Friday, March 5, 2010

MEMBACA

Tabiat membaca sangat kurang dari kalangan kita terutama wanita kerana tugasan harian yang berat selain menjadi suri rumah dan ada dikalangan kita juga bekerja. Ramai diantara kita tidak suka membaca, mereka lebih suka menonton TV and berbual bual kosong. Biarpun ada juga rancangan TV yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan, tapi bagi ku lebih menafaat lagi kalau di tambah dengan membaca.
Janganlah biarkan tugas rumahtangga dan tanggung jawab sebagai ibu dan isteri menghalang kita dari membaca, kerana membaca itu adalah sumber yang dapat menyegarkan jiwa dan ilmu, kerana dengan kita berilmu boleh menambahkan keimanan kita.
Tapi kita harus bijak memilih bahan bacaan kita, jangan lah ambil borong apa yang kita baca. Bahan bacaan yang sangat di galakkan kita membaca ada lah seperti buku2 ugama, kesihatan dan buku2 ilmiah dan majalah2 yang boleh mendatangkan dan meluaskan ilmu.
Ayuh kawan2 ku, adik2 ku, luangkan masa kita untuk membaca agar kita tidak ketinggalan dari kehidupan dunia dan akhirat. Pandailah kita menjadualkan harian kita dan selitkan lah satu masa untuk membaca. Menjadi wanita muslimah mestilah lengkap diri dengan ilmu pengetahuan agar kita boleh berfikir dan memberi pandangan pada keluarga, dan tidak keterlaluan juga aku katakan kita boleh menyuarakan pendapat kita pada masyarakat. Jika kita berilmu, kita di pandang mulia dan dihormati. Ingat lah kejayaan seorang anak adalah bimbingan dari seorang ibu yang berilmu dan beriman!
Sifat suka membaca ada lah salah satu sifat keperibadian seorang Muslimah!

3 comments:

Yanti Arshad said...

kak midah,

sy pernah tanya kawan my doter,

"Cita-cita Nad nak jadi apa?"

Dia jawab" "Nak jadi mcm auntie, intelligent hwife."

"Lar, belajar pandai2 takkan nak jadi hwife."

Then dia kata, "Walaupun auntie hwife, auntie tahu macam2, mengalahkan working mom. I want to be like you"

I was touched, kak midah. Sebab sejak i pegang title fulltime h/w, i rasa rendah diri sgt.

Kalau org tanya "u kerja apa?" I tak tau nak cakap apa.... serba-salah...

hamidah said...

Yanti

Jangan rasa rendah diri by being a housewife. As I wrote kejayaan seorang anak ada lah kerana bimbingan dan didikan dari seorang ibu yang bijak. So kawan dotter yanti ada lah budak yang bijak as she knows how to appreciate and adore you.

Yang sebenar nya semua wanita suka menjadi housewife jaga keluarga, didik anak2 tetapi kadang2 keadaan tidak mengizinkan kerana tuntutan ekonomi yang kurang, tak stable dan sebagainya.

Untuk menjadi bijak dan information always updated kena lah banyak membaca walaupun seorang housewife dan sibuk macamana pun.

So Yanti be proud of yourself and see what u have done to your family!! They adore you.

Seri-Serodja said...

betul

kami working wife sangat cemburu kekuatan jiwa kamu menjadi fulltime housewife