Tuesday, September 14, 2010

IMAN DI HATI ORANG2 YANG BERIMAN

Ku petik dari kata2 orang yang bijak lagi alim untuk kita renungi bersama :-

Iman di dalam hati orang orang yang beriman itu ibarat pohon yang mempunyai tujuh dahan : -

1) Dahan yang berpangkal di dalam hati, dan buahnya adalah kemahuan yang sihat/benar

2) Dahan yang berpangkal pada ucapan, dan buahnya adalah suka bercakap yang baik2
dan berdakwah ke jalan Allah

3) Dahan yang berpangkal di kedua kakinya, dan buahnya ialah suka mendatangi solat
berjemaah

4) Dahan yang berpangkal dikedua tangannya, dan buahnya adalah suka memberi sedekah

5) Dahan yang berpangkal di kedua matanya, dan buahnya adalah melihat kepada
kejadian-kejadian yang memilukan sebagai teladan

6) Dahan yang berpangkal pada perutnya, dan buahnya adalah memakan makanan yang halal
serta meninggalkan yang ragu-ragu

7) Dahan yang berpangkal pada jiwanya, dan buahnya adalah meninggalkan nafsu

Semoga kita memiliki pohon yang mempunyai 7 dahan ini....

2 comments:

Yanti Arshad said...

mudah-mudahan kita memperolehi dahan2 itu...

nurdia said...

salam sis... salam lebaran... moga kita jua mempunyai dahan2 sedemikian...