Sunday, August 29, 2010

Doa pada yang Esa


Dibulan yang mulia ini ku sambut dengan penuh kesyukuran sesungguhnya dapat juga aku jalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini, tahun hadapan entah dapat ketemu lagi atau tidak wallahualam. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Aku berazam menjadikan bulan Ramadan tahun ini menjadi lebih baik lagi dari tahun yang lepas2 insyallah. Sesungguhnya aku di uji dengan pelbagai masalah2 yang aku hadapi di bulan yang mulia ini. Dan aku rasa amat berat, hingga aku rasa begitu stress. Aku cuba hadapi nya dengan tenang dan menyelesaikan masalah2 ini dengan sebaik mungkin insyallah. Aku berpendapat benang yang kusut kita leraikan satu persatu akhirnya akan menjadi lurus semula.... Selain menanganinya aku juga tidak lupa berdoa dan berserah pada Allah. Itu sahaja yang dapat ku lakukan.

Bercakap pasal DOA ini, ingin ku kongsikan apakah itu DOA dan adab2 berdoa.

Maksud doa ialah memohon sesuatu kepada Allah perkara2 yang kita hajati. Manusia sentiasa di suruh berdoa kerana manusia hanya mampu berusaha tetapi yang menentukan hanya Allah.

Firman Allah yang bermaksud :-

Berdoalah kepada Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombong diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina-dina. (Surah al-Ghafir : Ayat 60)

Dengan berdoa dapat merapatkan hubungan antara seorang hamba dengan Penciptanya, dan ianya sebagai saluran untuk memohon sesuatu kepada Allah. Kadang2 kita berputus asa dengan kegagalan yang kita hadapi tetapi dengan berdoa dapat memberi kekuatan pada diri kita, kerana kita tahu Allah yang akan menentukan segala2nya dan ini akan menambahkan ketaqwaan kita pada Allah.

Adab-adab Berdoa
1. Membersihkan dan menyucikan diri daripada segala kekotoran dan najis
2. Suci daripada hadas besar dan hadas kecil
3. Menghadap ke arah kiblat ketika berdoa
4. Berdoa dengan penuh yakin, khusyuk, dan bersungguh-sungguh
5. Mengangkat kedua-dua belah tangan hingga bersententang dengan bahu
6. Di dahului dengan amalan soleh seperti bersedekah, menunaikan solat, dan
beristighfar kepada Allah
7. Mulakan doa dengan kalimah memuji Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW
8. Menyapu muka dengan dua tapak tangan setelah selesai berdoa.

Aku rasa ramai yang tahu adab2 berdoa ini, tetapi kadang2 kita terlupa jadi elok lah kita memperingatkan di antara satu dengan yang lain.

Kadang2 kita terfikir kenapa doa kita tidak di makbulkan Allah. Kita muhasabah diri kita. Ada banyak kemungkinan.... Mungkin pemakanan kita dan pakaian kita dari sumber yang haram, atau kita berdoa dengan hati yang lalai dan dilakukan dengan sambil lewa sahaja dan mungkin kita berdoa dalam keadaan riak, ujub, dan takbur.

Ayuh rakan2 ku, macamana berat pun masalah kita, jangan lah kita berhenti berdoa, kerana Allah sahaja yang mengetahui hikmah musibah yang berlaku pada kita dan denganNya lah kita memohon. Bagiku aku tidak akan berhenti berdoa kerana aku tau aku hamba yang lemah dan memerlukan kekuatan dari Allah untuk aku hadapi dan atasi masalah masalah aku.

1 comment:

MisY said...

doa itu satu senjata....