Saturday, September 17, 2011

Solat Berjamaah

Dahulunya aku sering di tegur oleh guru ku kerana aku selalu solat bersendirian tidak menitik beratkan solat berjamaah, dan aku amat rimas jika dia selalu mengingatikan pada diri ku bertapa rugi nya jika kita tidak berjamaah.. rasa aku perempuan tidak perlu lah berjamaah. Rupa nya aku silap....memang betul orang kata sentiasa lah mendengar nasihat guru....solat berjamaah ini banyak hikmah nya.....dan aku ada terjumpa salah satu hadis bab solat berjamaah yang bermaksud :-

Daripada Abdullah ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : Solat berjamaah lebih utama daripada solat seorang diri dengan perbezaan dua puluh tujuh darjat (pahala)"

Bukan pahala yang aku kejari, tetapi aku lakukan kerana Allah, dan aku dapati bila kita berjamaah banyak hikmah dan keistimewaannya. Dengan berjamaah juga melahirkan rasa keharmonian diantara kaum muslimin, hati bersatu padu dalam naungan ibadah yang paling mulia ini.... Orang besar dan orang kecil berdiri sejajar, orang kaya dan orang miskin pun berdiri sama tanpa mengira harta kekayaan mereka dan pangkat. Selain dari itu ianya mengandungi makna pesatuan, latihan menyelesaikan satu tugasan secara gotong royong serta melatih disiplin di bawah pimpinan seorang ketua (imam). Solat berjamaah ada lah sunat muaakad..

Dari pengalaman aku sendiri setelah sentiasa aku melakukan solat berjamaah....memang betul banyak hikmah nya yang telah ku kecapi...

Oleh kerana pejabat aku sangat berdekatan dengan masjid aku selalu berjamaah di masjid dan kadangkala kerana hujan atau sibuk aku berjamaah di pejabat sahaja bersama staff2 aku....Aku seorang wanita jadi salah seorang staff lelaki aku akan menjadi imam....di sinilah aku mula merasa aku tidak mempunyai apa2pun kelebihan melainkan aku di amanahkan melakukan tanggungjawab ku sebagai ketua...tidak ada perasaan ego aku dengan staff2 aku...dan tidak secara langsung menaikkan rasa keyakinan diri pada staff2 aku...mereka tidak teragak2 dan takut memberi pendapat mereka dan aku juga boleh menerima pendapat mereka dengan senang jika ianya baik untuk syarikat....kami semakin akrab, bersatu hati....dan sama2 kami renangi dan tangani masalah2 yang kami hadapi...(aku tidak keseorangan di dalam hal ini) dan aku dapati staff turnover ku amat rendah.....

Bila kita mahu berjamaah bermakna kita bersolat tepat pada waktu nya....aku berhenti sekejap kerja2 yang sedang di lakukan bila mendengar azan dan begitu dengan staff2 ku bagi melakukan solat bersama2 atau pergi ke masjid....tidak secara langsung memperbaiki disiplin kami...

Memang betul banyak hikmahnya bila kita melakukan solat berjamaah...kalau tidak percaya cuba lah dari sekarang insyaAllah anda semua mendapat menikmati hikmah nya...kalau kita wanita kita boleh berjamaah dengan wanita jika tidak ada orang lelaki di situ...aku juga pernah menjadi imam jika ketiadaan lelaki di sekeliling ku.....pendekkata cuba hindari dari bersolat berseorangan....

Lebih baik kalau semua kebaikan yang kita lakukan oleh kita disembunyikan tidak di ketahui oleh orang lain tetapi adakala elok kita kongsikan bersama untuk renungan atau untuk kita jadikan satu pengajaran... bukan niat aku untuk berceritakan kebaikan ku atau kebaikan pengalaman ku...tetapi untuk aku berkongsi bersama dan bersama2 lah kita melakukan nya untuk mendapat keredhaan Allah.....hanya Allah maha mengetahui...aku
takut dengan riya' semoga Allah mengetahui isi hati ku....

Oleh itu rakan2 ku, adik2 ku, anak2 ku mari lah kita lakukan solat berjamaah kerana banyak hikmah kita dapati dari melakukannya selain mendapat keredhaan Allah....tidak rugi melakukan nya insyaAllah....Memang Rasulullah menekan kita melakukan solat berjemaah.....terdapat banyak hadis mengenai nya....selainkan hadis yang tersebut di atas...

No comments: