Monday, November 28, 2011

Cinta zaman sekarang



Sekali ini entri ku agak lain dari yang sudah2..aku selit sebuah lagu yang amat menyentuh jiwa ku dan menghela nafas ku memikirkan nasib2 wanita dan remaja zaman sekarang.

Cuba perhatikan dan hayati lirik lagu ni....ianya mengisahkan seorang wanita yang telah di tinggalkan. Lelaki ini memujuk untuk melupakan nya. Senang ya seorang lelaki meninggalkan seorang wanita yang telah di tiduri. Walau ianya hanya sebuah lagu tapi itu lah keadaan sekarang percaya pada seks sebelum berkawin...Sudah terang Islam melarang kita berzina tetapi ramai di kalangan kita sekarang melakukan perzinaan...ini tidak berlaku pada remaja sahaja malah semakin menular pada para isteri2 dan suami2 orang..Alangkah sedih ya berlaku di masyarakat kita...

Tidak kah kita wanita sedar jika kita senang menyerah diri kita kepada lelaki sebelum bernikah, percaya lah lelaki itu dengan mudah akan meninggalkan kita...kerana mereka rasa kita tidak tahu menjaga kehormatan kita...aku seru pada semua wanita dan para pembaca jaga lah kehormatan kita sebagai anak gadis, isteri orang dan sebagai janda...lelaki sekarang tidak sama dengan lelaki dahulu...jangan terpedaya dengan pujuk rayu mereka...semua ada lah tipu daya mereka menawan hati kita kaum wanita...cuba hayati semula lagu camelia ini....dan muhasabah diri...

Aku menulis ini kerana perkara begini sudah seolah2 menjadi kebiasaan di zaman sekarang..almaklum lah senang kita nak berhubung di alam maya...macam2 boleh berlaku...kita wanita mesti sedar akan kejadian begini boleh berlaku pada kita, anak2 kita, adik2 kita saudara2 kita...sesama lah kita mengingati antara satu sama yang lain...

Takuti lah hukum Allah, seronok dan keindahan bercinta hanya sebentar tapi perasaan merana diri memakan masa untuk di hilangkan...apatah lagi hukuman menanti di akhirat jika kita tidak sempat bertaubat...

Semoga kita, keluarga kita, anak2 dan adik2 kita serta sanak saudara dan juga semua kaum muslimah selamat dari pancaroba ini ...amin..

3 comments:

azieazah said...

Sush nak cari lelaki yang sanggup bertanggungjawab selepas zina.

Rata-rata, lelaki nak cari perempuan yang baik lagi suci buat isteri.

“Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.”

MisY said...

itu belum lagi kes cinta sejenis, lagi parah! nauzubillah....

Sharifah Hamidah said...

sekarang ni mcm2 lah...nauzubillah...minta2 jgn lah jadi pd keluarga kita