Monday, February 6, 2012

Kenali Rasulullah

Assalamualaikum

Sebagai orang Islam kita tau Nabi Muhammad ada lah nabi dan rasul yang terakhir. Banyak kisah duka Rasulullah lalui semasa berdakwah untuk Allah. Kalau bandingkan dugaan yang Rasulullah lalui dengan kita tersangat lah bezanya. Kita sebagai manusia biasa selalu tidak tahan atau tidak sabar pada dugaan yang kita lalui tapi Rasulullah hadapi dengan penuh kesabaran, walaupun di fitnah, baling tahi dan sebagainya. Kalau kita di fitnah atau orang berkata buruk hal kita. Cepat sangat melenting dan menuduh macam2 pula pada orang yg memfitnah atau berkata buruk pada kita. Tak berhenti2 pula kita memfitnah semula pada mereka, tetapi Rasulullah sangat sabar dan boleh buat baik pada orang yang buat jahat pada Baginda. Begitu lah mulia hati Radulullah. Memang Rasulullah manusia yang terpilih. Kita patut jadikan Rasulullah sebagai idola kita untuk menjalani hidup kita yang penuh pancaroba ini.

Untuk mencintai Rasulullah kita mesti mengenali nya. Di bawah ini aku kongsikan biodata Rasulullah secara ringkas yang aku perolehi dari seorang rakan ku. Harap kita mengenali nya dan aku sarankan kita cari buku kisah Rasulullah sebelum Baginda lahirkan hingga Baginda wafat. Memang sedih dan kagum dengan kehebatan Baginda.

BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

1 comment:

IMAM HJ AZIAN BIN MAN said...

ASSALAMUALAIKUM ... MOHON KEBENARAN UNTUK KONGSI ARTIKEL YG BERMANFAAT INI ... BOLEH YE ?