Thursday, August 16, 2012

Ramadan akan pergi...syawal akan menjelma

Ramadan sudah berada di penghujungnya...aku rasa masa berlalu begitu cepat...harap Allah menerima segala ibadah kita...

Kalau dulu masa muda2 aku sentiasa menantikan hari raya tetapi sekarang terbalik pula ku rasa...aku rasa sayu  meninggalkan ramadan kerana aku tak pasti samada aku akan ketemu semula ramadan di akan datang....

Tahun ini kami suami isteri banyak berbuka di rumah dan suami selalu meminta ku memasak.  Aku masak apa sahaja yang di pinta....tanpa aku rasa penat kerana seperti aku kata tadi kami tidak tahu bertemu semula di Ramadan akan datang....jadi aku buat apa yang terbaik untuk diriku dan suami ku...Aku gembira bila aku masak dia sangat sukakan nya kadang2 minta di ulangi masakan tersebut untuk hari2 berikut...tak kira lah kerana permintaan suami ku, aku masak semula masakan tersebut....

Kebanyakkan harinya kami berdua sahaja berbuka cuma kadangkala anak2 ada datang di hujung minggu.....

Apa yang membuat kami suami isteri berasa sedih nya ialah bila malam kami akan rasa kehilangan nya....tiap2 hari sekarang ni kami akan pergi ke masjid untuk qiam.  Bangun seawal 2 pagi dan bersiap2 untuk ke masjid...Berdua2an kami keluar rumah dan pergi ke parking kereta.... kami terasa ketenangan di sekeliling...sungguh indah nya waktu malam ini dengan bulan kelihatan di langit yang tampak tenang, tidak terlalu gelap kerana di cahayai oleh bulan dan bintang2.....oooh sungguh indah hening malam ini....kami akan rasa kehilangan ini....kerana di waktu biasa memang tak ada aktiviti qiam di masjid...

Sesungguhnya kami berharap suasana begini sentiasa berterusan tetapi sayang ianya hanya berlaku pada bulan Ramadan....begitu lah istimewa nya Ramadan....

Tak berapa hari sahaja syawal akan menjelma yang membuat aku semakin sayu kerana Ramadan akan pergi dan juga mengingati ibu bapa ku yang sudah meninggalkan dunia yang fana ini...alfatihah untuk mereka....

Insyaallah Ramadan kalau panjang umur kita akan bertemu lagi...Semoga Allah memberkati kita semua dan terima amalan kita sepanjang Ramadan ini...

Akhir nya ...sama2 lah kita meraikan hari raya ini dengan keadaan kesederhanaan dan ziarah menziarahi kaum keluarga kita yang masih ada...oh ya aku mungkin balik ke Kedah kerana sudah agak lama tidak berjumpa keluarga di sebelah suami...dan aku rasa teruja bila adik beradik suami ku akan buat perjumpaan semula...keluarga suami ku agak ramai kalau semua nya berkumpul mungkin ada dalam 80 ke 100 orang...dan bayangkan lah bertapa meriah ketika itu......

Akhirkata sementara masih di bulan Ramadan ini kita perbanyakkan ibadah kita terutama di waktu malam........



No comments: