Monday, December 28, 2009

MENGUMPAT



"Hai orang-orang yang beriman jauhi lah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu ada dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi penyayang"


Surah Al-Hujarat 49: Ayat 12

Kita renungi ayat tersebut dan aku yakin hari2 kita lakukan , kita mengumpat rakan2, kaum keluarga kita, kerana ketidakpuasan atau sebagainya, aku pun tak terkecuali, sebagai manusia yang lemah aku pun tidak mampu mengelakkan diriku dari melakukanya.

Aku muhasabah diriku tidak kah aku rasa takut? Aku amat takut dengan perbuatan ini tetapi kadang2 tanpa aku sedari aku lakukan juga. Itu lah kadang2 berdiam diri lebih baik dari bercakap2 dan akan meleret2 hingga tanpa kita sedari kita mengumpat seseorang!!!! Apa tah lagi kita ada 'sparing partner' untuk menambah asam garam, atau "nasi tambah" lagi laju lah kita mengumpat. Aduh tidak kah kita sedari kita telah melakukan dosa2 dan ianya seperti kita memakan daging saudara kita sendiri. Ya Allah jauhi lah kita dengan perbuatan ini.

Aku rasa bila kita ada perasaan tidak kepuasan dengan rakan kita, atau kaum keluarga kita elok lah kita berdiam diri dengan berzikir sahaja dan jadikan perbuatan nya sebagai iktibar untuk diri kita. Itu lebih baik. Senang cakap, tapi amat susah kita nak elak kerana suasana sekeliling kita berkeadaan begitu. Aku pernah di tegur oleh seseorang akan perbuatan ku walaupun pada mula aku bercerita untuk menagih simpati darinya tetapi dengan tegurannya, aku seperti tersentak dari tidor ku dan sedar itu adalah perbuatan yang sesia dan berdosa, jadi dengan itu aku berusaha melatihkan diriku agar tidak mahu berkata keburukan sesiapa walaupun kadangakala hati kecil amat sakit hati dan geram!! Aku amat berterima kasih pada nya kerana menyedarkan aku!!

Ayuh, sempena Maal Hijrah dan tahun baru ini sematkan azam pada diri kita, kurangkan perbuatan mengumpat dan mengata keburukan orang lain seterusnya buangkan perbuatan itu, tetapi perbaiki diri kita untuk kejayaan didunia dan juga diakhirat. Semoga hidup kita semua di berkati Allah. Ameen.

1 comment:

YantiArshad said...

salam,

perkara paling mudah untuk dielakkan dan paling senang pula kita lupa untuk elakkan.