Friday, February 22, 2013


11 Rabiul Akhir 1434

Sejarah  pensyariatan solat

Solat  merupakan ibadat yang menghubungkan seseorang hamba dengan Allah membuktikan ketaatan, kepatuhan serta sentiasa mengingatiNya.

Terdapat banyak dalil2 dari alquran dimana syariat  solat telah di turunkan kepada nabi2 sebelum Rasulullah SAW.  Malah Nabi Ibrahim a.s telah berdoa kepada Allah  supaya beliau dan anak cucunya mengerjakan solat.  Permohonan itu telah di rakamkan dalam firman Allah yang bermaksud :-

" ya tuhan jadikan aku dan anak cucuku orang orang yang mendirikan solat..perkenankan doaku" ..(surah Ibrahim 14:40)

Di antara ayat2quran yang mensyariat kan solat kepada nabi2 sebelum Rasulullah :-

Yang bermaksud :-

"kami telah perintah kepada Ibrahim dan Ismail ..bersihkan rumahku untuk orang2 tawaf, orang (mereka) yang iktikaf, ( mereka) yang rukuk dan sujud."
 ( Surah al Baqarah 2: 125)

" kami teah menjadikan mereka itu (Ishaq dan Ya' kub) sebagai pemimpin yang memberi petunjuk kepada  perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka  yang mengerjakan kebajikan, mendirikan solat, mengeluaran zakat dan hanya kepada Kamilah mereka selalu mengabdikan diri... (Surah al Anbiya' 21: 73)

Allah telah berfirman kepada  Nabi Musa a.s yang bermaksud :-

" sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada Tuhan selain Aku. Maka sembahlah Aku, dan dirikan solat untuk mengingati Aku...(Surah Thaha 20:14)

Allah juga ada memerintah kepada Nabi Isa a.s :-

" Dia (Allah) memerintahkan kepadaku agar mendirikan  solat dan mengeluarkan zakat selagi aku masih hidup " (Surah Maryam 20 :14)

Kesimpulannya kenyataan dalil2 dari alquran yang di paparkan di atas membuktikan bahawa solat ada lah ibadat yang disyariatkan para nabi terdahulu dari Rasulullah SAW..

Mungkin  cara solat nya tidak sama seperti kita sekarang..rakaat nya berbeza dan waktu2 solat nya mungkin berbeza juga..tetapi yang  jelas SOLAT memang penting dan yang di utamakan sejak dari dulu2 lagi sebelum Rasulullah.

Wednesday, February 20, 2013


9 Rabiul Akhir 1434H

Assalamualaikum

Semalam kita bercerita pasal golongan yang mengerjakan solat...hari ini kita bercerita pula pada golongan yang tidak bersolat...Mereka ini secara terang terangan meninggalkan solat tanpa rasa bersalah dan kesal.. Mengapa dan kenapa?  Di antara yang di huraikan dalam buku yang di baca iaitu " Bimbingan Penghayatan  dan Kesempurnaan solat" ada  lah seperti berikut :-

Pertama : cetek nya pengetahuan ugama

Golongan ini biasanya  berpendapat bahawa dirinya telah memiliki pengetahuan yang tinggi.  Oleh itu mereka merasa tidak perlu mengerjakan dan  tidak perlu bersolat.

Kedua :  Tidak mempunyai pengertian tentang solat

Mereka ini biasa nya terdiri dari keluarga atau masyarakat yang tidak bersolat

Ketiga :  Sifat malas malas dan cuai

Mereka ini pada dasarnya mengakui tentang kewajipan  bersolat tetapi kerana sibuk dan malas  menguasai  maka mereka hilang lah rasa keinsafan dan kesedaran diri.

Keempat :  Usia Remaja atau rasa muda lagi

Golongan ini beranggapan bersolat ini hanya sesuai untuk orang2 yang berusia sahaja..

Kelima :  Pengaruh Keresahan Jiwa 

Golongan ini meninggalkan solat kerana pengaruh jiwa mereka yang resah dan kosong.. sebaiknya kita mendekati Allah bila jiwa kita resah...

Ada juga terdapat golongan yang kadang2 bersolat kadang2 tidak..golongan ini ramai di kalangan kita ..mungkin pengaruh keadaan sekeliling atau terlalu sibuk dengan urusan dunia.

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan2 tersebut...bagaimana sibuk pun kita ..waktu solat kita berhentilah dengan urusan dunia untuk mengadap kekasih kita iaitu Allah...jangan bagi alasan tetapi cari jalan untuk mengerjakan solat dengan awal waktu dengan rasa penuh keinsafan dan rendah diri pada Allah.

Tuesday, February 19, 2013


8 Rabiul Akhir 1434H

Assalamualaikum

GOLONGAN YANG MENGERJAKAN SOLAT

 Jika kita memang golongan orang yang mengerjakan solat,  elok juga kita periksa diri kita di mana... 

Orang yang mengerjakan mengikut kehendak sendiri tanpa memperdulikan kesempurnaan rukun, syarat2, tidak peduli terhadap perkara2 yang makruh dan sunat...kiranya golongan ini tidak mahu belajar. Bersolat tanpa ilmu

Ada juga orang bersolat kerana kebiasaan dan tradisi, seperti bersolat pada usia sama seperti kanak2 ...tanpa memahami hakikat solat yang sebenar.  Seperti yang di maksudkan dalam alquran :

....maka neraka wail lah bagi mereka yang mengerjakan solat iaitu mereka yang lalai....(surah al maun 108:4-5)

Yang di maksudkan lalai di sini ialah tidak memahami terhadap apa yang dilafazkan dan tidak mengetahui maksud yang di kerjakan.

Ada juga golongan yang mengerjakan solat dengan meniru semata, bukan dengan belajar dengan guru yang berkelayakan yang dapat memberi pengajaran tentang solat dengan sempurna.

Terdapat golongan yang mengerjakan solat  dengan wuduk  yang tidak sempurna, kerana jahil dengan perbuatan2 wuduk yang di tuntut.

Ada juga golongan yang mengerjakan solat kerana suatu keperluan dunia semata2, seperti untuk pandangan orang dan masyarakat dan sebagainya.


Semoga kita bukan dari golongan di atas.  Perbaiki solat kita dengan mencari ilmu, berguru, dan yang paling penting kerana ALLAH...

Sekian...semoga kita tergolong dari orang2 yang soleh dan solehah.

Monday, February 18, 2013


7 Rabiul Akhir 1434H

Assalamualaikum 

Seperti yang di janjikan hari ini kita ke bab Solat... Dalam apa yang saya pelajari dari kuliah dan juga rujukan  dari  buku Bimbingan dan Penghayatan Solat serta dari kitab Bahru Al Madzi ini di terangkan dengan  panjang lebar bab solat dimana sangat menarik untuk kita sama2 mengulangkaji...

SOLAT

Pengertian solat dari sudut bahasa bermaksud doa, dan menurut syariat pula merupakan sesuatu  perbuatan yang terbina dari berbagai perbuatan yang di tuntut di mulai dengan takbir dan di sudahi dengan salam.

Terdapat berbagai jenis solat, iaitu solat fardu dan juga solat sunat.  Solat fardu pula terdapat dua jenis iaitu fardu ain dan fardu kifayah.  Fardu ain ialah solat 5 waktu dimana fardu kifayah pula ialah solat jenazah.

Solat sunat pula ada berbagai jenis  solat,  sunat terikat seperti sunat rawatib..solat yang di kerjakan bersama solat wajib...solat sunat mutlak pula di kerja bila2 masa.

Sebagai orang islam kita memang di wajibkan bersolat 5 waktu sehari semalam..semua orang mengetahui nya.  Terdapat beberapa golongan di antara kita bab mengerjkan solat.  Di antaranya :-

Pertama - Golongan yang mengerjakan solat
Kedua - Golongan yang tidak mengerjakan solat
Ketiga- Golongan yang kadang2 mengerjakan solat kadang2 tidak - ikut suka aje

Kita periksa diri kita dalam golongan mana...

Hari ini agak pendek sikit kerana topik ini agak berat dan memerlukan penulisan yang teliti agar kita sama2 memahami.. InsyaAllah esok akan di huraikan ketiga2 golongan ini.

Sekian , semoga hari ini hari yang lebih baik dari esok dan ceria2 selalu...

6  Rabiul Akhir 1434H

Assalamualaikum

Apa kabar rakan2 sekelian, semoga kita berbahagia bersama keluarga tersayang di hujung minggu ini...Di samping itu jangan kita lalai dan sentiasa menjalankan tanggungjawab kita pada yang menciptakan kita...dan sentiasa mahu memperbaiki diri kita ini...

Mari kita mengulangkaji bab azan dan hari ni berkenaan Syarat Azan  dan Muazzin serta doa azan.

 Azan mempunyai beberapa syarat tertentu dimana jika tertinggal salah satu daripadanya ianya menjadi batal dan tidak sah.

Syarat2 

Pertama :  Lafaz2  azan  itu hendaklah di lafaskan secara berurutan, yakni tidak di selangi oleh berhenti yang lama atau panjang.

Kedua :  Semua kalimah atau lafaz2 di kumandangkan setelah masuk waktu solat tetapi ada pendapat mengatakan mengharuskan azan di luar waktu subuh tetapi sunat di ulangi setelah masuk waktu nya (kalau di Mekah dan Madinah memamg ada dua kali azan sebelum subuh dan setelah masuk waktu subuh).

Ketiga :  Hendaklah azan secara teratur atau tertib dan berurutan.

keempat : Hendaklah azan itu di laungkan oleh seorang sahaja,   azan tidak boleh disambung oleh orang lain kecuali di mulakan azan yang baru

Kelima : Azan hendak di lafaz dalam bahasa Arab

Keenam : Hendaklah meniatkan azan

Syarat Muazzin ( orang lelaki sila ambil perhatian)

Pertama : Mestilah seorang Muslim

Kedua :  Berakal

Ketiga : Seorang lelaki ( khunsa dan perempuan tak sah )

Keempat :  Hendaklah azan itu dikumandangkan dengan suara yang kuat dan nyaring, kecuali jika azan itu untuk diri sendiri..

Perkara2 yang sunat ketika mengumandangkan azan

Pertama : Muazzin hendaklah bersih dari segala hadas

Kedua : Muazzin itu hendaklah bersuara merdu dan nyaring

Ketiga : hendaklah azan ditempat yang tinggi agar laungan dapat di dengar sampai kekawasan yang lebih jauh, kecuali sekiranya yang di laungkan ada pembesar suara.

Keempat : Hendaklan mengazan ketika berdiri kecuali uzur atau ada halangan yang tidak boleh berdiri

Kelima. : Hendaklah ketika melaungkan azan, muazzin mengadap kearah kiblat dan ketika kalimah " hayaalah solah "( marilah mengerjakan solat) , maka kendaklah mengadap ke kanan  dan ketika melafazkan kalimah " hayaallal falah" (marilah menuju kejayaan) maka hendak lah mengadap ke kiri..

Keenam : Membaca "Taswib" ketia azan subuh iaitu dengan lafaznya " salatuhairunminnan naum" ( solat itu lebih baik dari tidor) sebanyak  dua kali.

Ketujuh : Muazzin hendaklah memasukkan jari ke dalam dua telinga .

Kita di larang berkata2 ketika laungan azan sebagai menghormati azan dan di sunatkan menjawab azan.

Tamat bab azan..esok kita pergi ke bab yang sangat penting iaitu bab solat...

Sekian untuk hari ini...semoga kita semua diberkati Allah...  








Sunday, February 17, 2013


6 Rabiul akhir 1434H

Assalamualaikum

Hari ini kita ke bab Azan ....

Pengertian dan dasar hukum azan

Dari segi bahasa azan bereti pemberitahuan dari segi syariah pula sesuatu perkataan khusus yang di ungkapkan untuk memberitahu masuknya waktu solat dengan lafas lafas khusus dan cara tertentu...

Dasar hukum nya ditentukan melalui alquran :-

Wahai orang2 beriman...apabila kamu diseru untuk menunaikan soat pada hari jumaat, maka bersegeralah mengingati Allah dan tinggalkan urusan jual beli, yang demikian lebih baik bagi kamu, sekiranya mengetahui. (surah al Jumu' ah 62:9)

Sejarah azan

Azan mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah...antara sebab2 nya ada di riwayatkan dalam beberapa hadis..di antaranya nya seperti berikut

...pada suatu ketika dahulu, kaum muslimin berkumpul dan mengira-gira waktu solat, sebab pada waktu itu tiada orang yang bertugas untuk menyeru solat. Maka pada suatu hari mereka membicarakan tentang hal tersebut. Salah seorang daripada mereka berkata..gunakan loceng untuk menyeru sepertimana orang nasrani lakukan...maka ada sebahagian yang lain menyarankan guna terompet...maka Umar pun berkata ..tidakkah elok jika kamu lantikkan seseorg untuk menyerukan solat? maka Rasulullah SAW pun bersabda " wahai Bilal , berdirilah dan serukan solat...(hadis riwayat Bukhari Muslim)

Ada juga hadis yang menceritakan bagaimana Rasulullah mendapat lafas2 azan melalui mimpi dari Abdullah bin Zaid dan meminta Abdullah mengajar Bilal lafaz 2 tersebut dan apabila Umar mendengar laungan azan tersebut...lalu berkata ..demi tuhan yang telah mengutuskan dengan kebenaran sebenarnya aku juga telah bermimpi sebagaimana itu,,.maka Rasulullah SAW bersabda maka bagi Allah lah segala puji...( hadis ini di riwayatkan Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi),

Keutamaan Azan

Terdapat banyak hadis menerangkan tentang keutamaan azan, di antaranya :-

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda ..jika orang ramai mengetahu ( tentang keutamaan dan pahala) yang terdapat pada azan dan saf pertama, nescaya tidak ada lagi peluang untuk memperolehinya, kecuali dengan cara undian, dan pasti mereka akan mengadakan undian itu dan jika mereka mengetahui erti menyegerakan solat Zohor,pasti mereka akan berlumba2 untuk berbuat demikian. Begitu juga jika mereka mengetahui apa yang terdapat dalam kepentingan solat Isyak dan solat subuh, pasti mereka akan menghadiri sekalipun terpaksa merangkak ...( hadis riwayat Bukhari).

Esok kita akan pergi ke bab syarat Azan dan Muazzin

Selamat bercuti di hujung minggu.

Friday, February 15, 2013



Jumaat 15 Februari 2013/ 4 Rabiul Akhir 1434
Assalamualaikum

Hari ini kita mengulangkaji bab makruh wuduk dan cara cara berwuduk, serta membatalkan wuduk...insyaAllah....

MAKRUH WUDUK

1. Berwuduk di tempat yang terdapat najis, kerana bimbang adanya kesan najis di sekitar tempat itu...
2. Mengulangi basuhan anggota wuduk lebih dari tiga kali
3. berlebihan menggunakan air
4. Meninggalkan perkara2 sunat semasa berwuduk
5. Berwuduk dengan sisa air bersuci kaum wanita, kerana Rasulullah SAW melarang dari perbuatan sedemikian

CARA BERWUDUK

1. Membasuh kedua belah tangan di sertai dengan bacaan bismillah
2. Berkumur2 3 kali
3. Memasukkan air ke hidung 3 kali
4. Membasuh muka 3 kali dengan di iringi niat berwuduk ...sahaja aku bersuci dari hadas kecil kerana Allah Taala
5. Membasuh tangan kanan dari hujung jari hingga ke atas siku 3 kali kemudian di susuli dengan tangan kiri 3 kali
6. Menyapu sebahagian daripada rambut dengan air d tapak tangan kanan 3 kali
7. Menyapu kedua belah telinga dengan air 3 kali
8. Membasuh kaki kanan dari hujung jari hingga ke buku lali 3 kali dan di susuli kaki kiri 3 kali
9. Membaca doa wuduk

MEMBATALKAN WUDUK

1. Keluar sesuatu daripada dubur atau kabul samaada benda yang keluar itu berupa cecair atau lendir seperti air
Kencing, mani dan mazi, atau berupa kentut samaada berbunyi atau tidak dan juga keluar najis.
2. Hilang ingatan seperti gila, pengsan, mabuk, pitam atau tidur yang tidak tetap kedudukan nya (dah tidor terbaring
Lah tu
3. Bersentuh kulit di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tanpa alas atau berlapik
4. Menyentuh kemaluan (dubur dan kubul) dengan tapak tangan., sama ada kemaluan sendiri atau orang lain
5. Murtad

Sekian , terima kasih, jumpa lagi insyaAllah esok.

Thursday, February 14, 2013


Khamis 14hb Februari 2013 bersamaan 3 Rabiul Akhir 1434H

Assalamualaikum

Kita sambung lagi bab wuduk, semalam bahagian wajib...hari ini kita pergi kebahagian sunat.

Sebelum tu baik kita faham apa maksud sunat...istilah sunat bermaksud kalau kita tak lakukan tak apa tetapi kalau kita lakukan kita dapat pahala....apakata kita tambah lagi ...KALAU KITA TAK LAKUKAN KITA RUGI...

PERKARA PERKARA SUNAT SEMASA BERWUDUK

1. Membaca basmalah atau fahaman kita bismilah pada permulaan wuduk

2. Membasuh kedua telapak tangan sebanyak tiga kali

3. Menggosok gigi atau bersiwak.

4. berkumur2

5. Memasukkan air ke hidung dan menyemburkan keluar atau bahasa Arab nya istinsyar dan

6. Membersihkan (menyela nyela) janggut dengai air bagi kaum

7. Setiap perbuatan di lakukan 3 kali....1 kali ada lah wajib

8. Membasur bahagian dalam dan luar telinga

9. Membersihkan sela-sela (celah celah) Kaki dan tangan

10. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri
11. Memanjangkan basuhan anggota wuduk melebihi bahagian yang di basuh..maksudnya memperluas bahagian yang di basuh
Seperti siku, buku lali, kepala

12. Hendaklah mengusap kepala, mulai dari bahagian depan

13. Selesai wuduk hendak lah membaca doa ...

Cuba tengok banyak nya sunat kita lakukan ketika wuduk tanpa kita sedari...

Esok kita akan ke bab makruh wuduk insyaAllah...

Sekian harap kita dapat menafaatkan bersama walaupun kita sudah mengetahui anggap lah ianya sebagai mengulang kaji dan peringatan...agar kita lebih mengetahui dan memahami apa yg kita lakukan.

Wednesday, February 13, 2013



Rabu 13hb Februari 2013 bersamaan 2 Rabiul Akhir 1434H


Solat ada lah salah satu rukun islam...jadi kita sebagai orang islam memang wajib bersolat 5 waktu sehari semalam...dan yang lebih rajin di sertai dengan sunat2 seperti sunat rawatib, tahajjud, dhuha, witir dan lain2... Terpulang lah pada individu...yg penting 5 waktu jangan sesekali kita tinggal...kerana solat memang di katakan ugama...tidak kuat tiang runtuh lah agama kita...mulai dari hari ini...aku akan selitkan sikit2 kesempurnaan solat harian kita...memang ramai orang dah tahu tapi sebagai sahabat elok lah kita memperingati diri sendiri dan kawan2 yang di kasihi..tapi perlu di ingat aku ni bukan lah pandai menulis, menulis sekadar boleh baca dan orang memahami, nak menulis dengan bahasa yang cantik2 minta maaf memang tak ada seni...


Baik lah untuk hari ini aku mulakan dengan bab wuduk...


WUDUK


Wuduk ada lah satu kewajipan sebelum bersolat..jika tiada wuduk maka tidak sah solat kita...



"wahai org beriman..apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga ke siku dan sapulah kepala kamudian basuhlah kaki kamu sampai kebuku lali" Surah
Al Maidah 5:6


Perkara yang wajib semasa berwuduk


1) niat ...tidak sah wuduk jika tidak d sertai dengan niat


2) membasuh muka , bermula dari atas dahi sampai ke dagu dan dari pasak telinga kanan ke pasak telinga kiri


3) membasuh kedua tangan sampai ke siku


4) mengusap sebahagian rambut


5) membasuh kedua kaki sampai ke buku lali


6) tertib....secara berterusan dan berurutan iaitu melaksanakan wuduk selesai dlm satu waktu tanpa d selangi perbuatan lain

Mungkin ramai di antara kita mengetahui, tapi percaya lah kita ini di ibaratkan batteri yang lemah sentiasa perlu di caj untuk menjadi kuat semula...esok kita pergi ke sunat wuduk.



Jumpa lagi insyaAllah.




Assalamualaikum salam sayang dari ku yang hina...