Wednesday, April 16, 2014

Bercuti ke Jogjakarta

15 Jamadil Akhir 1435H/15 April 2014 (Selasa)

Minggu lepas aku dan suami ku serta anak ketiga ku, pergi bercuti ke Jogjakarta.  Tiket  penerbangan anak ku belanja kami sebagai hadiah ulang tahun perkawinan kami yang ke 36 tahun.  Terima kasih kerana mengingati kami..

Kami sampai pada pukul 12 tengahari dan di sambut oleh tour leader kami Ibu Ratna... beliau di kira berumur orang nya lingkungan 50an sangkaan ku, tetapi rupanya umur nya 60 tahun  Nampak cergas dan sihat...

Beliau terus membawa kami berlima , (aku, suami, anak dan 2 orang kawan yang kami kenal semasa percutian kami di Uzbekistan)...ke Prambanan Temple . Tetapi kami bersolat dulu di tepi kuil tersebut... memang di sediakan tempat bersolat orang islam.  Selepas bersolat kami di bawa masuk ke Prambanan Temple itu... yang di bina pada abad ke Sembilan... memang unik pembinaan nya tapi banyak yang rosak semasa gempa bumi dan letupan gunung Merapi... jadi banyak juga yang tengah di baik pulih ...

                                Tempat kami bersolat sebelum masuk ke Prambanan Temple

                                                              Prambanan Temple

                              Di salah satu  temple .. kebanyakkan hanya tempat ziarah sahaja

Di atas ada sebahagian gambar2 yang di rakam, tempat2 nya hanya lah untuk lawatan tidak ada pemujaan lagi di situ.. Kami ziarah pun atas kesan sejarah bukan meraikan kuil tersebut..

Kemudian kami di bawa jalan2 ke kota Jogjakarta dan singgah ke kilang batik, dan di tunjukkan pada kami bagaimana mereka membuat batik sebelum sampai ke hotel.  Tidak banyak beza nya cara mereka membuat batik dengan  Negara kita. 

                                                              di kilang batik

Bila tiba di hotel kami mandi  dan rasa mahu sahaja kami tidor kerana kepenatan., tapi tour guide berkata bahawa waktu makan malam ada lah pukul 6.30 petang, bermakna tidak banyak masa kami.. Kami tunaikan solat magrib dulu ,waktu solat magrib di sini pada pukul 5.50 petang.  Setelah menunaikan solat magrib dan jamak Isyak kami keluar untuk makan malam .

Kami di bawa ke satu restoran memang sangat cantik bangunan nya dan makanan sangat enak, dan di sebelahan restoran tersebut ada menjual kopi luwak.  Aku rasa semua tahu pasal kopi luwak ni kan, ianya sejenis kopi yang di makan oleh musang dan di keluarkan melalui najis nya..  Mereka kata kopi luwak ini sangat enak.  Aku tak tahu apa hukum nya meminum kopi luwak tapi bagi aku bila dan keluar melalui najis musang (luwak) ni , aku dan kumpulan ku tak ada keinginan hendak minum kopi tersebut.

Setelah makan kami singgah ke kedai yang menjual perak, banyak juga perhiasan2 wanita di situ tapi aku tidak tertarik untuk membelinya.  Anak gadis membeli 2 bentuk cincin dengan harga berpatutan.  Aku mengusik nya, asyik beli cincin sendiri aje bila nak dapat cincin dari orang hehehehe.. Dia kata tak ada siapa pun nak beri pada nya dan tergelak.

                                         Restoran yang di bawa untuk kami makan malam

                                                    Suasana di dalam restoran

musang (luwak) yang di bela

Kami pulang semula ke hotel kami menginap dan bersihkan diri terus tidor kerana waktu subuh di sini sangat awal lebih kurang pukul 4.50 pagi.  Di sini waktu nya lambat 1 jam dari Malaysia. 

Selepas menunaikan solat subuh kami rehat sebentar dan bersiap2 untuk bersarapan pagi pada pukul 6 pagi kerana kami akan berangkat ke Semarang pada pukul 7 pagi.

Kami berangkat pada tepat pukul 7 pagi ke Semarang.  Sepanjang perjalanan banyak tempat yang cantik2 dan indah kami lihat.  Apa yang kami perasan tidak ada hutan kami lalui seperti di Malaysia, yang kami Nampak bangunan dan rumah2 sepanjang perjalanan kami ke Semarang yang memakan masa lebih kurang 3 jam.  Kami  melalui Ungaran Highlands dan Nampak sawah padi dan kawasan hijau.  Sungguh cantik dan nyaman kami rasa. 

Kami singgah di sebuah masjid Al Husain untuk solat dhoha, kerana tidak sempat untuk lakukan di hotel.  Masjid yang agak besar dan tempat2 pelajar untuk belajar juga ilmu ugama dan ada juga anak2 yatim di tempatkan di kawasan masjid itu.


                                                           Masjid Al Husain

                                    suami ku sempat bermesra dengan pelajar2  anak2 yatim di sini


        Pelajar2  sedang bermain sebab ketika itu Indonesia bercuti kerana hari pemilu (pilihanraya)

Selepas bersolat kami teruskan perjalanan kami hingga kami sampai ke Semarang  dan singgah ke "Sam Po Kong" (gedung batu), tempat terbina nya kuil ini kerana mengingati Cheng Ho.  Apa yag aku pernah ziarah di Palembang satu ketika dulu ada masjid yang di namakan masjid Cheng Ho dan kalau tak silap aku di Surabaya pun ada sebuah masjid Cheng Ho, tapi berlainan di sini ianya seperti kuil.  Bila kami masuk cara nya pun macam orang Buddha bersembahyang, dan di hujung di katakana masjid tapi bukan masjid pada fikiran ku, dan yang pelik ada nabi yang bernama china... nauzubillah, bila ku Tanya adakah mereka ni islam , mereka mengaku mereka islam dan rupa paras mereka memang muka Indonesia tulin.  Aku mengeleng kepala sahaja.. mereka semua telah manipulasikan kisah Cheng Ho.  Sedih juga aku rasa Nampak mereka sudah bercanggah akidah mereka terutama Nabi Zheng He ini nauzubillah.  Kerajaan mereka tidak ambil tindakan apa2 pun, malah menjadi tempat "tourist attraction"

 Sebahagian dari bangunan Sam Po Kong
 
                                                     replika perahu Cheng Ho

Kami teruskan perjalanan kami ke Kota Lama Semarang dengan perasaan keliru kerana tidak ku sangka ada puak yang sanggup mengangkatkan Zheng He sebagai nabi.   Di Kota Lama ni ternampak banyak bangunan2 bekas jajahan Belanda.  Kami sempat merakamkan beberapa gambar2 lama dan juga kami masuk ke  Gereja Blenduk, di mana senibina nya agak unik di dalam nya. Lagi sekali aku keliru dengan kegunaan bahasa mereka rumah Allah dan waktu2 ibadat..  Begitu lah di Indonesia, tidak ada perbezaan kegunaan Allah di antara Islam dan Kristian... Bagi ku ianya boleh mengelirukan umat islam terutama generasi muda. Silap2 boleh ramai yang murtad, dan itu lah terjadi di Indonesia. Kita boleh lihat banyak kisah2 orang islam murtad  di Indonesia melalui you tube.

Kami singgah juga di Lawang Sewu bekas bangunan lama jajahan Belanda.  Di situ juga tempat mereka menjatuhkan hukuman bunuh pada rakyat Indonesia dan tempat2 sejarah mereka . 

Pada ku tidak ada apa yang menarik sangat di Semarang ni kecuali kesan2 sejarah sahaja.  Kami pulang dan singgah salah satu masjid di Semarang untuk menunaikan solat zohor dan asar dan teruskan perjalanan kami pulang ke hotel tapi kami singgah sebentar untuk makan durian.  Di tepi jalan banyak durian di jual dan bukan semua nya masak seperti di Malaysia.  Kalau di Malaysia buah durian gugur dan di kutip atau di jual tetapi di sini mereka memetik nya tidak tunggu hingga buah itu gugur ke bawah.  Alhamdulillah kami dapat menikmati buah durian kampong yang enak lemak manis dan tebal tapi isi nya tidak kuning hanya pucat sahaja warna .  Kami  sampai ke hotel dan berehat sebentar  setelah solat magrib baru kami keluar untuk pergi mengurut.  Tour guide bawa kami kerumah urut di mana memang khas untuk mengurut dan spa, tapi kami hanya sempat untuk mengurut dalam satu jam kerana waktu makan dalam pukul 8 malam.

Setelah mengurut kami di bawa ke Restoran masakan China.  Memang enak masakan nya. Tapi apa yang kami perhatikan di Jogjakarta ni setiap waktu makan mesti di selitkan dengan mee goring, selain dari nasi dan lauk pauk.


                                             tempat bermain organ yang unik di gereja Blenduk



                                                     Sebahagian dari bangunan Lawang Sewu



 
Kami singgah di masjid ini dan juga pasentren (pengajian pondok)

 
 
                       Gerai2 durian dan buah durian yang kami makan sebiji 50 ribu rupiah

Di hari ketiga kami di bawa melawat ke Gunung Merapi di sebelah pagi.  Di sini kami rasa sungguh teruja kerana suasana nya agak berlainan tidak terdapat di Negara kita.  Kami di bawa ke Kg. Kai Adem to melihat sendiri Gunung Merapi yang telah meletup pada November 2010.  Walaupun kejadian itu sudah berlalu tapi kesan2 nya masih terdapat di situ.  Kampung2 di sekeliling situ banyak sudah di pindahkan ke perkampungan baru, pokok2 baru nak tumbuh tetapi keindahannya tetap terselah.  Aku tidak tahu bagaimana nak gambarkan keindahan di sekeling nya.  Sungguh indah.  Kami menaiki jeep untuk ke Gunung tersebut.  Sangat adventurous kami rasakan kerana seperti naik roller coaster.  Sakit juga badan kami kerana terhentak2 dalam perjalanan ke situ. Kami menyewa jeep tersebut dengan bayaran 250 ribu rupiah bermakna seorang 50 rupiah bersamaan lebih kurang 15 ringgit Malaysia, dan kami rasakan sangat berbaloi dengan bayaran tersebut.  Kami berada di gunung tersebut lebih kurang 3 jam.  Pemandu yang membawa kami itu sangat bertolak ansur pada kami. Sepatutnya 1 jam sahaja tapi melarat sampai 3 jam.  Kami singgah minum dan makan, bergambar2  sungguh seronok berada di gunung Merapi ini, dan kagum dengan kebesaran Allah.

Keindahan Gunung Merapi

Di atas terdapat batu menyerupai muka manusia
 
Kami begitu terjuja menaiki jeep

Keindahan di lereng2, pokok2 baru nak tumbuh
Rumah peninggalan
 
Ada gerai kami minum kopi yang kaw kaw kopi kental
 
Baik punya landing jeep ni dan terdapat tanah2 yang masih mengeluarkan asap
 
Kenangan paling manis untuk kami ketika menaiki Gunung Merapi ini.  Memang tak dapat di lupakan.   Singgah sebentar di masjid berdekatan kerana suami ku dan kawan2 yang lain belum lagi menunaikan solat dhoha.   Setelah selesai lawatan kami ke Gunung Merapi yang buat kami rasa begitu penat sekali tetapi sangat gembira dan puas kami singgah ke satu restoran untuk makan tengahari dan bersolat di situ sebelum kami teruskan perjalanan kami ke Borubodur.  Tidak banyak nak kami cerita di Borubodur yang di bina pada abad kelapan.  Ianya kuil untuk orang Buddha.  Kami melawat dalam keadaan hujan.   Ianya agak tinggi ada lebih kurang 190 tangga kesemua nya. 
 
                                                               Borubodur dari atas
 

                                                      Pemandangan di sekitar Borubodur
 
Pada hari keempat kami bersiap2 hendak pulang ke Tanah Air, selepas sarapan pagi kami check out dari hotel tempat penginapan kami.   Kami di bawa menziarah Istana Sultan Kraton.  Pada ku tak ada  yang menarik sangat.  Ianya besar dan banyak budaya campuran, Islam, Hindu dan Buddha.. Selepas lawatan kami ke Istana kami di hantar ke Airport, Alhamdulillah kami selamat sampai ke Tanah Air dengan rasa syukur.  Keseluruhan nya bercuti di Jogjakarta amat menyenangkan aku dan rasa selesa, memang berbaloi dengan harga yang kami bayar.
 
 
 
 Sebahagian dari Istana
 
 Taman Sari... ada tiga kolam di situ
di hadapan  untuk anak2, dekat dgn menara tu untuk gundik2
dan di belakang menara untuk isteri
di menara tu tempat sultan berehat dan memerhati kaum keluarga nya
mandi manda di kolam2 ini
Kolam ini di bina dalam 14...
 
 
 
 
 
Sebahagian dari Istana Sultan Kraton
 
 
InsyaaAllah bulan Mei aku dan suami aku akan bercuti ke Acheh dan Pulau Sabang, Indonesia.
 

                                                  Bunga2 merah ni banyak terdapat di Istana

 

Tuesday, April 15, 2014

Hanya gambar2 dari dunia kecil...

15 Jamadil Akhir 1435H/15 April 2014


Assalamualaikum rakan2 ku, ada beberapa keping lagi gambar yang akan ku pamerkan di sini, aku percaya ada di antara nya kita tak pernah lihat, atau mungkin tidak perasan...


                                                         Belalang mungkin?

                                                    Labah2 yang berwarna hijau

                                                      lagi serangga dari spesis belalang

                                                            Jenis bug atau beetle

tak pasti apa nama serangga ini
 
planthopper
 
weevil
 
serangga sejenis penyegat
 
labah
 
spesis labah2 - portia

spesis labah2 berwara oren
 
                                                             ulat bulu

Hanya ini aje koleksi yang dapat ku rakamkan... insyaaAllah lain kali aku cuba cari nama2 serangga nya juga... maklum lah orang baru dalam bidang ni banyak yang harus di pelajari, dari segi fotografi nya, seni nya dan nama2 serangga.  Apa2 pun aku amat teruja melihat kecantikan nya yang berwarna warni Allah ciptakan... Sesungguh nya Allah Maha Besar....

 

Wednesday, April 2, 2014

Hanya gambar2

Rabu 2 Jamadil Akhi 1435H /2hb April 2014

Assalamualaikum para pembaca...

Aku mempunyai hobi yang agak di kira baru 1 tahun umur nya iaitu fotografi... Di blog ini kebanyakkan gambar2 yang aku pamerkan ada lah dari aku sendiri..Aku sangat mengemari mengambil gambar landskap dan juga macro... dan macro ini yang paling aku suka walaupun mengambil agak mencabar.. Bayangkan mengambil gambar binatang yang kecil2 dan pantas... tapi aku puas hati, kerana dengan melihat gambar yang aku ambil, aku lagi kagum dengan kebesaran Allah... begitu teliti Dia jadikan mahkluk kecil ini, sangat cantik, ada yang berwarna warni, terlalu kecil dan pantas bergerak..Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Besar dan Agung...

Gambar2 yang di bawah ini ada lah di antara aku ambil semasa outing bersama kawan2 yang sama hobinya...

Hunstman (sejenis labah) yang tengah bertelur... lihat bagaimana dia menjaga telur nya
Sejenis lantern bug yang jarang di jumpa
Sejenis bug
 Spider hitam
 
Planthopper nymph
 
Spider zebra kot
 
Katydid
Sejenis bug
 
 
Banyak lagi gambar2 yang aku rakamkan, mungkin di entri lain aku akan uploan kan..