam.   Tetapi kepercayaan islam makin berkurangan semasa jajahan Soviet Union, kerana fahaman komunis tidak percaya pada ugama.  Banyak masjid di runtuhkan dan makin ramai wanita tidak menutup aurat hingga sekarang.  Walaubagaimana pun aku yakin selepas 22 tahun merdeka Islam akan kembali dalam kehidupan mereka sedikit demi sedikit.  Mereka sentiasa mencontohi kita orang Malaysia, dan kagum dengan pencapaian Negara kita. Pada mereka Negara kita maju tapi orang Islam tetap berpegang dengan perintah Allah, sebab itu makin ramai orang mereka datang ke Malaysia untuk menuntut. 
 

11 comments:

nurdia said...

tq sis... nice story... entah bila kan berkesempatan utk ke sana....

ayu said...

Best...in sya Allah disember ini saya akan ke sana...sedang membaca dan mempelajari ttg sejarah negara uzbekistan.

ayu said...

Best...in sya Allah disember ini saya akan ke sana...sedang membaca dan mempelajari ttg sejarah negara uzbekistan.

Sharifah Hamidah said...

Nurdia InsyaaAllah sampai nanti
Ayu.. bln 12 sejuk be prepare bawa baju tebal ... no regrets klu u suka sejarah

Kak Nik said...

assalam..kaknik akan ke uzbez pada 30 mei 2014 ni...terima kasih dengan cerita2 anda,kerana ianya boleh membantu ,dan ponorama nya sunggoh cantek...tq...

Kak Nik said...

assalam..kaknik akan ke uzbez pada 30 mei 2014 ni...terima kasih dengan cerita2 anda,kerana ianya boleh membantu ,dan ponorama nya sunggoh cantek...tq...

Kak Nik said...

assalam..kaknik akan ke uzbez pada 30 mei 2014 ni...terima kasih dengan cerita2 anda,kerana ianya boleh membantu ,dan ponorama nya sunggoh cantek...tq...

Sharifah Hamidah said...

Selamat bercuti Kak Nik... saya akan singgah ke Uzbek pada bln June tapi akan terus ke Russia...

Hafizam Mohammad said...

Terima kasih puan sudi share pengalaman di sana...bila baca macam diri sendiri ada kat sana..insyaallah akan ke sana satu hari nanti

Laila Jamal said...

Puan pergi dengan travel agen mana ye?

Anonymous said...

"Bila sampai di kaki gunung, kami berhenti rehat untuk membeli kacang2 dan juga minum susu kuda. Ramai yang tak sanggup minum tapi suami ku minum dan bawa pulang sebotol."

Bagaimana rasa susu kuda ek...? Apa khasiat nya..? Dengar boleh jadi penawar sakit kanser..?