Tuesday, September 10, 2013

Bercuti - Uzbekistan Bahagian 2


4 Zulkaedah 1434H/10 September 2013


Setelah makan malam di hari pertama, kami beredar dan mengucapkan ribuan terima kasih pada tuan rumah dan ada yang sempat bergambar dengan mereka.  Ketika itu lebih kurang pukul 9 malam waktu Tahskent... sampai sahaja di Hotel kami bersihkan diri terus bersolat dan tidor.  Mata memang betul2 mengantuk, kalau di ikutkan waktu Malaysia lebih kurang pukul 12 malam, memang waktu tidor.
 
Pukul 3 pagi aku dah terjaga masih rasa waktu Malaysia.  Aku mandi dan bersolat sementara menunggu subuh lebih kurang pukul 4.30 pagi...... Banyak masa sementara menunggu  waktu sarapan..... kemaskan beg untuk berangkat dan banyak yang dapat aku lakukan kerana waktu sarapan hanya pukul 7 pagi.
 
Waktu bersarapan kami makan ramai2 dan berbual2.  Semua orang Nampak relax dan ceria.  Aku makan 2 biji telur rebus, sedikit nasi dan  sos kacang kuda... aku ingat bake beans tapi rupanya sos merah kacang kuda...enak juga.  Yang lain aku tak sentuh kerana sedikit kecewa mereka ada hidangkan bacons yang tak halal.  Negara yang hampir semua nya islam tetapi tak dapat kawal  makanan tak halal di hotel mereka.  Orang Islam di Uzbekistan mewakili 93%.  Yang lain seperti Christian, Yahudi hanya lah minoriti.
 
 
Tepat pukul 8 pagi kami berangkat ke Bukhara dengan menaiki Bas semalam di mulakan dengan bacaan doa..  Sepanjang jalan kami berbual2 dan juga bergurau senda dan dapat sedikit penerangan dari Pemandu Pelancung kami.  Kami berhenti di Karavan Saray salah satu laluan sutera dan mengintai2 pemandangan di situ.. ternyata Uzbekistan ada lah Negara padang pasir.
 
Perjalanan ke Bukhara mengambil masa yang lama juga dan kami banyak menyinggah satu tempat ke satu tempat di antara nya ladang kapas.
 
Sungguh luas ladang kapas yang kami singgah.  kami, semua nya teruja melihat nya.  Memang kesemua dari kami tidak pernah melihat pokok dan ladang kapas.  Sudah semesti nya kami teruja.  Pemandu Pelancung sempat juga bercerita sejarah Ladang Kapas... Kapas ada lah pengeluar pertanian  yang utama untuk Uzbekistan semasa jajahan Soviet.  Mereka memaksa ramai wanita berladang untuk menjadikan kapas sebagai pendapatan yang penting untuk Negara Soviet.  Kerajaan Soviet menyediakan tempat untuk menjaga anak2 kecil bila wanita2 Uzbekistan bekerja di ladang.  Begitu lah kira2 nya.
 
Dan pemandu pelancung terangkan kesemua pokok kapas ini ada kegunaan nya, seperti kapas di buat kain, biji nya di ambil minyak, untuk di masak, hampas nya di bagi makan lembu dan kambing dan batang nya di buat kuih... terbayang aku pokok kelapa di Negara kita... semua yang ada di pokok kelapa boleh di gunakan.
 
Dalam perjalanan banyak yang di ceritakan oleh pemandu pelancung, ternyata dia banyak beri kami informasi mengenai Uzbekistan... seperti hari kemerdekaan mereka jatuh pada 1 September dan Negara kita 31 Ogos.  Jadi kami sama2 meraikan hari kemerdekaan dalam bas dengan laungan MERDEKA.. seperti ku katakan beliau memang pandai berbahasa melayu.
 
Negara mereka mendapat kemerdekaan pada 1hb September 1991 bermakna tahun ini mereka menyambut kemerdekaan ke 22 tahun.  Sebelum Soviet jajah Negara mereka terdapat 7 ribu masjid tetapi hilang semasa pemerintahan soviet.  Bila merdeka kerajaan mula pulihkan sejarah dan pulihkan masjid sedikit demi sedikit.  Usbekistan terletak di antara 2 sungei iaitu  Syrdarya dan sungei Amudarya.  Kami berhenti sebentar untuk makan samosa di Jizza.  Ku dok bayangkan samosa seperti kita rupa nya bukan ianya seolah kuih pau yang bulat tapi di bakar dalam tempayan dan dalam nya ada inti kambing.  Sangat sedap dan sihat tidak ada minyak.
 
Kami sempat bertanya dengan Pemandu Pelancung kami, bagaimana mereka dapat kemerdekaan adakah dengan pertumpahan darah.  Dia menerangkan tidak dengan cara damai.  Aku pun hairan juga bagaimana Soviet Union boleh lepas begitu sahaja, sedangkan Negara ini kaya dengan emas dan minyak.. Dia kata ketika itu Soviet Union menghadapi banyak masalah, jadi mereka lepaskan banyak Negara seperti Uzbekistan.
 
Kami teruskan perjalan untuk sampai ke Bukhara..... untuk bersolat di masjid Imam Bukhari... banyak cerita akan di ceritakan kisah Makam Imam Bukhari. 
 


Duit mereka di panggil cym (kita sebut som) kita jutawan di sana
 
 
sebahagian pemandangan dalam perjalanan ke Bukhara
 
Gunung ganang yang kami lalui
 
 

 
Ini samosa yang ku katakan mereka bakar dalam tempayan
 
 
Di sana mereka suka makan di tempat terbuka...seperti bawah pokok
waktu makan tengahari
 
 
 
 
Masjid dan makam imam Bukhari
 
 
Nanti akan ku ceritakan keindahan makam dan masjid Imam Bukhari dan bagaimana mereka boleh terjumpa makam ini insyaaAllah.
 

 

No comments: