Friday, January 7, 2011

SEGERAKAN SOLAT PADA AWAL WAKTU


Tak dapat di nafikan kita hidup di dunia ini sentiasa sibuk, sibuk dengan anak2, sibuk dengan melayan suami atau isteri, dan sibuk dengan kerja yang di amanahkan. Aku pun tak terkecuali daripada pagi hingga lah kemalam sentiasa sibuk. Aku pun tak tahu mengapa lah hidup di dunia ini sentiasa sibuk.

Tetapi jangan lah dengan kesibukan kita ini, kita lupa dengan kewajipan kita dengan tuhan. Selalu nya kita sentiasa lalai menyegerakan solat. Kadang2 kita boleh bersolat macam orang kata "2 dalam 1" seperti solat zohor di lewatkan dan buat hampir waktu asar....dan lepas itu kita sibuk juga lagi....

Kita lupa apa yang kita perolehi ada lah kurniaan tuhan tetapi kita lalai serta ingkar menyahut perintahNya. Bertapa bongkak nya kita...Aku tak kata orang lain aku kata diriku ini...bertapa nya aku manusia tidak tahu berterima kasih pada Allah kerana sentiasa utamakan perintah manusia dari perintah Allah yang menciptakan kita ini.

Aku berjanji pada diriku agar tidak lagi melewatkan waktu solat sebagai bukti aku cinta pada Allah dan patuh perintahNya. Kerana aku tahu melewatkan waktu solat ada lah berdosa, dan jika kita melakukan dosa2 ini berterusan, hati kita akan menjadi gelap...dan tidak takut serta tidak cinta pada Allah...

Cuba kita fikir macamana sibuk pun kita dan lalai perintah Allah kita tetap juga sibuk tidak senang juga jadi apa salah kita dahulukan perintah Tuhan, kemudian baru kita lakukan kerja2 dunia...insyallah hati kita pun menjadi senang dan tenang. Percaya lah kerja dunia memang tak akan habis sampai bila2 jika kita kejar dan utamakan dunia... Sebab itu aku suruh pekerja2 ku dan diriku berhenti kerja, dan tunaikan solat dahulu jika sampai waktu solat kerana aku tahu kerja tidak akan habis....elok lah kita berhenti kerja dan mengadap Allah...kemudian sambung kerja kita semula...kita akan rasa segar semula untuk bekerja percaya lah...

Selain dari itu melewatkan waktu ada lah haram dan berdosa, seperti aku katakan tadi dosa2 yang berterusan akan mengelapkan hati kita...

Ayuh rakan2 ku, utamakan perintah Allah dari perintah Manusia, macamana sibuknya kita hentikan kerja2 dunia dulu dan sahut perintah Allah SEGERAKAN SOLAT....

Semoga kita semua menjadi orang2 mukmin dan hidup di berkati Allah...amin.

3 comments:

Yanti Arshad said...

kak midah,

kekadang tersasar jugak... dalam pada "kejap lagi, kejap lagi." akhirnya terlajak.

hamidah said...

Yanti,

Biasa lah tu, manusia mmg ada kelemahan. Tapi kena fikirkan dan ubah minda kita. Solat tu wajib dibuat mengapa kita kena tangguh? solat dulu pastu buatlah keja lain...insyallah kita rasa lega..dan tenang kerana kita dah buat yang wajib tu...

Adik Aiysah said...

Assalamualaikum Kak. Saya mal mnta nasihat in private dri akak. Boleh mnta email?