Sunday, February 17, 2013


6 Rabiul akhir 1434H

Assalamualaikum

Hari ini kita ke bab Azan ....

Pengertian dan dasar hukum azan

Dari segi bahasa azan bereti pemberitahuan dari segi syariah pula sesuatu perkataan khusus yang di ungkapkan untuk memberitahu masuknya waktu solat dengan lafas lafas khusus dan cara tertentu...

Dasar hukum nya ditentukan melalui alquran :-

Wahai orang2 beriman...apabila kamu diseru untuk menunaikan soat pada hari jumaat, maka bersegeralah mengingati Allah dan tinggalkan urusan jual beli, yang demikian lebih baik bagi kamu, sekiranya mengetahui. (surah al Jumu' ah 62:9)

Sejarah azan

Azan mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah...antara sebab2 nya ada di riwayatkan dalam beberapa hadis..di antaranya nya seperti berikut

...pada suatu ketika dahulu, kaum muslimin berkumpul dan mengira-gira waktu solat, sebab pada waktu itu tiada orang yang bertugas untuk menyeru solat. Maka pada suatu hari mereka membicarakan tentang hal tersebut. Salah seorang daripada mereka berkata..gunakan loceng untuk menyeru sepertimana orang nasrani lakukan...maka ada sebahagian yang lain menyarankan guna terompet...maka Umar pun berkata ..tidakkah elok jika kamu lantikkan seseorg untuk menyerukan solat? maka Rasulullah SAW pun bersabda " wahai Bilal , berdirilah dan serukan solat...(hadis riwayat Bukhari Muslim)

Ada juga hadis yang menceritakan bagaimana Rasulullah mendapat lafas2 azan melalui mimpi dari Abdullah bin Zaid dan meminta Abdullah mengajar Bilal lafaz 2 tersebut dan apabila Umar mendengar laungan azan tersebut...lalu berkata ..demi tuhan yang telah mengutuskan dengan kebenaran sebenarnya aku juga telah bermimpi sebagaimana itu,,.maka Rasulullah SAW bersabda maka bagi Allah lah segala puji...( hadis ini di riwayatkan Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi),

Keutamaan Azan

Terdapat banyak hadis menerangkan tentang keutamaan azan, di antaranya :-

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda ..jika orang ramai mengetahu ( tentang keutamaan dan pahala) yang terdapat pada azan dan saf pertama, nescaya tidak ada lagi peluang untuk memperolehinya, kecuali dengan cara undian, dan pasti mereka akan mengadakan undian itu dan jika mereka mengetahui erti menyegerakan solat Zohor,pasti mereka akan berlumba2 untuk berbuat demikian. Begitu juga jika mereka mengetahui apa yang terdapat dalam kepentingan solat Isyak dan solat subuh, pasti mereka akan menghadiri sekalipun terpaksa merangkak ...( hadis riwayat Bukhari).

Esok kita akan pergi ke bab syarat Azan dan Muazzin

Selamat bercuti di hujung minggu.

No comments: