Tuesday, December 3, 2013

Dulu dan Sekarang

Pernah terlintas di hati ku,  susahnya  nak hidup sekarang semua nya mahal.  Ya semua nya mahal barang semua naik, macamana nak hidup dalam keadaan sekarang kesian dengan generasi sekarang.

Kalau dulu semasa ku pergi sekolah duit belanja hanya 10sen tapi boleh beli kuih dan air.  Kemudian harga naik sikit demi sikit.  Kalau zaman persekolahan menengah ku, nasi lemak boleh dapat 30 sen tapi sekarang paling simple pun RM1.50.. Masa aku mula2 kerja dulu aku selalu beli nasi lemak di tepi jalan klang sementara menunggu bas ke Subang.  Nasi lemak nya sangat sedap, ku masih ingat lagi lauk yang aku selalu pilih, sambal, telur rebus masak kari dan sambal sotong aku cuma bayar  satu ringgit aje.. tapi sekarang dengan lauk begitu aku kena bayar tiga ringgit.

Kadang2 aku berbual kosong dengan suami ku.. dulu gaji kita kecil tapi dapat juga makan macam sekarang, dapat juga bawa anak2 bercuti seperti sekarang.... tapi sekarang kehidupan kita pun macam tu juga...sepatutnya dengan gaji kita yang lebih dari 30 kali ganda dari dulu kita boleh mewah tapi kita cuma selesa aje dan tak lah banyak simpanan kita seperti kita bayangkan jika kita dapat gaji macam sekarang ni... Suami ku dengan selamba aje berkata senang aje kalau nak simpan banyak2... buat macam dulu pakai kereta kecil dan buruk aje, tak usah beli rumah lagi, tak usah renovate rumah lagi, tak usah pergi bercuti2 di luar Negara, tak usah makan di luar... berguni2 duit awak ada di bank tu katanya...mmm  betul juga katanya.... kita yang pilih cara hidup kita begini, jadi tak usah lah fikir mengapa kita tak boleh simpan banyak seperti di bayangkan. 

Aku juga terfikir, betul juga sejak dari dulu hingga sekarang mana harga barang pernah turun semua nya naik seiringan dengan taraf ekonomi kita..jadi apa yang kita nak hairankan dengan harga barang naik... memang pada hakikat nya harga barang tak pernah turun dari dulu lagi hanya hujan aje yang turun...

Jadi aku tak mahu stress kan diri dengan harga barang naik, baik aku cari jalan bagaimana nak jimat kan perbelanjaan aku...tukar cara kehidupan aku kerana tak lama lagi aku akan memasuki alam persaraan, tidak  ada pendapatan dan aku bukan bekerja dengan kerajaan ada pencen bulanan..

Mulai sekarang aku berubah cara kehidupan aku, sekarang ni aku bekerja kalau sakit aku pergi klinik swasta atau hospital swasta kerana semuanya di bayar oleh syarikat, sekarang aku kena menjinak2kan diri untuk pergi ke hospital kerajaan.. memang tak mampu kalau hospital swasta dengan duit sendiri... buat nya penyakit kita yang memerlukan rawatan yang mahal habis semua duit simpanan KWSP nanti...so pandai2 lah biasakan diri untuk ke klinik swasta.

Aku juga kena pandai melaburkan duit simpanan yang ada pada saluran yang betul...seperti ASB, unit trust, insurans simpanan dan lain2.. jangan lah melabur pada pelaburan yang berisiko tinggi atau yang pelaburan yang kita tak biasa.

Cara penampilan tak perlu berubah asal Nampak kemas dan bersih sudah memadai seperti sekarang, tak perlu barang2 branded... Cara pemakanan pun kena kurangkan pergi ke restoran2 yang mahal, kecuali kalau anak2 nak belanja okay lah...

Pendekata cara kehidupan kita kena berubah...jangan beli barang2 yang kita tak perlu, beli ala kadar sahaja, banyakkan makan di rumah nanti... rasa ini tak ada masalah kerana bila dah tak kerja banyak masa di rumah, elok lah masak sendiri,  jimatkan kegunaan elektrik ini mungkin ada masalah bagi ku, kerana aku  dah biasa dengan kehidupan nyaman dan sejuk air con sentiasa di pasang...aku terpaksa berubah ... demi untuk mengurangkan perbelanjaan rumah... ooh semua nya kena berubah adakah aku boleh lakukan.....insyaaAllah aku cuba dan cuba... kerana aku mesti ingat asal usul ku, aku bukan berasal orang senang...

Allah telah beri kita hidup dengan selesa sentiasa lah kita bersyukur dan sentiasa ingat zaman kita dulu masa kita susah... aku yakin kita boleh berubah insyaaAllah...ramai lagi orang susah dari kita... dan mereka yang memerlukan pertolongan dari kita... aku sentiasa ingat ustaz pernah berkata, rezeki yang Allah beri pada kita bukan untuk kita seorang sahaja, harus di kongsi bersama... jadi apa lah sangat pergorbanan kita untuk berubah ini...


 

No comments: