Monday, March 27, 2017

RAHSIA AL QURAN


Assalamualaikum
Satu hari satu ayat

وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ ٱلَّذِينَ ٱعْتَدَوْا۟ مِنكُمْ فِى ٱلسَّبْتِ فَقُلْنَا لَهُمْ كُونُوا۟ قِرَدَةً خَٰسِـِٔينَ ﴿٦٥﴾؅

65. Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".
(2:65) Al Baqarah : 65

Rahsia nya

Ayat ini di turun masa rasulullah di Madina..untuk memberi tahu kaum Bani Israel kerana hanya Bani Israel sahaja yg tahu cerita ini... kerana kaum Bani Israel tidak percaya Muhamad seorang nabi walaupun benar.
Seorang yahudi yang bernama Abdullah bin Salam apabila ternampak Rasulullah secara jarak jauh percaya Rasulullah seorg yg benar dan jujur ... bila berjumpa Rasulullah dia terus bertanya 3 seolan :-

1. Apa itu makanan yg pertama pd ahli syurga
2. Apa tanda2 yg terakhir pd akhir zaman pd hari kiamat
3. Mcmana org kawin dpt anak lelaki dan perempuan
Jibril memberi tahu Nabi Muhamad dan terus Rasulullah menjawab pada Abdullah bin Salam :-

1. Hati ikan
2. Api keluar dari bumi
3. Klu air mani seorg lelaki sampai ke telur perempuan dulu rahim maka anak lelaki, begitu lah sebaliknya

‎وَلَقَدْ makna nya sesungguh nya ( pasti ) Rasulullah tahu
Rasulullah beri tahu satu cerita, rahsia di mana Bani Israel tak mahu org lain tahu dan percaya pd rasulullah .. wlupun Bani Israel tahu rasulullah itu benar
Apabila Abdullah bin Salam mendengar jawapan dari Rasulullah terus dia mengucap shahadah dan memeluk islam.. perlu kita ketahui Abdullah Bin Salam ini ada lah orang penting atau terkemuka pada kaum Bani Israel (yahudi)... Orang Yahudi mmg memuji Abdullah bin Salam tetapi bila mengetahui beliau telah memeluk islam terus kaum Bani Israel mengeji beliau, memburukkan beliau... begitu lah sikap kaum Bani Israel...

Sekarang kita berbalik cerita zaman Nabi Musa

Bani Istael bertanya pada Musa ... wahai Musa kami mahu Musa pilih satu hari untuk menyembah Allah shj... tak mahu ingat dunia langsung... Musa kata hari Jumaat..mengapa hari jumaat Musa kata hari jumaat hari yg mulia tetapi mereka tidak percaya, mereka berkata Allah telah cipta bumi dan langit ada lah 6 hari... dan hari keenam itu ada lah hari sabtu... mereka pilih hari sabtu.
Masa itu Bani Israel tinggal dlm kg besar dekat dgn laut merah. Mereka mencari rezeki dgn menangkap ikan . Musa berkata hari sabtu cuti, jgn buat kerja hanya sembah Allah... tp Allah menguji mrk pd hari sabtu.

‎وَسْـَٔلْهُمْ عَنِ ٱلْقَرْيَةِ ٱلَّتِى كَانَتْ حَاضِرَةَ ٱلْبَحْرِ إِذْ يَعْدُونَ فِى ٱلسَّبْتِ إِذْ تَأْتِيهِمْ حِيتَانُهُمْ يَوْمَ سَبْتِهِمْ شُرَّعًا وَيَوْمَ لَا يَسْبِتُونَ ۙ لَا تَأْتِيهِمْ ۚ كَذَٰلِكَ نَبْلُوهُم بِمَا كَانُوا۟ يَفْسُقُونَ ﴿١٦٣﴾؅

163. Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik. (7:163) Al A'araf : 163
Tempat tidak penting, tetapi ambil pelajaran dari ayat ini..
Bani Israel bangun pagi sabtu nampak ikan2 itu sangat banyak... Bani Israel fikir nak ambil ikan tp takut pd Allah ... mereka tahu seksa terus pd mereka.. Mereka tangkap ikan dgn cara muslihat mereka seperti menipu Allah... ketika itu Bani Israel telah berpecah 3 golongan

1. Berani melanggar perintah Allah
2. Tak mahu ikut golongan pertama dan nasihat
3. Tak tangkap ikan tak bagi nasihat
Golongan pertama mengata Musa menipu mereka sebab tak ada seksaan bila melanggar perintah Allah.
Kaum Bani Israel telah membuat pagar di antara golongan yang ingkar dan taat perintah Allah...
Selepas golongan pertama mengatakan Nabi Musa menipu, mereka seperti biasa seolah2 tak ada apa yang berlaku dan tak ada perasaan takut, mereka tidor seperti biasa tetapi pada keesokan hari nya, golongan kedua tidak mendengar apa2 berita dari golongan senyap sepi sahaja, lalu mereka pergi dan lihat apa yang terjadi mengapa mereka senyap sahaja , alangkah terkejut mereka, golongan yang pertama tadi telah berubah rupa menjadi monyet..

‎وَإِذْ قَالَتْ أُمَّةٌ مِّنْهُمْ لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا ۙ ٱللَّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا ۖ قَالُوا۟ مَعْذِرَةً إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ ﴿١٦٤﴾؅

164. Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa". (7:164) Al A'raf 164

Ayat ini bercerita tentang kumpulan ketiga, bercakap pd kumpulan yg kedua ... kumpulan kedua bercakap kita tak boleh berdiam diri kerana mereka buat maksiat, sedangkan kita bertaqwa pd Allah... tetapi kumpulan ketiga berkata mereka dah lama buat begitu seksa tak turun pun. Yang sebenar Allah beri peluang pada mereka bertaubat , Allah tahu apa mrk buat tetapi masih bg peluang.
Allah tidak sebut golongan yang ketiga itu, suruh kita berfikir :-

‎قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ ٱللَّهِ ۚ مَن لَّعَنَهُ ٱللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ ٱلْقِرَدَةَ وَٱلْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ ٱلطَّٰغُوتَ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ ﴿٦٠﴾؅

60. Katakanlah: "Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul". (5:60) Maeda : 60
Bani Israel melanggar perintah Allah tak dpt sifat manusia mrk ikut hawa nafsu lalu menjadi monyet dan babi yg hina ...
Bani Israel sudah bertukar menjadi monyet dan babi mereka tak boleh makan, minum, berkawin selama 3 hari sahaja kemudian mereka mati.
Ayat2 di atas bukan hanya untuk Bani Israel sahaja tetapi untuk kita renungkan dan berfikir menjadikan iktibar.. Taat perintah Allah dan jauhi larangan Nya.

No comments: