Sunday, November 6, 2011

Harapan orang tua...

Pada tahun ini memang ku rasa suami ku selalu sakit dan agak teruk juga kadang2 tak boleh bangun atau jalan terhinjut2 kerana kesakitan di kaki dan pehanya baru pulih dari sakit sekarang sakit di tengkuk dan sebelah bahu dan tangan nya sakit hingga dia tidak boleh tidur malam. Kesian pula aku melihatnya, kadangkala menitis air mata ku melihat dia kesakitan, bayangkan lah selama berpuluh2 tahun kami mengharungi hidup bersama2 banyak pahit getir telah kami lalui tapi bila dia sakit aku tidak dapat tanggung bersama2 hanya simpati dan menjagai nya yang dapat ku lakukan seperti membelainya dengan mesra dengan kasih sayang. Walaubagaimana pun keadaan nya sudah reda tapi tidak lah pulih, menurut kata doktor penyakit yang suami ku lalui ini banyak berlaku pada umur2 macam kami dan ianya tidak boleh pulih hanya boleh mengawal nya sahaja. Ianya akan bersama hingga akhir hayat. Bila kami mendengar nya kami redho kerana kami tahu kami telah di mamah usia. Penyakit yang tidak merbahaya tetapi membuat pesakit nya sentiasa tidak selesa. Tak apa lah ini semua kaffarah mencuci dosa2 yang kita lakukan, ku berharap begitulah.

Dan sekarang aku pun sudah mula merasai badan2 ku juga di mamah usia. Bila hendak bangun tidor amat lah sukar kerana sakit di belakang ku..ku teringat kata rakan ku yang mengalami seperti ku juga...dan kami berkata kita ni dah tua .....badan2 sudah mula tidak selesa dan rasa sakit sana sini...dan lagi satu aku perasan kadang2 bila berbual dengan orang seangkatan ku atau yang lebih tua ada yang telah lupa2 sedikit....tidak berapa ingat...semoga aku tidak mengalaminya, ku berharap dengan penuh harapan...

Dari luar aku memang nampak sihat dan cergas tetapi aku sudah mula mengalami kehidupan tidak selesa sebelah malam namun aku bersyukur kerana masih dapat menjalani kehidupan seperti biasa...mungkin Allah memberi nya agar ku berjaga malam untuk bermunajat dengan Nya...aku befikiran positif begitu lah agak2 nya dan aku cuba lakukan seberapa boleh walaupun pun ada huruf "M" atau malas pada diriku...:-)

Bila ku terjaga selalu ku lihat suami pun resah juga..sama lah kami buat apa yang patut untuk menyukuri apa yang kami ada dan telah kami lalui selama ni....dan memohon dari Allah agar beri kami ketenangan dan keberkatan pada kami untuk kami menjalani sisa2 hidup kami ini....

Pagi tadi kami pergi solat Aidil Adha bersama2...ku bertakbir bersama2 dengan jemaah lain tiba2 air mata ku terus jatuh berderai2 tak tahan menanggung kesedihan dan sayu serta syahdu...terasa bertapa kerdil nya aku di sisi Allah yang Maha Besar....dan aku tidak tahu samaada ini ada lah tahun terakhir aku dapat bersolat raya wallaualam....

Wahai rakan2 ku yang masih muda, beringat lah sebelum tua, bersolat lah sebelum kita di solatkan, beribadat seolah2 kita akan mati esok dan bekerja mencari rezeki seolah2 kita akan hidup 1000 tahun lagi.

Sentiasa lah kita melakukan kewajipan kita pada Allah dan buat lah pelaburan di akhirat sebanyak mungkin agar hidup kita di alam fana ini di berkati Allah...perbanyakkan ibadat kita semasa muda dan sihat kerana kita tidak tahu apa akan berlaku di akan datang.....lihat lah diri ku baru melebih setengah abad telah mula rasa sakit2 walaupun aku bersikap positif tetapi banyak mana lah aku boleh melakukan ibadat seperti orang muda....

Yang pasti aku jangan berhenti mengharap dari Allah memberi kesihatan yang baik pada kami suami isteri.

Salam

No comments: