Friday, January 21, 2011

Kidal

Aku ada lah seorang kidal dan tidak ambil pusing pun mengapa aku kidal. Semua kerja2 ku aku lakukan dengan tangan kiri, hingga ke makan dengan sudu atau pengepit masih pegang tangan kiri, kecuali aku makan dengan tangan.

Ramai juga kawan2 serta guruku menegur ku bila pegang gelas atau cawan dengan tangan kiri, tapi seperti aku katakan aku tidak ambil pusing langsung. Tetapi bila aku belajar mengenai semua kerja yang baik di mulakan dengan kanan hingga lah melangkah ke masjid di mulakan dengan kaki kanan, baru aku sedar dengan kesilapan aku. Aku rasa sangat rugi tidak dapat mengikut sunnah nabi.

Sedikit demi sedikit aku cuba tukar membuat kerja dengan tangan kanan... Berkat kesabaran dan kesungguhan aku dapat juga mulakan kerja dengan tangan kanan, seperti menggosok baju, minum sudah mula dengan tangan kanan, walaupun ada lagi rasa kekok tapi aku akan cuba. Cuma menulis sahaja aku masih belum boleh menulis dengan tangan kanan...aku berazam akan cuba belajar menulis dengan tangan kanan dan akan dapat menulis dengan tangan kanan sebelum aku mati insyallah.

Ramai orang akan kata mengapa menitikberatkan benda yang remeh ini, kalau dah kidal biar kan saja, tapi bagi ku ISLAM IS WAY OF LIFE dan Islam mengajar kita setiap pekerjaan baik elok di mulakan dengan tangan kanan atau kaki kanan. Itu lah kelebihan Islam.

Dan Islam melarang kita makan dengan tangan kiri...seperti di nyatakan dalam hadis berikut :-

“Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaknya dia makan dengan tangan kanannya. Jika dia minum maka hendaknya juga minum dengan tangan kanannya. Karena setan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya pula.” (HR. Muslim no. 3764).

Jadi sesiapa yang kidal itu elok lah tukar ke tangan kanan walaupun sukar tetapi memang boleh....walaupun mungkin tak sepenuh tetapi sekurang2nya kita mencuba...dan terutama makan, makan lah dengan tangan kanan walaupun semasa memegang sudu.

Dan sekarang aku sudah boleh mengunakkan kedua belah tangan aku tidak seperti dulu kesemuanya kiri....insyallah kalau ada usaha pasti berjaya dan doakan lah aku agar aku berjaya menulis dengan tangan kanan...

2 comments:

Yanti Arshad said...

bagi si kidal, ....

1. menggunakan otak sebelah kanan
2. mengikut perasaan
3. kreatif
4. sukakan seni dan muzik

hamidah said...

mungkin dulu akak menggunakan otak sebelah kanan tapi sekarang dah guna dua2 tangan mungkin kedua2 belah lah pakai...entah wallahualam :-)